Saturday, January 9, 2010

:: Aku...En.Suami dan Adam ::

Aktiviti menaip dalam blog kali ini aku mulakan dengan "SALAM TAHUN BARU 2010". Walaupun tahun 2010 sudah melewati 9 hari...ada aku kisah?haha.... Aktiviti di sekolah pada minggu pertama begitu memenatkan...aku pun tak berapa pasti apa yang aku buat di sekolah selain mengajar yang menjadi rutin wajib itu. Mungkin dengan urusan pendaftaran, yuran, kehadiran pelajar dan urusan pengajaran aku sendiri...lagi pulak, aku belum pun siapkan rancangan mengajar tahunan (dalam proses...asik tergendala je time nak siapkan). Tiba cuti hujung minggu memang aku nanti-nanti kan...rumah nak dikemas...rasa rimas tengok rumah yang tidak terurus.
Hari ini...aku basuh semua pakaian yang seminggu melonggokkan dirinya dibakul baju kotor. Mesin basuh pula tak berhenti-henti memutarkan dirinya bagi mencuci semua pakaian tersebut...ringan je kerja rasa. Baju si kecil Adam...aku basuh dengan tangan secara manual sebab takdelah kotor mana pun...sambil tangan dan jemari aku menyental pakaian Adam..muncul di benak aku...betapa bersyukurnya aku dengan kehidupan yang aku ada sekarang. Sebelum ini tidak pernah aku membayangkan memiliki kehidupan sebegini... Apapun, kehidupan masih panjang...apa yang berlaku di masa depan belum tahu lagi. Lamunan aku disentak dengan bunyi hon En.Posmen...yang memanggil2 aku untuk mengambil surat aku agaknya...oOo..pos ekspress! kandungannya aku dah tau..mesti baju yang aku beli dengan Dina...bergaya sakan la aku pasni..huhu.
En.Suami bekerja malam minggu ni...siang hari adalah aktiviti dia menidurkan dirinya. Tak nak la aku kacau...nanti dia tak cukup tidur. Ingatnya aku nak ke sekolah print kerja aku tapi kesian plak.. En.Suami sebelum tidur tadi mengingatkan aku tentang annual dinner ptp kat persada 31 Januari nanti...aku pun x sure nak pergi ke tak...tambah dengan Adam lagi. Beriya suami nak aku pergi...iskk.. Beberapa hari lepas, suami belikan aku glasses hitam Bonia..memang aku terharu sesangat! time dia bangun tidur tetiba je tanya aku nape aku tak suka sangat pakai barang kemas...agak malas pula aku nak menjawab. Bila fikir-fikir balik...agaknya suami nak belikan aku barang kemas ke? kan dia nak dapat bonus...huhuhu... beli bang jangan x beli...nggeeeee!
Ni pulak citer Adam...alhamdulillah, Adam dah serasi dengan pengasuh barunya Kak Ida. Kak Ida pun baik sangat...sangat cermat jaga budak...senang hati aku. Kak Ida dan suami seronok dapat jaga Adam...katanya geram tengok Adam. Aku doakan mudah-mudahan Allah memberi rezeki kepada kak ida dan suami... Pada awalnya memang aku rancang tak nak guna buaian untuk Adam...tapi akhirnya aku ngan suami terpaksa mengalah...kami beli juga la buaian untuk Adam. Nanti kesian kak ida nak jaga Adam. Rupanya anak aku ni nak buai juga...selepas dibeli dan dicuba...memang sepantas kilat dia tidur... tidur lena plak tu. Satu kenikmatan je untuk adam..siap kentut bersepah lagi!hahaha.. Macam-macam la si Adam ni... Kata suami cuti bulan tiga nak outing ke Langkawi...ntah aku bleh pergi ke x la...skolah dah busy dengan kelas tambahan...hmm..akan diusahakan dengan jitu nanti.. k lah..rpt aku tak siap lagi..
-out-

0 comments:

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute