Tuesday, August 3, 2010

:: PeStA BuKu DaNGa CiTy MaLL ::



Pesta Buku bersempena Bulan Membaca yang berlangsung di Danga City Mall,Johor Bahru sepatutnya menjadi event yang menarik. Tapi entah lah yer...tidak pula aku merasa seronok untuk menjelajah pesta tersebut dek kerana di pintu utama saje..dah tersusun satu bala tentera menunggu masa untuk diterjah...naik angin rasanya bila masuk..terus dikerumuni oleh mereka.. konon-kononnya nak promote produk e-learning yang hebat la. Paling aku tak tahan,anak umur 8 tahun dah boleh menyebut objek yang ditunjuk..statement yang paling kelakar aku dengar.

Mungkin juga kerana tension dengan keadaan tersebut, maka aku dan suami sama-sama naik angin..angin kus-kus la katakan..hahaha. Dari aku sampai jam 8.15 malam, nak sampai ke kiosk paling last di belakang ambil masa 25 minit...sangat rimas aku rasakan. Suami paling aku tabik spring..dia guna ayat ni je.. "kitaorang datang nak cari buku pun dah terbantut..kalau kami nak kamu x payah cari kami..kami yang pergi cari kamu!"ambik kau... hehe

Lebih kurang sejam berada di sana, boleh tahan juga lah kami berbelanja..seronok dapat beli buku yang kami dah lama cari. Aku juga mewakafkan al-Quran dengan nama arwah abah dan arwah ibu mentua aku...semoga mereka mendapat keberkatan darinya..aminn. Buku-buku yang dibeli baru nak dibaca...tebal tuuu...ambil masa juga la nak membacanya..


2 comments:

Cikgu Dija said...

hana, tahun lepas akak dah g.. tahun ni cdg nak g tapi x jadi.. rupa2nya sama jer mcm tahun lepas.. buku nyer tak lah bape nak bnyk tapi makhluk2 promosi produk e-learning tu yg ramai bangat.. dari pintu masuk sampai lah ke pintu keluar.. nasib baik gak tak g thn ni kalu g mesti betambah2 angin kat sana, silap2 leh taufan.. hehe

nalia said...

betul tu kak...sy angin betul time tu..rasa mcm biadap pon ada sbb baik2 dah cakap x nak..dia paksa jugak pegi tgk..terpaksa la biadap. rasanya tahun ni sambutan kurang meriah..x ramai pon orang..kalau ada pon budak2 skolah yang buat lawatan..Akak tegas,mmg taufan + puting beliung kalau main paksa2..haha

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute