Saturday, February 28, 2009

:: unlimited happiness ::

Saat paling indah bagi wanita yang berkahwin ialah apabila diri disahkan mengandung. Bayangan menjadi ibu sering bermain di fikiran dan perasaan tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata dirasakan setiap detik. Satu kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semalam, aku mula mendapat tanda-tanda alahan selepas mendapat tahu aku hamil dah 6 minggu. selain gembira dengan news itu...aku jugak teruja dengan pelbagai hal lagi yang berkaitan dengan kehamilan. Semalam jugak..aku pegi klinik untuk scan baby dan ambil vitamin dengan doktor...it was a great moment to see my baby even he/she was so small in the screen..ahaks! Aku juga masih di awangan sebab tak berapa pasti prosedur bagi wanita mengandung ni..so skarang ni aku sentiasa berhubung dengan kak ipar aku sbb dia pon tengah mengandung jugak..kalau xde aral, semuanya selamat..tahun 2009 ni akan menampilkan kelahiran 4 orang bayi...aku (bakal ibu), dina (kawan a.k.a adik kakak ipar ku/bakal ibu), kakak ipar aku dan kakak ipar aku belah suami...
Untuk panduan aku dan bakal-bakal ibu...
  • Kehamilan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama dari awal kehamilan hingga 12 minggu, peringkat kedua dari usia kandungan 13 minggu hingga 26 minggu dan peringkat ketiga dari 27 minggu kehamilan hingga 40 minggu
  • Ketika empat hingga lima minggu kehamilan, otak, telinga dan ruas tulang akan terbentuk
  • Ketika kandungan berusia 12 minggu, semua organ penting, termasuk organ seks, mula terbentuk.
  • Memasuki peringkat kedua kehamilan, pergerakan bayi mula dirasai ketika kandungan berusia 16 hingga 20 minggu
  • Peringkat ketiga kehamilan, pertumbuhan bayi dalam kandungan dirasakan semakin cepat dan pada minggu 38 hingga 40, kandungan sedia dilahirkan ke dunia
Sabar..menanti setiap detik kehamilan sehingga kelahiran.

2 comments:

Naddy said...

congrats hana..huuuu aku pon x sabar nk tgk ank2 korang!! hahaahah

~nALia~ said...

haha...lambat lagi kalau nak upload gambor anak aku kat blog ni..apapun..tQ very much friend.

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute