Tuesday, August 25, 2009

:: Puisi Buat Suami ::

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok,
Berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

di saat ini..aku x dapat nak melelapkan mata kerana suami jauh nun di johor sana..dan aku di terengganu menghabiskan masa cuti di kampung. lama tidak berada di kampung menyebabkan aku betul-betul merindui suasana di kampung..suami baru saja bertolak balik petang tadi..sekarang terasa betul-betul sunyi. selalunya dia menjadi tempat aku melepaskan leteran torpedo yang tidak berhenti meletup..hahaha. tp sekarang hanya aku dengan bonda saja di rumah..hmm. aku nak menghadap internet pun dah semakin tidak larat kerana kandungan sudah masuk 30 minggu...terasa kepenatan yang teramat sangat tetapi bukan alasan untuk aku 'memalaskan' diri aku ini..baru saja berbual dengan suami...terubat sedikit kerinduan dan dengan masa yang terluang ini..aku titipkan sebuah puisi buat suami tersayang..

0 comments:

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute