Monday, September 28, 2009

:: Seminggu Dengan Banyak Cerita ::

Entri kali ni tajuknya macam tak sedap bunyi nya..nasib lah! :)
Sebenarnya aku baru je terjaga dari tidur yang tak berapa lena..entah la ek, aku sekarang dah sakit sangat kat belakang..hari ni saje aku terpaksa guna crk yang entah berapa hari je lagi tinggal..nak ke klinik dapatkan mc..huh tak larat sungguh..nak bangun pun suami kena pegang..boleh kuar air mata nak bangun dari duduk atau tidur..memang dugaan ibu mengandung.Ni dah terjaga...pukul berapa plak nak lelap tak tahu lah..OoooOoo..tensen dehh. Apa yer nak dicoretkan??..hmm
  1. Sangat seronok rasanya dapat balik ke kampung walaupun raya ke-3...semua ahli keluarga aku tak putus-putus tanya bila nak sampai..Raya ke-4 rumah mak masih lagi dikunjungi tetamu yang tak putus-putus...memang seronok sebenarnya sebab dapat bakar satay ramai-ramai dan masak apa yang patut untuk tetamu.Walaupun aku kepenatan tapi seronok..tahun depan suami kata dia nak pastikan dapat cuti raya..sebab seronok beraya kat kampung...hehe (beza kan..raya kat kampung ngan bandar??)
  2. Balik raya kat kampung,sempat jugak aku pergi kenduri kawen kawan-kawan sekolah.Aku ucapkan tahniah buat sahabat-sahabat yang sudah berjaya menjejakkan kaki ke singgahsana... :) semoga berbahagia hendaknya dan dikurniakan cahaya mata yang comel2 selepas ini..aminn
  3. Raya ke-5 aku dikejutkan dengan kedatangan 'owner' umah sewa aku time aku study kat upsi dulu..mmg tak sangka diaorang masih ingat.Last diaorang datang time aku kawen bulan 5 tahun lepas..Diaorang kat Terengganu sebab beraya rumah sedara dan nak balik ke Shah Alam.Nasib baik la pagi tu mak tanya aku menu apa nak buat hari ni..so ada la makanan untuk dihidangkan..rupanya auntie dan retire tahun ni.. Bila kenangkan tuan rumah ni...teringat aku pada kenangan yang ada kat rumah tu..manis ada, pahit lagi la ada..tapi buat apa nak kenangkan yang pahit2 tu..so, aku delete je dari kamus hidup..biar tinggal yang manis-manis je..baru ceria hidup..C.E.R.I.A (saluran ceria astro!..haha) Aku pun terkenangkan juga..apa jadi dengan kawan-kawan serumah aku dulu..bagaimana kehidupan diaorang? moga-moga semuanya baik-baik belaka.
  4. Aku balik ke Johor raya ke-6...suami masuk kerja malam..so tinggal la aku kat rumah sorang-sorang.Sangat tak best keadaan camni..walaupun rumah sebelah menyebelah riuh-rendah masih ada orang beraya tapi aku raya sunyi..tambah plak aku sakit badan takde sape nak mintak tolong..(sape lagi kalau bukan anong..huhuhu) terpaksa la buat semua sendiri..aku juga memenuhi masa boring dan suram ni dengan menyiapkan SKT, Analisi Item dan Post-Mortem Percubaan SPM...dan akhirnya siap..alhamdulillah.
  5. Adik ipar aku kena 'gangguan'..aku tak tahu lah pulak gangguan seperti apa..cuma dari apa yang diberitahu suami..gangguan yang dibuat seseorang kepadanya.Kesannya, dia meracau sampai lembik tubuh badan dan time dia meracau tu..badan dia kuat giler..entah la yer..aku belum pernah melalui saat-saat begitu.Jadinya, malam suami bekerja tu..dia minta keluar dan balik ke rumah ayah dia kat Plentong..hmm aku no komen sangat pasal mende ni..bagi aku, pesan mak paling bernas untuk diguna pakai..apa2 jua dalam hidup ni..sembahyang jangan tinggal..cuba jangan lengah-lengahkan..ada masa mengaji..jadikan amalan.So, kalau nak hindar 'gangguan'..rasanya ni la ubat yang paling mujarab..
  6. Aku sekarang tengah menghitung hari..dah 37 minggu..tunggu masa kelahiran baby sulung.Semua sudah siap tersedia..cuma harap-harap sempat balik kampung.Suami pun dah tak senang kat tempat kerja..asyik tepon je tanya..ok tak? aku jawab ok je walaupun aku sakit belakang macam apa...tido memang tak cukup 5 jam..apa boleh buat kan.. Dan masa ni juga...sahabat a.k.a coursemate time kat upsi a.k.a colleague time praktikal di SMK Seri Damai..Faraidayu Anua..sama-sama menghitung hari dengan aku..beza due dia dengan aku lebih kurang seminggu je..so tengok la siapa yang kena! hahaahhaha (masing-masing dah tak larat...sms pun selalu pasal baby..dah tak ade citer lain..aku doakan semoga dia dapat transfer ke Terengganu..iskk beh nya dapat balik sanaaaaaaaaaaa)
  7. Esok sekolah..ya Allah...beri lah aku kesihatan dan kekuatan..banyak hal lagi nak setelkan ni..aminn..

0 comments:

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute