Saturday, March 6, 2010

:: Hari Keluarga Di Damai Resort, Desaru ::

Salam semua,
Agak lama tidak mengepos sebarang entri...nasib blog ni belum bersawang lagi yer.. so, aku update kan dengan pengisian aktiviti bulan lepas. Semua warga SMKTA (ada gak yang tak pergi..tapi kira semua je lah) menghabiskan 2 hari 1 malam di Damai Resort,Desaru. Kesimpulan yang boleh diberikan ialah..."menyeronokkan" walaupun dalam masa yang singkat. Terima kasih diucapkan kepada orang kuat KEBIRU dan ahli2 jenteranya yang menjayakan aktiviti kali ini.

Walaupun perjalanan ke sana sangat menyakitkan tubuh badan, tapi akhirnya sampai juga aku ke sana. Tempat yang cantik menarik kau memang debom..hahaha. Suasana yang sangat damai. Bilik pon ok...sangat selesa dan berbaloi dengan bayaran. Satu lagi yang perlu dipuji..makanan pon best jugak..kira mantap la untuk mengisi perut aku,suami dan asmidar. Suami dan asmidar ni kuat makan...kira berbaloi juga lah aku bayar...haha.

Satu perkara yang kira melepas la aku x dapat nak buat...mandi kolam. Walaupun aku ni spesis x reti berenang...nak la juga mandi kolam. Best tengok kak su, kak wan, kak jue dan yang lain2 mandi kolam...iskk. Xpela, tunggu Adam beso skit la.. Aku respect sungguh dengan kak jue..tabik spring ganda 24x....pandai betul berenang...sampaikan anak-anak dia pon sama naik..bagus2x.
Aktiviti sukaneka pon x kurang hebat dan melucukan...bila aku tengok video balik...nak ketawa pon ada..memang best la walaupun serba kekurangan. Bagi kredit kepada kak ima dan kak hasnah...xde diaorang x jadi gak sukaneka ni...semuanya sporting abis.. Kumpulan aku..no4.. mantap x?..haha nampak sangat malas bersukan...(aku ar tu).. so, kenangan manis hari keluarga smkta di Desaru aku abadikan di blog ini...-bye-









0 comments:

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute