Salam Bahagia dan Selamat Sejahtera...
Ayat intro dah mcm nak baca berita dah..hehe. Agak lama juga tidak berkongsi cerita di blog ini..biase la org sibuk yang sengaja menyibukkan diri, memang x sempat nak coret apa-apa kat sini. Setelah sehari berehat dari sengal2 tulang dan sakit tubuh badan...macam ada kerajinan pula nak mengepos sesuatu kat blog. Perkara pertama yang aku nak cerita ialah kemenangan pasukan bola baling sekolah yang berjaya mengekalkan kejuaraan kali ke-11 (mengikut catatan rekod sekolah) berturut-turut. Berbunga rasa hati dapat meraikan kejayaan mereka semalam (Ahad/11.04.2010). Tapi next post aku akan ceritakan dengan lebih terperinci lagi..lagipun cerita xde gambar x best...hehe.
Perkara kedua pula ialah perancangan aku dengan suami mengenai masa depan kami sekeluarga..fulamakk dah macam apa..siap ada perancangan lagi..hahaha. Takdelah perancangan sangat..cuma suami tiba-tiba merancangan perubahan supaya kami sekeluarga hidup lebih mantap lagi (aku dah nak tergelak bila taip ayat ni...sebab ayat suka ati..so, nasib la.) Dalam masa terdekat ni..aku dengan suami merancang untuk mendapatkan pengangkutan yang lebih luas dan selesa...terutama apabila nak balik kampung atau ke mana-mana. Macam sekarang, kami guna myvi...so, bila dah lahir Adam...barang dia banyak sgt..memerlukan space yang lebih besar...dia punya stroller saje pun dah ngam-ngam ho..masuk bonet. Jadinya, rancang punya rancang...keputusannya, aku dan suami setuju mendapatkan Grand Livina. Sesuai dengan bajet kami yang tak berapa nak ada ni... Pada masa sama...aku dah nak menangis..terpaksa melepaskan myvi tersayang yang banyak menabur jasa kepada aku sejak aku mula kerja. Atas tuntutan keadaan aku terpaksa la..semoga mereka yang menggunakan myvi aku tu..dapat menjaga macam mana aku menjaganya...huhu. Bila nak dapat GL belum tahu lagi..kami cuma menunggu masa yang sesuai..kaler apa yg cantik ek?..merah la..hehe
(sekadar hiasan je ni...)
Perkara kedua yang nak diceritakan...kalau cerita ni, aku mesti terkenangkan peristiwa tahun 2008.. Kami merancang nak dapatkan sebuah rumah yang baru..rumah yang sedia ada kami tak akan jual...tapi sewakan..dapat la juga income nanti..Lagi pula,area tersebut environment kurang sihat. Tapi tu la...kalau la tahun 2008 tu menjadi kenyataan...dah ada rumah cantik kot aku skarang ni..hehe. Tahun 2008..masa ni aku ikut suami pergi Eco Garden..nak tengok rumah katanya.. masa survey-survey tu..kami memang totally attracted to satu rumah contoh diberi nama "Vesselia"...memang mantap sungguh-sungguh rumah ni..apa yang kami nak semua ada pada rumah ni.. so, bila deal punya deal.. representative from RHB Bank, Cik Rozy Rashid cuba bantu kami dapatkan rumah tu sebab mengikut kelayakan..aku belum layak sebab belum sah jawatan(pada waktu itu). Kami depositkan RM1000...doa x putus-putus sebab memang nak dapatkan rumah tu...aku plak tak tahu bila aku akan sah jawatan.. Sebulan menunggu macam satu penyiksaan. Akhirnya kami diberitahu..application kami x lulus..loan x lepas. Memang hampa sangat-sangat.. Suami ok je,cuma aku la yang emo skit.. Latest, kami pergi lagi Eco Garden...rumah idaman dah sold out...memang sedih..sampai sekarang masih teringat sebab time tu rumah tersebut cuma RM190,000 tapi sekarang dan RM320,000...bayangkan cepatnya naik harga. Kalau la time tu aku dah sah jawatan...hmmm.
So, sekarang..kami mula survey rumah baru area jb..of course dekat dengan tempat kerja aku dan suami..setakat ini pencarian belum menampakkan hasil..so kena tunggu la. Mudah-mudahan doa dan usaha kami dimakbulkan olehNya..aminn.
2 comments:
livina putih cantik..smart..tp kn salu jaga..lau kotor..cpt nmpak!
warna pilihan putih ngan kelabu je nik...insyaAllah mana ada je la..tp kalau ada kaler merah lama dah grab..hehe
Post a Comment