Monday, October 31, 2011

:: aLHaMdULLiLAh sELaMAt MaJLis aQiQAh zArAa ::




Hai semua bloggers...


Alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi kerana Majlis Aqiqah puteri saya, Tengku Nalia Nur Zaraa telah selamat dijalankan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada en.suami yang bertungkus-lumus bersama menyempurnakan majlis anak..tidak lupa juga kepada adik-beradik saya yang datang dari Terengganu, Kuantan, Kuala Lumpur dan Kedah yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis tersebut dan anak-anak sedara saya. Buat Cik Ain dari http://ribendangunting.blogspot.com/ saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih di atas perkhidmatan buaian aqiqah untuk puteri saya. Jenuh mencari akhirnya termakbul juga hasrat untuk mendapatkan buaian Zaraa.


Seterusnya, en.Nizam dari http://www.purplenstudio.com/ yang menjadi jurugambar sepanjang majlis berlangsung. Cikgu sekolah saya juga sebenarnya..hehe. Mungkin ada yang tertinggal untuk saya ucapkan terima kasih, secara langsung atau tidak langsung saya ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga. Majlis selamat berlangsung...impian kecil saya untuk si puteri telah tercapai dan memenuhi impian untuk Adam yang tidak dapat dilaksanakan. :)





2 comments:

amane9898 said...

wah,meriahnya.uploadla lg gmbr comel zara..

~nALia~ said...

saje je nik..sblm ni nak wat untuk adam tp tak dapat sbb dalam pantang..pastu plak masa preg zara dok tau boy ke girl..dah niat kalau girl nak wat grand skit..haha.tgh edit lg banyok3 pic..insyaAllah..

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute