Monday, September 10, 2012

:: SaLAM SyAwAL ::



Salam semua...

Walaupun telah lama berlalu kita menyambut 1 syawal...tetapi 'mood' raya masih lagi terasa. Tahun ni 2012, saya menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah di kampung halaman. Sangat seronok dan teruja dapat beraya di kampung kerana dah lama x dapat beraya pertama di kampung. Terima kasih En.Suami kerana bercuti panjang untuk pulang ke kampung halaman saya. Lama juga la..hampir 9 hari berada di kampung telah digunakan sepenuhnya.

Raya kali ini saya agak lewat ke kubur arwah abah. Apapun, sempat juga saya pergi ditemani suami. Sayu hati kerana agak tidak terjaga sekitarnya. Kalau dulu, ada juga pakcik (arwah) yang selalu menjaga dan membersih. Setelah pakcik tiada..kurang penjagaan oleh kaum keluarga. Saya dan suami jauh di selatan. Inilah kekangan yang memang tak dapat nak dielakkan. Selepas ini, akan saya ikhtiarkan sesuatu...upah orang menjaga pun x mengapalah..asalkan terjaga. "saya SAYANG abah". Semoga abah tenang di sana dan doa saya sentiasa mengiringi abah di alam sana.

Raya kali juga meriah dengan gelagat adik-beradik, anak-anak saudara dan saudara-mara. Nanti lagi 2-3 tahun x dapat beraya di kampung.'Turn' kampung suami pula..apapaun, my 2012 syawal eve was happily celebrated. 

Memory of Eid 

0 comments:

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute