Entri pertama dalam tahun 2014. Sejujurnya saya kurang masa untuk menjengah blog, apa lagi untuk post dan share apa yg saya lakukan setiap hari. Banyak yang berlaku dalam hidup saya sepanjang Januari 2014 sehingga ke saat saya aktifkan semula diri untuk memeriahkan blog tersayang saya ni.. Harap masih ada followers yang sudi membaca.. :)
Busy kerja..itu sudah semestinya. Busy dengan anak-anak, itu pon termasuk dalam jadual kerja saya juga. Menyentuh apa yang berlaku tahun lepas..alhamdulillah Allah masih memberi saya kekuatan menempuhi ujianNya. Kini..saya semakin bahagia dengan kehidupan. Berkenaan komen-komen negatif oleh 'somebody' maybe 'busybody' too..hehehe saya tiada dendam apa-apa atau nak ucapkan apa-apa..saya ok saje. Takde pekdah orang kata nak pikior.. hehehe
Hari ini saya bersemangat semula untuk berblog mungkin sebab cuti sekolah..so, ada la masa sikit untuk mengulor ke blog. Tapi sebenarnya saya teringin untuk luahkan sesuatu yang terbuku di hati saya sejak Jumaat (12/9/2014). Pagi itu saya ke sekolah untuk berjumpa anak-anak pelajar Tingkatan 5 saya...kami ber'kelas tambahan' bersama-sama sehingga jam 10.30 pagi. Jam 12.00 saya bertolak balik kerumah setelah selesai membereskan sedikit kerja di bilik guru. Suami ke masjid untuk solat jumaat dan saya berkira-kira menyiapkan diri dan anak-anak untuk shopping barang dapur merangkap 'lunch' di luar (mentang-mentang cuti sekolah dah yer...huhu)
Jam 2.15 saya menerima 'wassap' dari ustaz dalam group wassap sekolah kami. Berita mengejutkan dari ustaz bahawa rakan sekerja kami baru kehilangan suami beliau yang telah pergi menemui pencipta. Rasa luluh dan pilu hati saya mendapat perkhabaran itu..bertalu-talu rakan guru berwassap untuk kepastian dan memang soheh lagi pasti..arwah suaminya telah pergi buat selama-lamanya. Ustazah Siti Azizah Karponan...rakan sekerja kami. Tidak dapat saya membayangkan beliau..anak-anak dan arwah suami beliau yang saya kenali. Beliau baru saja menerima cahaya mata ketiga..baru saje selesai berpantang..baru saje mula bekerja 2 hari yang lalu... Menitis air mata saya satu persatu..membuatkan anak-anak kebingungan melihat saya berkeadaan begitu. Saya call suami, maklumkan beliau. Ternyata beliau tersentak dengan berita itu. Saya dan suami kenal arwah Ustaz Rosli Mat Junadi kerana beliau selalu mengikuti aktiviti yang sekolah saya anjurkan. Tersentuh betul hati ini...
Saya bergegas dengan suami menuju ke rumah beliau...kami sampai ditempat yang dituju..mudah mencari rumah beliau kerana kali terakhir kami bertemu ialah semasa aktiviti Ziarah Raya-Marhaban yang dianjurkan sekolah pada penghujung Ogos. Ternyata itu lebih menggamit ingatan kami terhadap arwah sekeluarga. Ucapan arwah semasa berziarah di rumah beliau terngiang-ngiang di telinga rasanya.. Ya Allah, besar ujian-Mu buat rakan kami... :.( Setibanya di rumah beliau, rupanya jenazah telah dibawa ke masjid untuk dimandikan. Kami menuju ke sana dan saya bertemu saudari Siti Azizah. Ya Allah...sekali lagi..hiba saya melihat beliau dalam tangisan dan emosi yang sukar utk saya gambarkan dengan kata-kata. Ternyata luarannya saya melihat beliau begitu tabah..
Ruang legar masjid dipenuhi dengan anak-anak pelajar arwah..rakan guru arwah...rakan guru isteri beliau termasuk saya dan kenalan sedara mara beliau. Meninggal di hari Jumaat..diidam-idamkan oleh umat-Mu ya Allah..ternyata arwah insan terpilih, syukur. Setelah segalanya selesai..selesai dimandikan...dikafankan..disembahyangkan...jenazah dibawa pulang untuk disemadikan di Batu Pahat, kampung beliau. Tiada apa yang mampu saya berikan selain doa dari insan kerdil disisiNya. Harapan..doa saya diterimaNya untuk dibawa bersama-sama arwah. Saya sedih..melihat suami saya bertambah sedih..ini ujian untuk Siti Azizah...bagaimana pula dengan saya..ya Allah... benar saya TAKUT..sungguhpun saya tahu dan percaya MATI itu PASTI.
Tiada lain saya harapkan..moga rakan saya Siti Azizah tabah menerima ujian Allah s.w.t.. Semoga beliau sentiasa dibawah lindungan rahmatNya. Semoga beliau diberi kekuatan membesarkan putera-puteri beliau yang masih kecil. Sesungguhnya dugaan Allah adalah untuk mereka yang mampu menghadapinya. Maaf Jijah (panggilan kami guna untuk beliau) Kak Na letak gambar ini...kerana jijah dan arwah suami sangat dekat di hati kami sekeluarga. Sangat terasa dengan apa terjadi.. Semoga arwah berada di kalangan yang soleh di sana. AL-FATIHAH.
Kenangan Ustazah Siti Azizah bersama arwah...Raya 2014
* Bertabah lah hati dengan ujian Allah s.w.t dan redha dengan apa yang berlaku. InsyaAllah ada bahagian kita yang telah Allah sediakan setelah kita diuji olehNya..
0 comments:
Post a Comment