Sunday, December 27, 2009

:: Alhamdulillah..syukur ::



Lama jugak tak coret-coret kat blog ni..cuma sempat update lagu je. Aku sekarang agak sibuk dengan Adam dan kerja-kerja rumah yang tak akan habis-habis...thats normal. Aku tak boleh tengok rumah berselerak...walau letih camane pun aku mesti kemas. Esok...mesyuarat guru di sekolah..sampai lah 01hb...Adam aku tinggalkan dengan Encik Suami...aku harap apa aku ajar dipraktikkan..maklum la sama-sama baru jadi ibu dan ayah. Tapi kira aku terer lagi la dari suami dalam hal menjaga budak-budak ni..hehe. Hari ni..suami bagitahu orang yang nak jaga Adam dah memberi persetujuan kesanggupan menjaga dan mengasuh Adam...alhamdulillah. Aku kalau boleh tak nak hantar nursery...x tau la kenapa,jauh sekali nak pakai bibik...Ooo tidak!..haha. Setelah ditimbang-timbang,difikir-fikir dan dibincang-bincang...aku pun setuju lah nak tinggalkan Adam dengan bakal pengasuhnya nanti kerana menurut suami..isteri kawan dia tu tak ada anak.dia pun hanya akan jaga Adam je nanti.orangnya cukup baik dan warak la jugak..so,aku dengan sebulat hati..ok saje! asalkan Adam terjaga..selalunya orang tak ada anak,dia akan jaga dengan penuh kasih dan sayang (pada pendapat aku la ni..)

Adam sudah 2 bulan pada hari ini..esok 28hb Adam kena checkup. For sure jugak, kena inject for his Hepatitis B. kalau aku x silap la..ishhh kesian Adam. Lepas meeting aku bawa la Adam..harap meeting nanti tidak memakan masa yang agak lama sebab suami plak nak jumpa kontraktor yang nak bikin dapur rumah aku nanti...agak penat juga jadual esok...wat ever la.

Sedikit cerita yang agak kurang nasib baik berlaku time mak dan akak datang ke jb hari tu..seminggu mak dan akak kat sini..aku pun seronok giler! jadinya..aktiviti shopping berlangsung dengan agak baik di jusco-jusco johor bahru...dan shopping complex sewaktu dengannya.duit pun mengalir macam air paip...hahaha. Then, kami outing ke starhill kempas...aku bawa anak-anak buah dan Adam mandi-manda kat situ..Adam x mandi la..kecik ketuek lagi. Seterusnya kami plan ke Melaka pada hari Maal-Hijarah..dan ini la satu hari yang agak kurang nasib baik kepada kami...plan ke Melaka pada hari itu went very well...sempat la jugak membeli..berjalan-jalan dan berseronok.. Satu hal yang tidak ada dalam perancangan ialah menempah hotel atau apa saja lah untuk stay pada malam itu.. jadinya..selepas solat asar,kami mula mencari hotel untuk menginap semalaman..hujan pula semakin lebat. Pusing punya pusing..telefon punya telefon,semua hotel..resort..apartment..penuh! sehinggakan hotel yang cikai2 pun penuh..bayangkan dari jam 4.50 sehinggalah jam 8.15 malam satu pun xde kosong..isk..isk..isk. Maka nya, balik la kami ke johor dengan hampa dan kepenatan yang teramat sangat.. (moral of the story:buat la perancangan yang sewajarnya..supaya x jadi macam kami) dan kesan daripada kejadian itu..dalam telefon aku semua no fon hotel sudah di'save' kan dengan selamatnya..dari hotel yang mewah ke hotel yang cikai yang aku sebutkan tadi..hahaha.
Hari terakhir...akak dan mak aku bawa ke Danga Bay..shopping lagi...banyak tul pitis ni! dan makan-makan di "singgah selalu". Esoknya, mak dan akak berangkat pulang ke terengganu...rindu la plak kat mereka2 ni..harap datang lagi jenguk-jenguk aku kat johor.. SAYANG KAMU SEMUAAAAAAAA.....

-selesai-

0 comments:

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute