Tempoh berpantang selama 40 hari sudah berjaya aku tamatkan. Cuma yang menjadi kerisauan ialah, peranakan aku masih lagi belum kembali ke tempat asal. Maka nya, aku kena berurut hari sabtu ni untuk 'pelepas'...apa benda tu aku pun x tau.tapi yang pasti untuk meletakkan peranakan aku ke tempatnya...hmm, ibu-ibu yang melahirkan anak sudah pasti arif tentang hal sebegini. Adalah amat penting perkara ni dan tidak boleh dipandang remeh...kerana menurut mak, kalau dibiarkan...akan tiba masanya kesihatan kita akan terjejas. Aku kalau boleh memang la nak elak benda-benda sebegini...aku nak sihat :)
Adam sekarang dah semakin kuat menyusu..anak lelaki memang begitu (ni pun mak aku gak yang cakap...iya lah tu). Semakin kuat menyusu, semakin kuat menangis especially time lambat susukan dia...hoOOo boleh dengar suara dia yang serak2 tu.. paling comel bila time orang agah...dia dah pandai senyum..dah mula pandai perhatikan orang...aku x tau la anak aku ni ikut muka sape...asik bertukar je. Aku pun dah ikut time tidur Adam...bila dia tidur, aku hentam la tidur sekali..nanti kalau dia dah bangun..aku plak x bleh tidur..huhu.. Tapi kadang2, time dia nyenyak, aku online juga...hehehe
Sekarang ni jugak...aku tengah dalam proses nak bina blog untuk bisnes... dah kena upgrade bisnes aku ni kalau nak maju. Nak tambah kepada jualan tudung juga...baru la pelbagai.. Ni belum lagi bagitau suami..aku memandai je (memang patut pon..sbb modal aku lagi banyak..hahahhaha) Mak ngan akak nak datang jb...aku kena plan program la skit. Sebelum tu, 16hb dan 17hb aku bertugas kat sekolah..Lama rasa aku tinggalkan sekolah..rindu dah rasanya. Terima kasih gak kat kak nora sebab dapat tukar tarikh ngan aku 17hb tu..kalau x susah juga. Sebelum balik kena bawa Adam untuk appointment kedua kat hospital...rasanya ni checkup kedua untuk pengesahan saje...ntah la.
OooOoo...ngantuknya..time to bed! Nite all...
0 comments:
Post a Comment