Tuesday, January 19, 2010

:: Al-Kisah Semalam, Malam Tadi dan Hari Ini ::

Tajuk entri kali ni sembarang je aku letak...ikut suka hati dan mood pada masa nak menaip entri ini..hehe. Semalam aku dan beberapa rakan sekerja yang lain menghadiri Mesyuarat PIBG kali pertama...jam 3 petang dan berakhir jam 5 lebih...dekat2 kul 6 juga la.. 6.10 petang, aku bergegas mengambil anak kesayanga, Adam. Ternyata anak aku sorang ni kuat tido..macam bapaknya. Jam berapa pun aku pergi ambil...mesti dia tido...iskk iskk. So, ambil saje Adam aku terus balik rumah, mandi dan solat asar..nanti terbabas pulak. Badan begitu kepenatan. Begitu juga otak terasa berat untuk memikirkan sesuatu. Jam 7 petang...suami call dah abis kerja and OTW nak balik rumah. Alang-alang suami call, aku mintak la dia belikan makan untuk aku, anak sedaraku dan dia sekali la..tak larat nak memasak. Sementara tunggu suami balik, aku mandikan Adam.. Lepas susukan Adam..terus si kecik ni tido. Aku plak melepak kat atas sofa sambil mata yang lemah ni menunggu masa yang sesuai untuk dilelapkan.
Sampai je suami kat rumah...tengok aku terbaring kat atas sofa..dia kejutkan untuk maghrib. Ya Tuhan, lemahnya badan aku...macam orang kerja kontrak je sakitnya badan ni. Aku gagahkan juga la tubuh ni selesaikan yang wajib. Sudah aje, aku terus menyambung aktiviti yang terganggu sebentar tadi. Kemudian...aku dah tak tau apa yang terjadi, cuma seingat aku...ada masa nya aku agak mamai memerhatikan suami mengajar anak sedara aku mewarna kerja pendidikan seni nya...(agaknya itu la yang aku nampak dalam keadaan sebegitu). Suami kejutkan aku sebab aku ada bagitahu suami yang aku nak siapkan kerja dari sekolah. Tapi malang sekali aku malas nak bangun...terus melelapkan mata yang memang dah lemah ni. Sebelum tido dengan lebih nyenyak lagi..aku perasan suami cium dahi aku and said "gud nite sayang"...fuhhhlamakkkk romantik giler suami aku...jauh langit ngan bumi aku dan dia..hahahaha!
Jam 2.30 pagi, aku terjaga...hmmm laparnya perut ni.. aku panaskan air..membancuh air peberet 'milo'. Aku solat isyak dulu dan terus memanaskan nasi goreng yang suami belikan. Dengan sopan a.k.a tertib aku makan sambil tengok cerita Hang Tuah lakonan P.Ramlee di astro. Suami dan Adam nyenyak tido. Sudah aje makan minum,aku siapkan rancangan mengajar untuk hari ini. Jam 4.30, aku sambung aktiviti tido...zZzzzZzz.
dan Hari ini... rutin berjalan seperti biasa... bye2!
* perkataan yang bertanda merah hanya untuk 18sx saje okay!..hehe

0 comments:

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute