Monday, January 11, 2010

:: Masa Begitu Cemburu ::

Jam 1.00 pagi (masa aku menaip entri ini...) terasa begitu pantas masa berlalu...pejam celik pejam celik, 7 pagi nanti bermula episod persekolah yang baru bagi minggu kedua. Entah kenapa badan terasa penat yang amat sangat...rasanya seakan mahu bercuti lagi. Pada hal hampir tiga bulan aku cuti bersalin tempoh waktu yang lalu.. Mungkin keadaannya tidak sama. Menjaga Adam sungguh memenatkan..tapi keseronokan menjaganya mengatasi rasa kepenatan tersebut. Aku sebenarnya tengah menyiapkan rancangan pengajaran tahunan sejarah...tapi tiba-tiba timbul idea nak mencoretkan sesuatu pada blog yang tidak seberapa ini...
Tahun 2010...tiada azam yang aku sematkan untuk dicapai pada tahun ini. Cuma, aku mahu mempertingkatkan kredibiliti aku sebagai guru di sekolah. Aku tidak sehebat guru-guru yang sudah begitu banyak pengalaman di sekolah itu...tetapi kehebatan mereka itu akan menjadi inspirasi setiap kerja yang akan aku laksanakan... Macam bagus je ayat aku pagi ni...hahaha. Tapi itu la kenyataannya...keinginan untuk berubah dari kebiasaan. Semoga usaha aku ini tercapai dengan jaya nya.
Adam tidur dengan lenanya dalam buaian dia... boleh la aku buat kerja setakat yang berjaya disiapkan. Tadi tengok Anugerah Juara Lagu 2009...Aizat won the title..lagu pun best jugak.. dengar alunan lagu Aizat mengingatkan aku kepada kampung! aduhh...rasa nak balik kampung la pula... time aku kat kampung, rasa nak balik Johor pula...x tetap pendirian betul la aku ni.. Masa bergerak pantas..kerja aku belum pun siap lagi. Baik aku siapkan kerja dulu la..
-out-

0 comments:

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute