memberi saya kesihatan, memberi saya ketenangan, memberi saya kerahmatan dan kasih-sayang yang tidak putus-putus dari orang sekeliling...
Entri pagi buta ni tetiba saja menjengah dalam kepala untuk dikongsi dengan rakan bloggers dan followers. Dah agak lama saya memerhati dan memperhalusi.. hahahaha sejak blog ini dihasilkan, saya mempunyai blog reader yang sentiasa memberi komen negatif tentang saya :) huhuhuhu Sejujurnya saya tidak pasti siapa gerangan saudara/ri tersebut kerana beliau sentiasa menggunakan Anonymous apabila memberi komen di blog saya.
Sungguh pun begitu..saya tidak terfikir dan tiada keinginan untuk mengetahui siapa gerangan beliau. (agaknya beliau sedang membaca entri ini juga...hehehehe) Saya tidak ada perasaan negatif terhadap apa yang dinyatakan beliau. Cuma, rasa saya mungkin saya ada terhutang apa-apa dengan beliau yang menyebabkan beliau berdendam dengan saya. Setulus hati dan rendah diri saya mohon maaf sekiranya ada.. :)
Apapun, terima kasih kerana sudi jengah dan membaca blog yang ntah apa-apa saya ni..hehehe. Harapan saya cuma satu saje.. Tak perlu lah nak berdendam dan melemparkan komen-komen negatif di blog saya kerana saya tidak terkesan apa-apa. Apa lagi bila beliau belum berani mungkin..menggunakan identiti sebenar.. Lumrah hidup macam ni lah..ada yang suka..ada yang tidak. Yang penting.. sifat dendam hanya akan memakan diri sendiri dan merupakan satu penyakit yang tidak berkesudahan..
"orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang menaruh dendam kesumat (bertengkar)"
H.R Muslim
Peluang diberikan Allah s.w.t. untuk terus bernafas di dunia ini, elok lah digunakan untuk berbaik sangka.. Hidup pun bahagia dan tidak mudarat. (macam bagus la pulak bila letak ayat macam ni..hehe) Semoga Anonymous reader blog saya ni sudi lah menggunakan identiti sebenar..kan best macam tu. :)
* macam-macam jenis orang ada dalam dunia ni..redha dan ikhlaskan diri dengan siapa saje
0 comments:
Post a Comment