Sunday, December 15, 2013

:: DARI HATI YANG PALING JUJUR ::

Salam semua..
Moga-moga semua blogger (followers) atau reader blogger (ter'singgah') di blog saya yang x seberapa ni SIHAT-SIHAT semuanya... Alhamdulillah, bila ada je idea datang ber'dezzuppp' confirm akan ada coretan untuk entri terbaru. Kalau dibaca tajuk entri ni..macam tajuk lagu gitu...hahaahaaha! 

Jam 5.44 pagi
Apa sahaja yang berlaku@menimpa diri saya..saya terima dengan seadanya. Walaupun pahit nak ditelan (orang kata) tetapi saya lebih suka memendam. Tapi sebenarnya apabila difikir semula..sikap itulah yang akan memakan diri saya sendiri. Menangis itu perkara biasa bagi wanita...saya juga tidak terkecuali.

Jam 6.00 pagi
Apa sebenarnya yang ingin saya coretkan ni??? hahahaha Dalam sebuah kapal@bahtera, tak akan selamanya kita belayar di air yang tenang..kadang-kadang ada gelora juga.. Now, I am totally sure readers can guess what is the issue here :) Penulisan seperti ini sangat membantu saya menenangkan diri dan release my burden because previous discussions were never ended with good solutions. Saya percaya setiap ujian yang Allah kunjungkan kepada saya..adalah kerana saya boleh melaluinya. Sungguh pun perit..kena lah perlahan-lahan saya mengharunginya. Mungkin dan sememangnya kehidupan kita tidak sama dengan orang lain. Malahan, saya tidak pernah membandingkan kehidupan saya dengan orang lain. 

Jam 6.15 pagi
Mungkin en.suami akan terguris bila membaca apa yang tersirat di hati saya ini. Apapun, saya mohon jangan kecil hati dan terima ini dengan tulus bahawa saya masih prihatin dengan apa yang kita ada. Baik buruk en.suami saya terima dengan setulusnya. (penat saya fikir ayat ni...puitis ke tidak wallahualam..tapi sakit jugak la kepala nak susun ayat indah2..huhu). Saya kadang-kadang terkilan dengan tindakan en.suami yang susah untuk berbincang sesuatu perkara. en.suami suka membuat sesuatu tanpa pengetahuan saya dan bila timbul masalah..saya yang menerima tempiasnya. Dukacita saya dibuatnya...Hopefully he will learnt something against all these. Saya juga harap en.suami tidak ambil kesempatan dengan apa yang saya ada. Saya tidak pernah meminta apa-apa dari en.suami dan juga tidak pernah menerima apa-apa dari en.suami (material) sepanjang melayari hidup bersama. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain..memang tak terbanding rasanya.. :) 

Jam 6.25 pagi
Apapun, en.suami adalah pilihan hati saya dan tak akan saya menyesali tentang itu. Kehidupan yang bahagia dan indah ini akan sentiasa dipupuk demi anak-anak. Cuma saya minta belajar lah sesuatu dari apa yang berlaku dan jangan lah libatkan saya dalam masalah yang timbul..kesian saya yang tak tahu apa-apa ni.. Jangan ambil kesempatan dengan apa yang saya ada...please!!! Hidup ini macam-macam..kadang kita senang pun orang kata, bila kita susah pun orang kata.. Rasanya kita kena sedang-sedang aje..baru orang tak kata.. :) Apa saje masalah yang timbul atau keputusan yang nak dibuat perlu perbincangan. Hidup kena jujur,percaya,amanah dan toleransi..baru ada kebahagiaan..ada kasih sayang...betul tak kak ton??? Betullllll.........

Ibu sayang semua..abah/adam/yaya/aisya

2 comments:

Anonymous said...

bertaubat..........ini semua kifayah atas apa yang pernah dilakukan...ALLAH IS THE GREATEST..........................

~nALia~ said...

Terima Kasih atas komen saudara/saudari :) Sy tidak memerlukan komen sebenarnya kerana ini sekadar luahan hati bagi mereka yg suka memendam seperti saya. Apapun, trm ksh skali lg. Ada anonymous reader rupanya blog saya yer..hehe.. Trm ksh sudi dan rajin menjengah ke sini. Saya boleh gunakan perkataan 'bertaubat' tu kepada mereka yang sepatutnya...trm ksh utk idea itu :)

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute