Thursday, April 2, 2009

:: cerita masa cuti~cuti la sangat ::

Cuti sekolah yang lepas, aku+suami+mak+akak+mak sedara+adik aku+anak-anak buah dah pergi kota bharu semata-mata nak menghadiri kenduri kenalan keluarga kat ketereh. So, nak memenuhkan masa cuti yang x berapa banyak tu..kitaorang pergi sehari awal dan stayed kat PCB..kalau x silap tempatnya Perdana Resort...nampak ok dari luar tp sebenarnya sangat 'horror'..hahaha!

Kitaorang dah booked awal2 resort kat situ sbb memulakan journey lewat sbb lagi akak aku amik PTK..so sampai sana betul2 time maghrib. Biase la..sampai maghrib..anak-anak buah bising-bising memanjang. Sampai je masing-masing amik peluang rehat..mandi and semayang terus sbb kawan kepada akak aku dah jemput makan kat umah dia..
selesai menikmati juadah malam itu..kitaorang shopping nite-market kat 'wakaf che yeh' kalau aku x silap ar..macam2 beli sbb market tu tutup lewat pagi..dah beli-beli terus balik resort. Akibat kepenatan, masing2 berebut bed dan melenakan diri masing-masing. Dan ceritanya bermula di sini...

1.jam 3.30 lebih kurang...bunyi petir dan guruh..apa lagi tanda nak ujan la. so sejuk la malam tu dengan angin yang agak luar biasa. aku sedar and sambung tidur balik.
2.mulanya jam 3.40 lebih kurang jugak..suis lampu and air-cond terpadam..so aku agak mesti bunyi kilat pasni..tp takde.. tiba2 lampunya on sendiri tp air-cond senyap terus. sebab panas,suami bangun and on balik air-cond.
3.kali keduanya..berlaku kejadian yang sama tp lampu yang on tu berkelip-kelip macam nak tak nak je menyala..suami bangun lagi off lampu and turn on air-cond.
4.sambung tidur dalam 10 minit camtu...kali ketiganya suis terpadam and air-cond senyap terus..suami hangin..aku pon hangin.. dalam kepala otak aku pikir satu je..(mesti kena usik ni) suami bangun nak capai telefon nak call receiptionist tp aku cakap x payah..kemudian aku pon sound la something " x payah la nak usik-usik...kitaorang nak tidur..kitaorang masuk sini bayar..bukan free" suami aku ketawa sambil pegang telefon. aku pon cakap ngan suami x yah on apa2 dah.biar je...tp disebabkan kepanasan..on jugak la..
5.Last sekali...kali keempat..terpadam lagi! suami aku buat tak tau je....tp anak sedara aku plak bangun kibas2 badan sebab panas...hahahah! terus suami aku bangun on semua lampu..also air-cond. sambung tidur,sedar-sedar dah subuh...
6.selepas semayang subuh..aku pergi bilik mak..akak n mak sedara (sebelah menyebelah je). aku baru nak buka cerita pasal pagi tu..rupanya bilik sebelah dah kena dulu..hahaha tp 2 kali je.
7.ikut kata akak aku...anak sedara aku yang kecik sekali tgh2 tidur bleh bangun sambil mata pejam berjalan nak menuju ke bilik aku..akak aku panggil tp dia (aiman) bercakap dengan 'benda' tu.. lepas tu suruh balik...lebih kurang camtu la...seriau aku rasa..iskk.

Lepas ni..aku tak nak la stay situ lagi....hahaha. konon2 nak amik angin pantai..amik ko..kena usik plak..pengalaman..pengalaman.

dedicated to anak sedara aku yang dirindui..ahaks!


SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute