Monday, November 14, 2011

:: aKtiViTi Di hUjUNg mInGGu PerSeKoLaHAn ::

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


Intro yang agak formal untuk semua bloggers...

Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera...


Terasa ingin 'update' sesuatu di blog saya yang tidak seberapa ni. Sejak memangku jawatan S/U SPM sekolah...terasa diri agak sibuk kerana saya tidak ada pengalaman langsung mengenai peperiksaan SPM. Terima kasih kepada Puan Norazimah dan Puan Rosmawati di atas bantuan dan tunjuk ajar. Saya harap tidak memangku terlalu lama jawatan ini, tapi nampak gayanya nama saya dalam pertimbangan untuk terus memegang jawatan ini...adesss! (Tahniah Puan Nurziana Yusof kerana berjaya untuk pertukaran ke sekolah baru...)

Pada Jumaat (11.11.2011)...


SMK Tanjung Adang telah berjaya melaksanakan simulasi Haji dan Umrah untuk semua pelajar sekolah. Pada hari tersebut, semua pelajar didedahkan dengan prosedur dan manual mengerjakan haji dan umrah. Sangat seronok melihat aktiviti sebegini dijalankan. Sekurang-kurangnya pelajar dapat menimba pengalaman dan menambah pengetahuan kaedah mengerjakan haji dan umrah. Tahniah buat Panitia Pendidikan Islam SMKTA dan guru-guru yang terlibat. Tahniah juga buat semua pelajar yang memberikan kerjasama yang baik.



Penerangan oleh Ustaz Abd.Munir Bin Kambang



Melontar di Jamrah Akabah



Solat sunat Makam Ibrahim
Tawaf


* Tahniah kepada Pn.Nora Muhamad dan Pn. Nurziana Yusof kerana berjaya diterima pertukaran mereka ditempat pilihan masing-masing.

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute