Monday, December 30, 2013

:: PENYERI HIDUP..HILANG SEGALA KEGUSARAN ::


Salam Isnin yang indah permai... 

Cuti sekolah semakin hampir ke penghujungnya.. Terasa seperti mahu je bercuti panjang lagi. Tapi apakan daya, tugas hakiki sedang menanti.. bagaimana agaknya perjalanan 2014? Semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya. Sambil menyiapkan sebahagian Rancangan Pengajaran Tahunan 2014...sempat juga mengulor dengan facebook, blog, online bisnes dan macam-macam lagilah. 

Tahun 2013 boleh saya rumuskan secara mudahnya, penuh dengan dugaan dan ujian dariNya. Namun, tidak pula saya mengeluh kecewa dengan apa yang diberi. Ujian dan dugaan membuatkan saya menjadi seorang yang semakin tabah (sebelum ni pun dah tabah orangnya..) bertambah sabar dan bermotivasi. Mengeluh memang saya tidak nafikan kerana saya juga manusia biasa.. apa saja terjadi kepadaNya saya serahkan.. mudah-mudahan 2014 yang x berapa hari lagi ini, berjalan lebih lancar..penuh dengan rahmatNya. 

Tahun 2013 juga..saya memanjat kesyukuran kepada yang Esa...memberi saya sorang lagi penyeri hidup yang saya rasa sudah lengkap dan tersangat bersykur dengan pemberianNya. Walaupun ujian datang bertimpa-timpa, kehadiran cahayamata ke-3 saya tidak menjejaskan apa-apa malah saya semakin seronok dan bersemangat menempuhi kehidupan yang saya ada sekarang. Allah maha mengetahui apa yang diatur untuk diri hambaNya yang kerdil ini..

Dengan 3 askar yang saya ada sekarang...hidup semakin 'spinning around..turn upside-down' orang putih kata...kadang-kadang jadi tarzan saya dibuatnya..hehehe 

                                           Adam                         Zaraa                       Aisya

Melihat anak-anak membesar depan mata...seronoknya Tuhan saje yang tahu. Walaupun penat melayan kerenah mereka..sebenarnya mereka lah penawar hati di saat saya melalui masa-masa yang sukar.. Lihat wajah mereka yang jernih ni..senyum sorang2 saya dibuatnya...belum lagi dengan kelatah mereka yang sehari-hari buat saya ketawa. Adam, 4 tahun dah boleh harap sikit-sikit walaupun asyik kena marah dengan saya...biasa lah anak sulung... Ya Allah Ya Tuhanku.. peliharalah anak-anakku dengan akhlak terpuji dan rahmati lah mereka apa adanya... 

Kebahagiaan ini saya cuba kongsikan dengan mak Ida (pengasuh anak-anak) yang begitu baik menjaga mereka dan menyayangi mereka... Mudah-mudahan..dilimpahi rezekia dan kurniaan yang tidak terhingga buat Kak Ida... Terima kasih menjaga buah hati saya ini...

* Sayang anak-anak ibu.. :)





Saturday, December 21, 2013

:: BERBAIK SANGKA..USAH BERDENDAM ::

Alhamdulillah..syukur ke hadratNya, 
memberi saya kesihatan, memberi saya ketenangan, memberi saya kerahmatan dan kasih-sayang yang tidak putus-putus dari orang sekeliling...

Entri pagi buta ni tetiba saja menjengah dalam kepala untuk dikongsi dengan rakan bloggers dan followers. Dah agak lama saya memerhati dan memperhalusi.. hahahaha sejak blog ini dihasilkan, saya mempunyai blog reader yang sentiasa memberi komen negatif tentang saya :) huhuhuhu Sejujurnya saya tidak pasti siapa gerangan saudara/ri tersebut kerana beliau sentiasa menggunakan Anonymous apabila memberi komen di blog saya. 

Sungguh pun begitu..saya tidak terfikir dan tiada keinginan untuk mengetahui siapa gerangan beliau. (agaknya beliau sedang membaca entri ini juga...hehehehe) Saya tidak ada perasaan negatif terhadap apa yang dinyatakan beliau. Cuma, rasa saya mungkin saya ada terhutang apa-apa dengan beliau yang menyebabkan beliau berdendam dengan saya. Setulus hati dan rendah diri saya mohon maaf sekiranya ada.. :) 

Apapun, terima kasih kerana sudi jengah dan membaca blog yang ntah apa-apa saya ni..hehehe. Harapan saya cuma satu saje.. Tak perlu lah nak berdendam dan melemparkan komen-komen negatif di blog saya kerana saya tidak terkesan apa-apa. Apa lagi bila beliau belum berani mungkin..menggunakan identiti sebenar.. Lumrah hidup macam ni lah..ada yang suka..ada yang tidak. Yang penting.. sifat dendam hanya akan memakan diri sendiri dan merupakan satu penyakit yang tidak berkesudahan..

"orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang menaruh dendam kesumat (bertengkar)"
H.R Muslim             

Peluang diberikan Allah s.w.t. untuk terus bernafas di dunia ini, elok lah digunakan untuk berbaik sangka.. Hidup pun bahagia dan tidak mudarat. (macam bagus la pulak bila letak ayat macam ni..hehe) Semoga Anonymous reader blog saya ni sudi lah menggunakan identiti sebenar..kan best macam tu. :)

* macam-macam jenis orang ada dalam dunia ni..redha dan ikhlaskan diri dengan siapa saje

Sunday, December 15, 2013

:: DARI HATI YANG PALING JUJUR ::

Salam semua..
Moga-moga semua blogger (followers) atau reader blogger (ter'singgah') di blog saya yang x seberapa ni SIHAT-SIHAT semuanya... Alhamdulillah, bila ada je idea datang ber'dezzuppp' confirm akan ada coretan untuk entri terbaru. Kalau dibaca tajuk entri ni..macam tajuk lagu gitu...hahaahaaha! 

Jam 5.44 pagi
Apa sahaja yang berlaku@menimpa diri saya..saya terima dengan seadanya. Walaupun pahit nak ditelan (orang kata) tetapi saya lebih suka memendam. Tapi sebenarnya apabila difikir semula..sikap itulah yang akan memakan diri saya sendiri. Menangis itu perkara biasa bagi wanita...saya juga tidak terkecuali.

Jam 6.00 pagi
Apa sebenarnya yang ingin saya coretkan ni??? hahahaha Dalam sebuah kapal@bahtera, tak akan selamanya kita belayar di air yang tenang..kadang-kadang ada gelora juga.. Now, I am totally sure readers can guess what is the issue here :) Penulisan seperti ini sangat membantu saya menenangkan diri dan release my burden because previous discussions were never ended with good solutions. Saya percaya setiap ujian yang Allah kunjungkan kepada saya..adalah kerana saya boleh melaluinya. Sungguh pun perit..kena lah perlahan-lahan saya mengharunginya. Mungkin dan sememangnya kehidupan kita tidak sama dengan orang lain. Malahan, saya tidak pernah membandingkan kehidupan saya dengan orang lain. 

Jam 6.15 pagi
Mungkin en.suami akan terguris bila membaca apa yang tersirat di hati saya ini. Apapun, saya mohon jangan kecil hati dan terima ini dengan tulus bahawa saya masih prihatin dengan apa yang kita ada. Baik buruk en.suami saya terima dengan setulusnya. (penat saya fikir ayat ni...puitis ke tidak wallahualam..tapi sakit jugak la kepala nak susun ayat indah2..huhu). Saya kadang-kadang terkilan dengan tindakan en.suami yang susah untuk berbincang sesuatu perkara. en.suami suka membuat sesuatu tanpa pengetahuan saya dan bila timbul masalah..saya yang menerima tempiasnya. Dukacita saya dibuatnya...Hopefully he will learnt something against all these. Saya juga harap en.suami tidak ambil kesempatan dengan apa yang saya ada. Saya tidak pernah meminta apa-apa dari en.suami dan juga tidak pernah menerima apa-apa dari en.suami (material) sepanjang melayari hidup bersama. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain..memang tak terbanding rasanya.. :) 

Jam 6.25 pagi
Apapun, en.suami adalah pilihan hati saya dan tak akan saya menyesali tentang itu. Kehidupan yang bahagia dan indah ini akan sentiasa dipupuk demi anak-anak. Cuma saya minta belajar lah sesuatu dari apa yang berlaku dan jangan lah libatkan saya dalam masalah yang timbul..kesian saya yang tak tahu apa-apa ni.. Jangan ambil kesempatan dengan apa yang saya ada...please!!! Hidup ini macam-macam..kadang kita senang pun orang kata, bila kita susah pun orang kata.. Rasanya kita kena sedang-sedang aje..baru orang tak kata.. :) Apa saje masalah yang timbul atau keputusan yang nak dibuat perlu perbincangan. Hidup kena jujur,percaya,amanah dan toleransi..baru ada kebahagiaan..ada kasih sayang...betul tak kak ton??? Betullllll.........

Ibu sayang semua..abah/adam/yaya/aisya

Monday, November 4, 2013

PHYTOSCIENCE DOUBLE STEMCELL AND TRIPLE STEMCELL

Salam Bloggers semua...
Dah lama x berbloging since delivered anak ke3...byk berehat dan meneruskan tugas hakiki di sekolah. Harap semua rakan-rakan bloggers sihat sejahtera hendaknya. 

Post kali ni saya nak ceritakan tentang produk yang sedang dan masih baru saya gunakan. Masuk hari ni (semasa post ni ditaip) saya dan 13 hari menggunakannya. Alhamdulillah, x sia2 saya membuat sedikit pelaburan. Bila produk ini menampakkan hasil, baru lah saya berani untuk berkongsi di sini. Produk yang saya maksudkan ialah Double Stemcell dan Triple Stemcell. Hasil teknologi penyelidikan dari Switzerland, maka stem Epal dan Anggur diekstrak untuk menghasilkan ramuan khas untuk penjagaan KESIHATAN dan KECANTIKAN. 



Apa yang saya rasakan sekarang setelah 2 minggu pengambilan DSC dan TSC ialah:

1. Badan makin ringan sebab kita maintain buang air besar/kecil.
2. Kulit muka/badan memang lembap..x perlu moisturizer atau lotion lg.
3. Badan kekal fit untuk yang selalu stay up buat kerja/jaga anak kecil/study pagi2.
4. Luka kecil atau luka-luka bekas garu cepat kering dan hilang dengan semburan TSC

Setakat ni yang saya rasa dengan penggunaan DSC dan TSC. Mungkin pengambilannya juga bergantung kepada seseorang individu...cepat atau lambat dan kepelbagaian fungsi yang lain. Seronok berDSC dan kalau anda berminat..boleh PM/MSG/CALL/WHATSAAP saya..0187784324 :) insyaallah segera saya respon.

Monday, June 10, 2013

:: pRoSeS mEMuJuK hATi yAnG LaRA ::

Salam semua....

Almost 6 months..ni baru dapat post something buat blog ni. Dengan 'pregnancy' yang menunggu hari untuk deliver..mungkin lambat lagi nak posting apa2 pada blog ni. 

Kali ni,tuan empunya blog agak berduka lara...hatinya remuk sedikit dek kerana perkara agak 'peribadi' yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Masalah yang timbul, ujian yang mendatang ini adalah tempias sahaja yang Allah datangkan untuk menguji kesabaran umatnya..So, bermula lah proses memujuk hati saya yang agak lara ini... :)


Sesunggunya setiap ujian Allah itu ada penyelesaiannya...  :)
SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute