Friday, March 19, 2010

:: Minggu Cuti Tanpa Cuti ::

Salam semua...

Selamat menghabiskan cuti sekolah buat semua pembaca...cuti sekolah dah sampai ke hujungnya. Tahniah buat anda semua yang berjaya mengisi hari cuti anda dengan aktiviti yang menghiburkan!... Aku pula, menghabiskan cuti sekolah dengan Kursus Bahasa Inggeris anjuran UEM Land dan British Council...All schools from Nusajaya area were attended to the course.. 3days full with English Language..got something from UEM Land and got something from British Coucil... thank u so much to them and Jacques Desaulniers as our facilitator. Gain more knowledge from the course. Fun and interesting I can say... Hari selebihnya, berada di sekolah ter'chenta' menyiapkan kertas ujian formatif buat semua anak didik...also kelas tambahan GPMS buat students SPM...diaorang ni malas2 lagi nak datang kelas...tahu ke tak la agaknya yang diaorang ni ada exam besar tahun ni..hurmmm

Semalam...balik dari sekolah, suami ajak makan kat luar.. Best je bunyi nya sebab aku tak payah nak masak..hAhhAHAHaha! So, we decided to go Pizza Hut nearby, Bukit Indah. Kami makan piza baru...ntah apa lupa dah namanya...really nice dan tak ada lah muak sangat. Tapi both of us then order spaghetti marinara..erghhHh x bestnya..nak muntah pon ada..haha. Yang tak abis dimakan...telah ditapau untuk di bawa balik...continue makan kat rumah. Kami x sempat nak shopping apa2 semalam..just pergi makan. Tunggu gaji je lah...hehe

Pengorbanan cuti bulan ini..akan dituntut pada bulan Jun nanti...semua dah booked. Cannot wait to be in Langkawi this coming June...cepat la skit masa berlalu... :) Thanks to En.Suami for his concerned in giving us time for holiday..I Love You and Adam too. Daa...



* tahniah buat adik ipar..ana dan roni coz dapat baby boy

* tahniah buat kak yan...kerani SMK Tanjung Adang coz dapat baby girl

Thursday, March 11, 2010

:: Terima Kasih Cikgu ::

Melihat kepada tajuk entri aku kali ni mcm ada yang tak kena je..dah tentu-tentu aku cikgu..nak ucap terima kasih apanya..kan?? Hari ini pelajar-pelajar sekolah datang ambil result spm diaorang. Aku tidak berpeluang untuk berjumpa dengan semua bekas anak didik aku...maybe pada hari ni aku kelas agak penuh. So, no space to meet them. Aku abis je kelas terakhir, semua pelajar dah datang ambil keputusan. Cuma, ada la dua tiga orang yang belum lagi ambil. Namun, sedikit rasa terkilan di hati sebab tiada seorang pun yang datang mengucapkan terima kasih. Di sini la aku rasakan bagaimana kesabaran dan ketegaran perlu ada dalam diri seorang guru. Hati terkilan tapi masih mampu tersenyum. Apapun, aku tidak la pula memikirkan bukan-bukan. Kemungkinan mereka mencari aku tapi tak jumpa..sebab aku ada kelas. Namun, aku berbangga dengan mereka yang mendapat keputusan yang baik untuk subjek SEJARAH. Alhamdulillah ada la sedikit peningkatan dalam peratusan kelulusan penuh bagi subjek sejarah. Bagi mereka yang tidak lulus atau dalam maksud lain gagal dalam subjek sejarah...memang sudah dalam senarai aku. Semoga itu semua menjadi teladan kepada mereka. Buat Ajjrina, tahniah di atas kecemerlangan anda mendapat 8A 2B..masa depan yang cerah menanti anda. Buat Faznur Fairus..tahniah dan terima kasih dengan hadiah B+ yang diberi untuk subjek SEJARAH...keputusan anda membuatkan saya nak mengalirkan air mata kegembiraan :) Buat semua anak didik...semoga perjalanan hidup anda semua berjalan dengan baik. Wassalam

:: To All My Lovely Students ::

TO SPM 2009 CANDIDATES, I WISH THEM ALL...

VERY BEST OF LUCK IN YOUR SPM RESULT!



*5 BIJAK
*5 BESTARI 2
*5 BUDIMAN

Saturday, March 6, 2010

:: Hari Keluarga Di Damai Resort, Desaru ::

Salam semua,
Agak lama tidak mengepos sebarang entri...nasib blog ni belum bersawang lagi yer.. so, aku update kan dengan pengisian aktiviti bulan lepas. Semua warga SMKTA (ada gak yang tak pergi..tapi kira semua je lah) menghabiskan 2 hari 1 malam di Damai Resort,Desaru. Kesimpulan yang boleh diberikan ialah..."menyeronokkan" walaupun dalam masa yang singkat. Terima kasih diucapkan kepada orang kuat KEBIRU dan ahli2 jenteranya yang menjayakan aktiviti kali ini.

Walaupun perjalanan ke sana sangat menyakitkan tubuh badan, tapi akhirnya sampai juga aku ke sana. Tempat yang cantik menarik kau memang debom..hahaha. Suasana yang sangat damai. Bilik pon ok...sangat selesa dan berbaloi dengan bayaran. Satu lagi yang perlu dipuji..makanan pon best jugak..kira mantap la untuk mengisi perut aku,suami dan asmidar. Suami dan asmidar ni kuat makan...kira berbaloi juga lah aku bayar...haha.

Satu perkara yang kira melepas la aku x dapat nak buat...mandi kolam. Walaupun aku ni spesis x reti berenang...nak la juga mandi kolam. Best tengok kak su, kak wan, kak jue dan yang lain2 mandi kolam...iskk. Xpela, tunggu Adam beso skit la.. Aku respect sungguh dengan kak jue..tabik spring ganda 24x....pandai betul berenang...sampaikan anak-anak dia pon sama naik..bagus2x.
Aktiviti sukaneka pon x kurang hebat dan melucukan...bila aku tengok video balik...nak ketawa pon ada..memang best la walaupun serba kekurangan. Bagi kredit kepada kak ima dan kak hasnah...xde diaorang x jadi gak sukaneka ni...semuanya sporting abis.. Kumpulan aku..no4.. mantap x?..haha nampak sangat malas bersukan...(aku ar tu).. so, kenangan manis hari keluarga smkta di Desaru aku abadikan di blog ini...-bye-









video
SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute