Sunday, February 6, 2011

:: mEngiMbAU kENaNgAn SeMusIM yAnG LaLu ::

Salam semua...
kalau tengok pada tajuk entri...macam tajuk novel...ngeee. Sebenarnya,pada pagi buta yang indah ni (jam 1.07 pagi) aku rasa macam nak post something. So, aku decided to story about the past..kenangan lalu yang membuatkan aku tersenyum. Cuti seminggu,aku berpeluang balik kampung...walaupun sekejap,tapi cukup untuk melunaskan kerinduan ibu ku kepada cucunya 'Adam'. Kalau mengikut perancangan, memang x balik kampung pun...tetapi atas beberapa perkara penting yang perlu segera diselesaikan,maka balik la aku ke kampung ku 'Terengganu'. Memang seronok balik kampung...as usual, confirm aku dengan suami akan pergi Pasar Payang...sebab kami dealer kepada tempahan orang ramai..hahaha. Dalam pada kami pusing-pusing kat Pasar Payang..aku jumpa cikgu aku...yUhhuuu!
Aku sekarang sudah bergelar guru...dan yang aku jumpa adalah guru aku semasa aku bergelar pelajar. Satu saat yang sangat mengharukan. Lebih mengharu-birukan lagi..cikgu aku kenal aku..cuma dia agak blur skit..biase la..aku dah lain.. dulu anak dara,skarang mak dara.. Seyum lebar cikgu melihat aku dengan jejaka ensem di sebelah (en.suami..sila wekk please...hahaha). Lupa pula nak mention..Cikgu yang dimaksudkan ialah Teacher Rokiah...kecil-kecil je orangnya. Seronok dapat jumpa cikgu...tamat kisah itu.
Dalam perjalanan balik, awan pun dah berkepul-kepul mendung...tandanya mahu hujan. Angin sepoi-sepoi laju...mematahkan perancangan kami untuk membawa Adam ke Batu Burok...main wau pada petangnya. Sampai saje di Marang...aku melihat segerombolan budak sekolah berjalan bukan main laju lagi...dah balik sekolah, memang begitu lah gaya nya. Tibanya di jambatan Sungai Marang...lantas memori lalu menggamit jiwa...melihat pelajar sekolah melintasi jambatan, aku terus teringat saat aku melalui jambatan yang sama setiap hari setiap kali balik sekolah. Jambatan yang sederhana lebar...dengan laluan jalan kaki yang agak sempit...memang merbahaya..tetapi itu lah laluannya. Apa yang membuatkan aku tersenyum ialah...gelagat mereka sama macam aku. Lalu saje atas jambatan...mesti jalan dengan cepat sambil tangan memegang tudung...takut dibawa angin..hehe. Hm...seronoknya dapat kembali ke zaman sekolah. Semuanya indah...semuanya manis,walau ada pahitnya.
Rindunya pada masa-masa itu... :)

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute