Saturday, July 16, 2011

:: SuKA dAn SeDiH~sEmUa AdA ::

Malam ini..terasa nak post entri berikut...walaupun hanya lirik lagu tapi kesannya sungguh mendalam rasanya..





Aku masih... seperti yang dulu
Menunggunmu sampai akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hati pun rela berkorban
Demi keutuhan kau dan aku

Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apa pun kan ku berikan
Cinta dan kerinduan
Untukmu... dambaan hatiku...

( korus )
Malam ini... tak ingin aku sendiri
Ku cari damai bersama bayanganmu...
Hangat pelukan yang masih kurasa
Kau kasih... kau sayang...

* tahniah buat kamu...





Saturday, July 2, 2011

:: SYUKUR ALHAMDULILLAH ::




(Tengku Nalia Nur Zaraa)


Pada 20 Jun 2011 yang baru lalu, aku selamat melahirkan baby ke-2 ku tepat jam 11.00 malam. Rasa sungguh gembira dan aku tersangat bersyukur dengan anugerah Tuhan yang tidak terhingga ini. Akhirnya aku dan suami sudah pun mendapat sepasang cahaya mata. Dalam erti kata lain...boleh la aku rest dulu sebelum merancang untuk mendapat cahaya mata lagi. Suami sangat teruja kerana sepanjang aku hamil, kami tidak pernah cuba untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Cukup dengan telahan dan tekaan ahli keluarga dan sahabat handai yang menjangkakan bayi kami ialah bayi perempuan. Akhirnya ia menjadi kenyataan!


Apa yang ingin dikongsikan dalam entri kali ini ialah kesakitan, kelucuan dan kegembiraan sepanjang aku hamil sehingga aku bersalin. Pertama sekali, sepanjang aku hamil aku mengalami kekurangan hb (hemoglobin) dalam darah yang sangat rendah. Setiap kali pemeriksaan, mesti hb aku kurang dari 8.8g/dL. Letih rasanya menelan ubat yang sama dan ditegur doktor setiap kali pemeriksaan. Menu kerang, bayam, hati ayam, hati lembu jadi menu harian...mual nya Tuhan saje la yang tahu. Akhirnya dalam satu pemeriksaan rutin, hb aku dicatat 7.9g/dL..rendahnya! Kali ni doktor dah tak tegur lagi tapi memberi suntikan inferom (cecair hitam untuk tambah darah) sebanyak 6 kali berselang hari di'bontot'..aduyaiii terasa kesakitannya setelah suntikan kelima..lenguhnya pinggang tak dapat aku gambarkan. Seterusnya apabila kandungan sudah mencapai 38 minggu, aku menyambung pemeriksaan rutin di terengganu, di sini lah baru aku ketahui bahawa ubat yang aku telan selama ini perlu diminum dengan minuman berjus terutamanya jambu batu. Perut perlu dibiarkan kosong 4 jam sebelum menelan pil Iberet, baru memberi kesan kepda hb dalam darah...isk2 kalau awal2 aku tahu mesti tak kena inject 6x itu..huhu!


Kelucuan...19hb Jun aku admitted wad sebab air ketuban sudah keluar cuma dalam kuantiti yang sedikit. Pemeriksaan 'jalan' juga sudat mencatat 2sm. Suami menguruskan proses kemasukan aku ke wad. Dengan menggunakan GL yang dibekalkan, aku dibawa ke wad (kononnya kelas 1) tapi rupanya kelas 3..haha! Ramainya pesakit..macam tempat perlindungan bencana..huhu. Nasib baik nursenya ramah-tamah...terubat juga hati. Bagaimana pun, esoknya aku dipindahkan ke wad kelas 1 juga kerana baru ada kekosongan.. Pada hari tersebut..perut aku mula menunjukkan rasa sakit seperti senggugut tapi pada kadar yang sederhana..(tapi sakit juga). Sewaktu menjalani CGR (graf degup jantung) baby, sakitnya semakin bertambah..nak menangis pun ada..tengah berbaring sambil menahan sakit, sempat pula seorang nurse ni mempromosikan 'pad herba' kepada aku..aduyaii sekali lagi!


Kesakitan terus berlangsungan..pemeriksaan nurse baru mencatat 4sm..huh! Aku terbaring di katil menahan sakit...akhirnya dari jam 7.30 malam sehingga jam 10.00 malam menahan sakit, aku mengadu kepada nurse untuk ke labour room. Nurse on duty pada masa tu terus merenung aku dan menegur aku.."awak ni..ingat boleh minta macam tu je ke nak masuk labour room. kalau tak 5sm tak boleh masuk" " sekarang labour room full" "periksa jalan dulu..hmm" Setelah pemeriksaan dibuat..6sm dicatat. Boleh pula nurse tersebut cakap kat aku "awak ni..macam nak beranak sangat dah! Biasa la, kalau sakit-sakit tu..dah namanya mengandung" eeeiiiii...geram pulak aku mendengarnya! "Kalau awak nak masuk labour room jugak, awak tunggu la kalau full" argggghhhhh....


Memang betul kata nurse...semua bilik penuh..dengan menggigil tangan aku memegang besi katil menunggu untuk masuk ke labour room. Jam menunjukkan 10.30 malam. Suami sudah berada di luar labour room memerhati aku dengan penuh kasihan..mungkin :) 10.40 malam, aku terus dibawa masuk ke labour room dan menunggu masa untuk bersalin.. Tak sampai setengah jam pun, aku terasa seperti hendak meneran sahaja...dan terasa air ketuban sudah pun pecah..nurse di sebelah aku jeritkan dan beliau terus memanggil doktor untuk proses bersalin. Suami masuk dengan tergesa-gesa dan tepat jam 11.00 malam, Tengku Nalia Nur Zaraa selamat dilahirkan. Terasa kegembiraan yang tidak terhingga dan hilang semua kesakitan yang dilalui sekejap tadi.


Ini kali kedua aku bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Sungguh pun banyak pengalaman dilalui..aku seronok melahirkan bayiku di sini. Doktor dan nurse semuanya baik-baik belaka..kalau garang pun mungkin kerana mereka 'stress' dengan kerja..Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua nurse di wad 1CD dan wad 2AB. Tidak lupa, Doktor Norlely (menyambut kelahiran), Doktor Radiah (wad 2AB), Doktor Karimah(wad 1CD), Doktor Balqis(Admission) dan Doktor Chen/Doktor Sahara (merawat zaraa di wad 6AB).




~Pengalaman pahit manis seorang insan yang bergelar ibu~
SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute