Saturday, August 29, 2009

:: Salam Kemerdekaan ke-52 Malaysia ::

Bumi bertuah ini
tanah air kita
di sini kita dilahirkan
di sini kita dibesarkan
di sini taat setia dicurahkan

Bumi bertuah ini
warisan nenek moyang kita
tanah sekepal dijadikan gunung
air setitik dijadikan tasik
rakyat dididik hidup muafakat
bijak dijadikan ketua
gagah dijadikan panglima
alim dijadikan imam
ada raja berdaulat
berpayung dibawah duli
TuankuYang DiPertuan Agong

Bumi bertuah ini pernah terjajah dan dijajah
penakluk datang mengadu domba
rakyat pecah bersengketa
pemimpin hilang kuasa
akhirnya mereka menjajah kita

Bumi bertuah ini
pernah mengalir darah dan air mata
rakyat bangun merebut kuasa
Tok Janggut mengamuk di Kelantan
Tok Bahaman dan Mat Kilau berkubu di Pahang
Dol Said berperang di Naning
Leftenan Adnan berputih tulang di bukit belacan
Dato’ On Jaafar meniup semangat
Tuanku Abdul Rahman menjulang kemerdekaan

Bumi bertuah ini
sudah merdeka
rakyat tidak lagi menghunus senjata
penjajah tidak lagi bermaharajalela
kita berganding bahu berjuang
membasmi kemiskinan

Bumi bertuah ini
Rakyat hidup muafakat
hutan diteroka menjadi ladang
desa dibangunkan
bandar di modenkan
rakyat mengecap nikmat pembangunan


Bumi bertuah ini
pemimpin datang dan pergi
Tuanku Abdul Rahman bapa kemerdekaan
Tun Abdul Razak bapa pembangunan
Tun Husein On bapa perpaduan
Tun Dr Mahathir bapa wawasan
Dato' Seri Abdullah Badawi di tampuk kuasa
Dato' Seri Najib dengan Satu Malaysia
dan kita anak-anak wawasan
ingat pesan nenek moyang
di mana bumi dipijak
di situ jejak bertapak
di mana langit bernaung
di situ taat dijunjung
di mana darah tertumpah
di situ kasih dicurah
di mana rezeki didapat
di situ setia terpahat

Bumi bertuah ini
tanah air kita
mari kita bangunkan
mari kita pertahankan
Merdeka... Merdeka... Merdeka....


~ Berbangga menjadi rakyat Malaysia..kehidupan yang harmoni dan bersatu-padu teras kepada pembangunan yang dikecapi pada hari ini..Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-52 ~

Tuesday, August 25, 2009

:: Puisi Buat Suami ::

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok,
Berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

di saat ini..aku x dapat nak melelapkan mata kerana suami jauh nun di johor sana..dan aku di terengganu menghabiskan masa cuti di kampung. lama tidak berada di kampung menyebabkan aku betul-betul merindui suasana di kampung..suami baru saja bertolak balik petang tadi..sekarang terasa betul-betul sunyi. selalunya dia menjadi tempat aku melepaskan leteran torpedo yang tidak berhenti meletup..hahaha. tp sekarang hanya aku dengan bonda saja di rumah..hmm. aku nak menghadap internet pun dah semakin tidak larat kerana kandungan sudah masuk 30 minggu...terasa kepenatan yang teramat sangat tetapi bukan alasan untuk aku 'memalaskan' diri aku ini..baru saja berbual dengan suami...terubat sedikit kerinduan dan dengan masa yang terluang ini..aku titipkan sebuah puisi buat suami tersayang..

Thursday, August 20, 2009

:: Shopping by Parents to Be ::

as what have been stated before, so here is the post of moment where my husband and i went for a rough shopping before my delivery..very funny because both of us very 'dungu' about this matter.. before went for a shopping, i already prepared the lists of baby's need so that we will not miss anything of it. how so ever, there is a time where i thought of...difficulties faced by parents to be especially in preparing the needs for their children..like us..of course! haha... what ever it is..everything is settled now..and i just waiting for my delivery on october..seems like still long to wait but time move very fast..hope for His blessing for me and the baby inside :)

baby's stroller

baby's comforter

baby's clothes

baby's necessity

baby's bag

Wednesday, August 19, 2009

:: Ramadhan Al-Mubarak ::


sweetnalia.blogpsot ingin mengucapkan 'Salam Ramadhan Al-Mubarak' kepada semua followers dan yang singgah di blog tidak seberapa ini..semoga Ramadhan yang bakal kunjung tiba ini memberikan seribu keberkatan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi. Dan sempena Ramadhan ini juga, sama-sama lah kita memenuhinya dengan perkara yang diredhaiNya...sesungguhnya amatlah bertuah kita dapat melalui bulan yang mulia ini sekali lagi..aminn.

Saturday, August 15, 2009

:: mY dREaM NiKoN D90 ::

actually.. i don't know where to start but it was something that i would like to share with. everytime i had time to online..i never forget to surf one of my favourite website ever which is digitaldome. All the pictures captured by the photographer was so nice..and i was amazed by his creativity, skill and attitude showed through the pictures. Hm..from that, i started building up my interest to capture anything around me..especially the moments that i went through in my life. at first, i've bought Olympus Shock+Waterproof Digital Camera for that purpose. but now...i've my own dream camera which is Nikon dslr D90...but somehow..i do not know whether i can buy it now..maybe it will take some time to make the dream come true.. :) the price was sooooo crazy...haha. thanks to abe nasey for his advices about this camera and he is the one that i can trust before i buy it. to my lovely husband..hopefully when you read this, ehem..ehem please..nggegeeeeeee :)







:: Koir Kemerdekaan SMKTA ::

Pada hari Khamis (13.08.09) telah diadakan pertandingan koir kemerdekaan peringkat sekolah. Pertandingan melibatkan semua pelajar dari tingkatan 1-5..cuma sedikit kekecewaan sebab tingkatan 4 tiada penyertaan langsung...kalau dalam kelas bukan main lagi ramai vokalis2 tiada permintaan yang muncul..apapun, semuanya berjalan dengan lancar walaupun sedikit lewat. Tahniah buat pemenang-pemenang!

TINGKATAN 1BIJAK

TINGKATAN 1 BESTARI

TINGKATAN 2 BIJAK

TINGKATAN 3 BIJAK

TINGKATAN 5 BIJAK

TINGKATAN 5 BESTARI

GURU-GURU SMKTA

JURI A.K.A PENGKRITIK

Friday, August 14, 2009

:: 28th Weeks of Pregnancy ::

Sekarang nie..baby aku mmg kuat giler menendang...x ikut time. kadang aku x bleh nak buat keje pun ada sebab rasa geli..hahaha.tp anong mmg suka giler bila 1st time dia rasa anak dia menendang..dah x sabar nak tunggu lahir.. :)

Minggu ke - 28

Kini masuk minggu ke-28, bermakna hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. si ibu mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu ibu juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan.

Wednesday, August 12, 2009

:: Updates Comin Soon ::

Dalam masa beberapa ari akan datang..aku akan updates ngan latest activities yang telah aku buat sepanjang minggu ni..okaY!
  • shopping keperluan baby yang bakal lahir within 3 months..
  • shopping barang aku..bakal ibu yang bakal deliver baby within 3 months..hehe
  • aktiviti di sekolah yang tak pernah abis..haha
  • sambutan bulan kemerdekaan di SMKTA
  • konvokesyen di UPSI..betul2 menggamit memori aku

- daaa.... -

Saturday, August 8, 2009

:: Doa Menghindari H1N1 ::

Doa ni aku dapat msg dari abang aku...mudah-mudahan kita dijauhkan dari penyakit dan virus merbahaya ni..Kita berikhtiar dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Baca lah doa ini pada waktu pagi sebanyak 3 kali dan waktu petang 3 kali.wallahualam.
" Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul alim "
Dengan nama Allah yang tidak lah memudaratkan bersama namaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit, Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

:: Something to Write about ::

2.22 pm - aku baru balik dari skolah.tadi pagi aku ada kelas ngan budak form 3..then aku stay kat skolah uruskan apa yang patut..modul sejarah form 5..marking buku budak2 sebelum diserahkan kepada pengetua and online free..kehkehkeh

2.24 pm - skarang ni aku start nak membasuh semua baju2 yang dah berlonggok menunggu dicuci..agak penat tapi tak bleh tangguh-tangguh nanti lagi bertambah beban aku minggu depan..so, aku kena setel kan semua before anong balik...nanti nak keluar plak.

Hari ahad..aku ngan anong nak ke upsi...iskk x sabar siott.. my bro konvo for his master and a big congrats for him! harap aku la plak menyusul lepas ni...hehe.lama x pergi tanjung malim.. cikgu2 kat skolah aku siap order suruh beli pau yik mun lagi..hahaha apadaaaa.. orang kata sambil menyelam minum air...sambil aku nak ke upsi bleh la aku jalan-jalan kat kl..sopping barang baby...

Hm...next post lepas pergi tanjung malim...daaa

Thursday, August 6, 2009

:: 27th weeks of pregnancy ::

Pertama-tama sekali..macam x percaya je dah masuk 27 minggu. Cepat pula la rasanya...sedar2 semalam aku pegi checkup dah ke berapa kali pun tak tau la. Seronok ada takut pun ada sebab nanti dah nak puasa..after puasa aku pun kena prepare la kot2 dah nak deliver nanti..iskk


Minggu ke-27

Bayi sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini, amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.


SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute