Thursday, November 26, 2009

:: Selamat Hari Raya Aidiladha ::


Buat semua followers dan bloggers...saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha walau di mana anda semua berada..raya2 jugak...jaga keselamatan diri anda..mudah-mudahan diberkati oleh-Nya.


Tuesday, November 24, 2009

:: Aqiqah for Adam is Coming Soon ::

29th November 2009 will be 'aqiqah' for Adam

very the rock adam's voice

:: uNeXpEcTeD ::

yesterday..husband went to ppd,asking on maternity leave.
i've no idea about this matter and been informed by him last nite.
i'm sure this is due to my complaining about having so much work even i'm on my maternity leave.
one of the officers in ppd said that, there is no 'pekeliling' on that matter..and it was depend to the school itself..but for sure, the school shouldn't do that to any teachers on maternity leave bcoz maternity leave is one of their right. only during school holiday teachers can be asked to work 2/4 from the holidays.
now...i don't know what else to say. my conclusion is that, there is no one willing to do my work and the reason is 'workload'.
never mind...i've been asked to complete the item analysis and post-mortem..i'll do it. i've no mood to think about it even i'm a bit disappointed...
thanks to husband for making this thing clear...continue on item analysis...daaaa

Tuesday, November 17, 2009

:: Bengang Sungguh! ::

Sepanjang aku bergelar cikgu...dah nak masuk tahun ke-3, x pernah lagi aku naik angin, bengang dan nak marah...even nak komplen pasal skolah pun takde..tp skarang semua tu ada dalam diri aku..mana x nya, aku ni tgh berpantang...tiba2 nak kena tanda kertas budak exam akhir tahun??? dah la aku kat kampung...pastu last minute plak info..ni mmg aku x paham sungguh2. Dah la time nak tunggu masa branak aku kena wat soalan exam..itu pun time aku dah bercuti...tapi tu aku bleh trima lagi la sbb aku blum nak branak.. skang ni aku tgh belum sembuh sepenuhnya..nak jaga anak lagi.. aku betul2 x paham..


Dulu aku kat jengka..walaupun skolah dalam ceruk ladang sawit...tp sistematik la jugak.. Time cikgu cuti bersalin..mana ada kacau cikgu tu dah... Jadi, tugas ketua panitia la uruskan camane nak cover tugas cikgu tu.. aku pun kena tanda kertas matematik walaupun aku takde kaitan langsung dengan subjek matematik..tapi takde la diaorang bagi aku tanda kertas2..tanda kertas objektif..mudah aje.. ni aku tgh bercuti pun disuruh tanda...mau tak mengamuk aku.. xpela, ni hari aku kena...

Memang aku tahap nak marah pon ade sbb sampai takde sorang leh cover nak tanda paper yang cuma 2 kelas saje..tu pun kelas aku 1 kelas aje okay..tapi semua serah kat aku.. kalau aku cuti rehat ke cuti sakit je ke...xdela aku nak marah sangat.ni tgh cuti bersalin! Hangin tul aku.. Ya Allah, tambah la kesabaran dalam diri hambaMu ni...

Sunday, November 15, 2009

:: Memories Took My Heart Away ::

There is nothing much i can do during my recovery from delivered Adam... the routine as 'bertungku' 'bersalai' 'berbarut' and the most important is 'berpantang' makes me..ergghhh "lambatnya nak abis proses berpantang ni...." tapi yang paling aku suka time berpantang ialah time 'mandi serum'...uihhh sangat menyegarkan!
Now, i was thinking about Jengka 24... don't know why, straight away everything about Jengka 24 come cross my mind. Hm...all the memories really took my heart away.. the school, the colleagues, the students and the villagers..even i was in jb right now..but the memories there cannot be deleted..(i put them special place in my heart) wink..wink..
Hm...i would like to congrats these person for having cute lil baby:
Fara Idayu Anua and Mohd Yunus - 20 Oct 2009
Mastura Abd.Hamid and Husband - 31 Oct 2009
Nur Sabrina Abdullah and Zulkifli - 2 Nov 2009
Roslinda Othman and Mohd Khusairi - 8 Nov 2009
Thats all for now...tired. I will continue later.

Tuesday, November 10, 2009

:: Pengalaman Yang Tidak Dapat Digambarkan ::

Tengku Adam Harith

Adam dipantau di wad bayi

Adam ; Hari ke-7

Adam ; Hari ke-14


Menjadi seorang 'ibu' adalah impian setiap wanita yang berkahwin...cuma kadangkala rezeki kurniaan Allah itu tidak dapat diduga datangnya cepat atau lambat. Sebagai manusia yang kerdil disisiNya...kita hanya mampu berdoa dan berharap..mudah2an impian menjadi ibu itu dapat ditunaikan...ni baru intro k... :)

Aku berkahwin 26 Mei 2008...kemudian 24 Febuari 2009 aku disahkan mengandung dah nak masuk 4 minggu tanpa aku sedar..sebab aku tak pernah test2 pregnant ni...balik dari hari sukan kat sekolah..aku plan nak gi Giant ngan suami..beli barang dapur tapi tiba-tiba kepala pening dan rasa nak muntah yang agak terlampau la..suami x senang hati, terus patah balik. Secara x sengaja juga, suami ajak pergi klinik tapi aku tak nak..tapi last-last aku pergi jugak sebab aku dah termuntah pun..Suami, orang yang paling gembira bila dapat tahu aku hamil.

Pengalaman melalui mengandung memang menyeronokkan walaupun at the early stage memang aku loya abis...vomit x yah cakap la..badan rasa mcm nak demam je. Pergi sekolah pun dengan energy yang x seberapa..cepat penat. Tapi bila kandungan dah masuk 5 bulan, aku dah semakin ok..cuma penyakit lain plak datang. Badan jadi penat, sakit belakang and tabiat 'malas' mula menonjol..hahaha. Tapi yang menyeronokkan bila time pregnant ialah bila suami dah mula ambil berat pasal aku...makan, minum, tidur, sakit-pening dan semua kerja rumah suami dah ambil alih...aku cuma memberi arahan aje...

Cukup 9 bulan...due aku 19hb oktober 2009...tp belum rasa apa-apa yang menunjukkan aku nak bersalin. So, aku ke klinik macam biasa. Doktor bagi 10 hari preparation sebelum deliver..tp of course la kena induce. 25hb oktober..aku terasa kelainan pada kandungan sebab ada air yang keluar dan aku pun x sure air apa...nak kata banyak xdela sangat..tp nak kata sikit pun tak jugak..tambah plak pengalaman pertama, satu apa aku tak tau..mak akak pun aku takde bagitau. Next day, 26hb oktober..aku ada routine checkup...dengan niat nak tanya nurse air apa agaknya yang keluar tapi aku disarankan masuk wad pada hari tu jugak..klinik nak hantar tapi aku tolak..aku kata belum prepare barang lg...so, doktor suruh register tengahari.. Memandangkan aku memang tak suka masuk-masuk wad ni..tengah malam baru aku gi register..haha.. Suka-suka jugak...baru je nak tidur, doktor panggil aku nak check jalan...mmg agak menakutkan proses ni..tambah pula agak menyakitkan (bagi newbie)mcm aku..bukaan cuma 1cm.. Esoknya, 27hb oktober, doktor masukkan ubat (induce) untuk membuka jalan... sekali lagi melalui proses menyakitkan... 28hb oktober, pagi-pagi lagi doktor dah datang untuk periksa jalan...bukaan cuma 3cm.. selepas itu, aku memang xde selera langsung nak makan pagi..tambah plak perut sakit mcm senggugut..aku baring je..golek kiri dan kanan.

Jam 8.00 pagi 28hb oktober, nurse datang bagi ubat suruh makan dan prepare baju anak..katanya "dik, awak makan ubat ni..pastu bawa baju anak sekali nanti..pergi depan ehs..awak dah nak masuk labour room". Tersentak gak aku...tanpa notis awal...aku cepat2 tepon suami..nasib dia dah bangun..dah bersiap. Aku masuk labour room jam 8.30 pagi..jantung berdegup lebih kencang dari biase...muka aku pun rasanya pucat time tu..dah salin baju apa semua...aku baring atas bed menanti suami..tangan aku dimasukkan cecair apa aku pun tak tau..kiri kanan nampak nurse,doktor pakar, doktor senior dan doktor praktikal ulang-alik menjalankan tugas.. Jam dah 9.00 pagi, suami belum lagi tiba..aku dah sikit-sikit rasa sakit...hanya Tuhan saje yang tahu apa yang aku rasai saat tu..

Jam 9.30, suami datang...tangan dia aku genggam erat-erat sebab nak menahan kesakitan yang semakin dirasai...doktor praktikal datang untuk periksa laluan...bukaan cuma 3cm..riak muka suami nampak tak sampai hati tengok keadaan aku.. tapi dia bertahan dan aku pun bertahan.. jam 10.25, doktor senior datang dan periksa laluan sekali lagi..masih sama dengan bukaan 3cm..dia minta izin suami dan aku untuk pecahkan air ketuban..aku dalam kesakitan tak dapat nak kata apa...akhirnya air ketuban dipecahkan dan aku dipantau setiap 30 minit oleh nurse. Dalam pada menahan kesakitan..aku hampir2 tertidur..tangan suami tak aku lepaskan..rasanya mcm takde darah dah tangan aku... Entah bila masanya aku terlena..aku sedar2 suami takde pun sebelah aku...kesakitan dah tahap kritikal aku dah merasai sesuatu yang aku pun tak dapat nak nyatakan disini...aku panggil nurse, tanpa berlengah terus nurse sambut baby aku dan pada masa itu juga, suami masuk..maka sempat lah suami menyaksikan proses kelahiran anak dan mengazankan putera sulung kami...alhamdulillah.

Jam 5.00 petang..aku discaj dari labour room...tapi anak terpaksa ditahan wad terlebih dahulu. Hm..agak menyedihkan dapat tgk anak sekejap aje.. Hampir seminggu anak ditahan diwad dan setiap hari suami bawa aku untuk menyusukan anak...x sampai ati tengok ada wayar2 pada tangan dan mulut anak sebab dimasukkan antibiotik..apapun, semua itu satu pengalaman. Hari ini aku dah boleh tesenyum sebab dah dapat jaga anak dan marasai pengalaman menjadi ibu. Pengalaman yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute