Tuesday, November 10, 2009

:: Pengalaman Yang Tidak Dapat Digambarkan ::

Tengku Adam Harith

Adam dipantau di wad bayi

Adam ; Hari ke-7

Adam ; Hari ke-14


Menjadi seorang 'ibu' adalah impian setiap wanita yang berkahwin...cuma kadangkala rezeki kurniaan Allah itu tidak dapat diduga datangnya cepat atau lambat. Sebagai manusia yang kerdil disisiNya...kita hanya mampu berdoa dan berharap..mudah2an impian menjadi ibu itu dapat ditunaikan...ni baru intro k... :)

Aku berkahwin 26 Mei 2008...kemudian 24 Febuari 2009 aku disahkan mengandung dah nak masuk 4 minggu tanpa aku sedar..sebab aku tak pernah test2 pregnant ni...balik dari hari sukan kat sekolah..aku plan nak gi Giant ngan suami..beli barang dapur tapi tiba-tiba kepala pening dan rasa nak muntah yang agak terlampau la..suami x senang hati, terus patah balik. Secara x sengaja juga, suami ajak pergi klinik tapi aku tak nak..tapi last-last aku pergi jugak sebab aku dah termuntah pun..Suami, orang yang paling gembira bila dapat tahu aku hamil.

Pengalaman melalui mengandung memang menyeronokkan walaupun at the early stage memang aku loya abis...vomit x yah cakap la..badan rasa mcm nak demam je. Pergi sekolah pun dengan energy yang x seberapa..cepat penat. Tapi bila kandungan dah masuk 5 bulan, aku dah semakin ok..cuma penyakit lain plak datang. Badan jadi penat, sakit belakang and tabiat 'malas' mula menonjol..hahaha. Tapi yang menyeronokkan bila time pregnant ialah bila suami dah mula ambil berat pasal aku...makan, minum, tidur, sakit-pening dan semua kerja rumah suami dah ambil alih...aku cuma memberi arahan aje...

Cukup 9 bulan...due aku 19hb oktober 2009...tp belum rasa apa-apa yang menunjukkan aku nak bersalin. So, aku ke klinik macam biasa. Doktor bagi 10 hari preparation sebelum deliver..tp of course la kena induce. 25hb oktober..aku terasa kelainan pada kandungan sebab ada air yang keluar dan aku pun x sure air apa...nak kata banyak xdela sangat..tp nak kata sikit pun tak jugak..tambah plak pengalaman pertama, satu apa aku tak tau..mak akak pun aku takde bagitau. Next day, 26hb oktober..aku ada routine checkup...dengan niat nak tanya nurse air apa agaknya yang keluar tapi aku disarankan masuk wad pada hari tu jugak..klinik nak hantar tapi aku tolak..aku kata belum prepare barang lg...so, doktor suruh register tengahari.. Memandangkan aku memang tak suka masuk-masuk wad ni..tengah malam baru aku gi register..haha.. Suka-suka jugak...baru je nak tidur, doktor panggil aku nak check jalan...mmg agak menakutkan proses ni..tambah pula agak menyakitkan (bagi newbie)mcm aku..bukaan cuma 1cm.. Esoknya, 27hb oktober, doktor masukkan ubat (induce) untuk membuka jalan... sekali lagi melalui proses menyakitkan... 28hb oktober, pagi-pagi lagi doktor dah datang untuk periksa jalan...bukaan cuma 3cm.. selepas itu, aku memang xde selera langsung nak makan pagi..tambah plak perut sakit mcm senggugut..aku baring je..golek kiri dan kanan.

Jam 8.00 pagi 28hb oktober, nurse datang bagi ubat suruh makan dan prepare baju anak..katanya "dik, awak makan ubat ni..pastu bawa baju anak sekali nanti..pergi depan ehs..awak dah nak masuk labour room". Tersentak gak aku...tanpa notis awal...aku cepat2 tepon suami..nasib dia dah bangun..dah bersiap. Aku masuk labour room jam 8.30 pagi..jantung berdegup lebih kencang dari biase...muka aku pun rasanya pucat time tu..dah salin baju apa semua...aku baring atas bed menanti suami..tangan aku dimasukkan cecair apa aku pun tak tau..kiri kanan nampak nurse,doktor pakar, doktor senior dan doktor praktikal ulang-alik menjalankan tugas.. Jam dah 9.00 pagi, suami belum lagi tiba..aku dah sikit-sikit rasa sakit...hanya Tuhan saje yang tahu apa yang aku rasai saat tu..

Jam 9.30, suami datang...tangan dia aku genggam erat-erat sebab nak menahan kesakitan yang semakin dirasai...doktor praktikal datang untuk periksa laluan...bukaan cuma 3cm..riak muka suami nampak tak sampai hati tengok keadaan aku.. tapi dia bertahan dan aku pun bertahan.. jam 10.25, doktor senior datang dan periksa laluan sekali lagi..masih sama dengan bukaan 3cm..dia minta izin suami dan aku untuk pecahkan air ketuban..aku dalam kesakitan tak dapat nak kata apa...akhirnya air ketuban dipecahkan dan aku dipantau setiap 30 minit oleh nurse. Dalam pada menahan kesakitan..aku hampir2 tertidur..tangan suami tak aku lepaskan..rasanya mcm takde darah dah tangan aku... Entah bila masanya aku terlena..aku sedar2 suami takde pun sebelah aku...kesakitan dah tahap kritikal aku dah merasai sesuatu yang aku pun tak dapat nak nyatakan disini...aku panggil nurse, tanpa berlengah terus nurse sambut baby aku dan pada masa itu juga, suami masuk..maka sempat lah suami menyaksikan proses kelahiran anak dan mengazankan putera sulung kami...alhamdulillah.

Jam 5.00 petang..aku discaj dari labour room...tapi anak terpaksa ditahan wad terlebih dahulu. Hm..agak menyedihkan dapat tgk anak sekejap aje.. Hampir seminggu anak ditahan diwad dan setiap hari suami bawa aku untuk menyusukan anak...x sampai ati tengok ada wayar2 pada tangan dan mulut anak sebab dimasukkan antibiotik..apapun, semua itu satu pengalaman. Hari ini aku dah boleh tesenyum sebab dah dapat jaga anak dan marasai pengalaman menjadi ibu. Pengalaman yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

0 comments:

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute