Wednesday, May 19, 2010

:: SeLAmAt HaRi GuRu ::

(Hadiah dari anak didik)
Salam...
Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat diri aku sendiri..ngeee dan buat semua guru-guru di Malaysia. Tidak dilupakan buat guru-guru yang mengajar aku dari aku mula bersekolah sehingga lah aku tamat alam persekolahan. Rasanya macam nak bercerita tentang alam persekolahan la pulak...hehe. Terima kasih cikgu kerana mengajar saya sehingga saya berjaya menjadi seorang cikgu juga pada hari ini. Seronoknya bila menjadi guru hanya apabila berlaku dua perkara berikut...1. Kejayaan pelajar dan subjek yang diajar dalam peperiksaan awam 2. Bila tibanya Hari Guru..merasai penghargaan oleh pelajar

Dalam entri kali ini, aku ingin mengucapkan terima kasih buat semua anak didik yang memberi ucapan selamat hari guru buat aku. Juga, kepada anak didik yang menyumbangkan hadiah istimewa di hari guru buat aku. Sangat terharu dan tidak menyangka..ada juga hadiah buat diri aku yang baru setahun jagung dalam dunia pendidikan ini..Dedikasi 'terima kasih' berikut ditujukan kepada :

1. Amirul Afiq (hadiah afiq cikgu dah letak potpouri dalamnya..cantik bekas tu..thanks!)

2. Khaidatul Azreen (Lampu jam tu dah di'test'...cantik sekali..thanks!)

3. Nurul Atika (Cantik kain tu...dah hantar kedai,blum siap lagi..thanks!)

4. Nur Alwani (macam pakat je...tudung tu sama kaler kain Atika bagi...nnt cikgu pakai.thanks!)

5. Nur Syaimaa (Comel tu cawan kecik tu...cikgu dah hias kat meja bilik guru..thanks!)

6. Siti Azira (Frame cute tu cikgu dah letak kat meja..cuma blum letak gambar...nnt k.thanks!)

7. Nur Eliana (kreatif yer...buat bekas pensel/pen tu guna kotak...dah ada kat meja.thanks!)

8. Ili Sabrina (cikgu dah letak bekas pen tu kat meja...very nice.thanks!)

9. Siti Norfatihah (Gelas 'pooh' tu dah cikgu guna wat minum...boleh ek? thanks!)

10. Kelas 3 Bijak (sumbangan mug comel tu dah digunakan..thanks!)

Thanks juga buat Cikgu Nurziana (acara bertukar hadiah guru) bagi Cikgu Tengku Nurhana (aku la tu..hehe) blanket hijau yang kiut-miut tu..rasanya dah ucapkan terima kasih buat semua. ada yang tertinggal ke?..sori yang kalau terlupa nak mention kat sini...Apapun,hari guru dah habis...kembali ke rutin asal.

2 comments:

en_me said...

banyaknyerr .. ehehe

nalia said...

boleh tahan la..lagi lama berkhidmat lagi banyak kot..ngeeeeee

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute