Monday, August 30, 2010

:: IFTAR RaMaDHaN :: RaMadHAn Al-MuBArAK ::





Lokasi : SMK Tanjung Adang
Masa : 6.30 petang - 9.00 malam
Tarikh : 27 Ogos 2010


Tahniah buat Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa (Iftar Ramadhan) buat semua guru dan pelajar SMKTA. Majlis bermula pada jam 6.30 petang. Aku punya part menguruskan Jamuan Makan VIP...seawal jam 5.30 petang aku dah terpacak di sekolah. Sungguhpun begitu, ada lagi yang paling awal tiba iaitu En.Husni Zai'em menguruskan persiapan tempat untuk majlis dan Solat Tarawikh. Crowd mula membanjiri sekolah (macam ramai je..huhu) dan tumpuan diberikan untuk aktiviti di dalam dewan mini SMKTA. Sementara aku pula sibuk di kantin sekolah menguruskan dari menyusun meja dan bangku ke turun naik tangga mengangkut pinggan mangkuk, menyusun atur kutleri VIP...sehingga ke makanan. Banyak betul makanan pada hari kejadian...tidak lupa air tebu fresh dari ladang... Tahniah buat semua pelajar yang menerima penghargaan di atas penglibatan mereka menyampai tazkirah Ramadhan, khatam al-Quran dan sumbangan untuk anak yatim..selain berjemaah solat tarawikh.. Tahniah sekali lagi buat Panitia Pendidikan Islam SMKTA. Terima kasih buat guru-guru yang membantu aku menguruskan Jamuan VIP...sangat kenyang dan bersemangat membawa balik a.k.a tapau makanan yang terlebih...


Tuesday, August 17, 2010

:: BukA pUaSA sAMa-saMa yUk ::





ACARA : MAJLIS BERBUKA PUASA anjuran KEBIRU SMKTA
TARIKH : 13.08.2010
MASA : 6.30 - 8.30 malam
LOKASI : JB CATERING, JALAN KOLAM AIR, JOHOR BAHRU
Sangat seronok...itu perkataan yang dapat digambarkan oleh diri ini bila dapat menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Kebiru SMKTA... Walaupun tidak semua guru dapat menghadirkan diri semasa majlis tersebut tetapi tetap meriah. Ini pertama kali diri ini men'join'kan diri berbuka bersama-sama. Terima kasih kepada orang-orang kuat Kebiru SMKTA. Makanan terlalu banyak untuk dinikmati. Perut di bulan Ramadhan tidak mengizinkan untuk makan lebih-lebih, cukup dengan mengalas perut sahaja. Ye ke alas perut?? hehe... tapi kalau cikgu nizam isometrik dengan cikgu mahadi kulit delima, mereka berbuka puasa 3 trip..sambung lepas sembahyang maghrib lagi..haha. Apapun, diri ini dan yang lain-lain sememangnya rasa kenyang sangat. Cuma takde lah bertahan sampai ke sahur.. ngeeee.
* harap maaf, ini sahaja gambar yang mampu di'captured' sebab masing-masing sibuk mendapatkan makanan,siap berebut-rebut lagi..ahahaha

Wednesday, August 11, 2010

:: sALaM RaMADhAn ::


Kepada semua penulis dan pembaca blog,


Salam Ramadhan buat semua. Ini kali kedua saya menyambut bulan Ramadhan semenjak bergiat dalam dunia blogging. Saya memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmatNya, saya dapat lagi merasai bulan Ramadhan yang mulia ini. Termasuk juga anda semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga anda semua dan saya juga mendapat keberkatan dariNya. Amin








Tuesday, August 3, 2010

:: PeStA BuKu DaNGa CiTy MaLL ::



Pesta Buku bersempena Bulan Membaca yang berlangsung di Danga City Mall,Johor Bahru sepatutnya menjadi event yang menarik. Tapi entah lah yer...tidak pula aku merasa seronok untuk menjelajah pesta tersebut dek kerana di pintu utama saje..dah tersusun satu bala tentera menunggu masa untuk diterjah...naik angin rasanya bila masuk..terus dikerumuni oleh mereka.. konon-kononnya nak promote produk e-learning yang hebat la. Paling aku tak tahan,anak umur 8 tahun dah boleh menyebut objek yang ditunjuk..statement yang paling kelakar aku dengar.

Mungkin juga kerana tension dengan keadaan tersebut, maka aku dan suami sama-sama naik angin..angin kus-kus la katakan..hahaha. Dari aku sampai jam 8.15 malam, nak sampai ke kiosk paling last di belakang ambil masa 25 minit...sangat rimas aku rasakan. Suami paling aku tabik spring..dia guna ayat ni je.. "kitaorang datang nak cari buku pun dah terbantut..kalau kami nak kamu x payah cari kami..kami yang pergi cari kamu!"ambik kau... hehe

Lebih kurang sejam berada di sana, boleh tahan juga lah kami berbelanja..seronok dapat beli buku yang kami dah lama cari. Aku juga mewakafkan al-Quran dengan nama arwah abah dan arwah ibu mentua aku...semoga mereka mendapat keberkatan darinya..aminn. Buku-buku yang dibeli baru nak dibaca...tebal tuuu...ambil masa juga la nak membacanya..


SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute