Monday, August 30, 2010

:: IFTAR RaMaDHaN :: RaMadHAn Al-MuBArAK ::





Lokasi : SMK Tanjung Adang
Masa : 6.30 petang - 9.00 malam
Tarikh : 27 Ogos 2010


Tahniah buat Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa (Iftar Ramadhan) buat semua guru dan pelajar SMKTA. Majlis bermula pada jam 6.30 petang. Aku punya part menguruskan Jamuan Makan VIP...seawal jam 5.30 petang aku dah terpacak di sekolah. Sungguhpun begitu, ada lagi yang paling awal tiba iaitu En.Husni Zai'em menguruskan persiapan tempat untuk majlis dan Solat Tarawikh. Crowd mula membanjiri sekolah (macam ramai je..huhu) dan tumpuan diberikan untuk aktiviti di dalam dewan mini SMKTA. Sementara aku pula sibuk di kantin sekolah menguruskan dari menyusun meja dan bangku ke turun naik tangga mengangkut pinggan mangkuk, menyusun atur kutleri VIP...sehingga ke makanan. Banyak betul makanan pada hari kejadian...tidak lupa air tebu fresh dari ladang... Tahniah buat semua pelajar yang menerima penghargaan di atas penglibatan mereka menyampai tazkirah Ramadhan, khatam al-Quran dan sumbangan untuk anak yatim..selain berjemaah solat tarawikh.. Tahniah sekali lagi buat Panitia Pendidikan Islam SMKTA. Terima kasih buat guru-guru yang membantu aku menguruskan Jamuan VIP...sangat kenyang dan bersemangat membawa balik a.k.a tapau makanan yang terlebih...


0 comments:

Post a Comment

SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute