AbOut mE
My HuSBaNd
MySeLf
Sunday, September 14, 2014
Assalamualaikum dan selamat pagi bloggers..followers,
Entri pertama dalam tahun 2014. Sejujurnya saya kurang masa untuk menjengah blog, apa lagi untuk post dan share apa yg saya lakukan setiap hari. Banyak yang berlaku dalam hidup saya sepanjang Januari 2014 sehingga ke saat saya aktifkan semula diri untuk memeriahkan blog tersayang saya ni.. Harap masih ada followers yang sudi membaca.. :)
Busy kerja..itu sudah semestinya. Busy dengan anak-anak, itu pon termasuk dalam jadual kerja saya juga. Menyentuh apa yang berlaku tahun lepas..alhamdulillah Allah masih memberi saya kekuatan menempuhi ujianNya. Kini..saya semakin bahagia dengan kehidupan. Berkenaan komen-komen negatif oleh 'somebody' maybe 'busybody' too..hehehe saya tiada dendam apa-apa atau nak ucapkan apa-apa..saya ok saje. Takde pekdah orang kata nak pikior.. hehehe
Hari ini saya bersemangat semula untuk berblog mungkin sebab cuti sekolah..so, ada la masa sikit untuk mengulor ke blog. Tapi sebenarnya saya teringin untuk luahkan sesuatu yang terbuku di hati saya sejak Jumaat (12/9/2014). Pagi itu saya ke sekolah untuk berjumpa anak-anak pelajar Tingkatan 5 saya...kami ber'kelas tambahan' bersama-sama sehingga jam 10.30 pagi. Jam 12.00 saya bertolak balik kerumah setelah selesai membereskan sedikit kerja di bilik guru. Suami ke masjid untuk solat jumaat dan saya berkira-kira menyiapkan diri dan anak-anak untuk shopping barang dapur merangkap 'lunch' di luar (mentang-mentang cuti sekolah dah yer...huhu)
Jam 2.15 saya menerima 'wassap' dari ustaz dalam group wassap sekolah kami. Berita mengejutkan dari ustaz bahawa rakan sekerja kami baru kehilangan suami beliau yang telah pergi menemui pencipta. Rasa luluh dan pilu hati saya mendapat perkhabaran itu..bertalu-talu rakan guru berwassap untuk kepastian dan memang soheh lagi pasti..arwah suaminya telah pergi buat selama-lamanya. Ustazah Siti Azizah Karponan...rakan sekerja kami. Tidak dapat saya membayangkan beliau..anak-anak dan arwah suami beliau yang saya kenali. Beliau baru saja menerima cahaya mata ketiga..baru saje selesai berpantang..baru saje mula bekerja 2 hari yang lalu... Menitis air mata saya satu persatu..membuatkan anak-anak kebingungan melihat saya berkeadaan begitu. Saya call suami, maklumkan beliau. Ternyata beliau tersentak dengan berita itu. Saya dan suami kenal arwah Ustaz Rosli Mat Junadi kerana beliau selalu mengikuti aktiviti yang sekolah saya anjurkan. Tersentuh betul hati ini...
Saya bergegas dengan suami menuju ke rumah beliau...kami sampai ditempat yang dituju..mudah mencari rumah beliau kerana kali terakhir kami bertemu ialah semasa aktiviti Ziarah Raya-Marhaban yang dianjurkan sekolah pada penghujung Ogos. Ternyata itu lebih menggamit ingatan kami terhadap arwah sekeluarga. Ucapan arwah semasa berziarah di rumah beliau terngiang-ngiang di telinga rasanya.. Ya Allah, besar ujian-Mu buat rakan kami... :.( Setibanya di rumah beliau, rupanya jenazah telah dibawa ke masjid untuk dimandikan. Kami menuju ke sana dan saya bertemu saudari Siti Azizah. Ya Allah...sekali lagi..hiba saya melihat beliau dalam tangisan dan emosi yang sukar utk saya gambarkan dengan kata-kata. Ternyata luarannya saya melihat beliau begitu tabah..
Ruang legar masjid dipenuhi dengan anak-anak pelajar arwah..rakan guru arwah...rakan guru isteri beliau termasuk saya dan kenalan sedara mara beliau. Meninggal di hari Jumaat..diidam-idamkan oleh umat-Mu ya Allah..ternyata arwah insan terpilih, syukur. Setelah segalanya selesai..selesai dimandikan...dikafankan..disembahyangkan...jenazah dibawa pulang untuk disemadikan di Batu Pahat, kampung beliau. Tiada apa yang mampu saya berikan selain doa dari insan kerdil disisiNya. Harapan..doa saya diterimaNya untuk dibawa bersama-sama arwah. Saya sedih..melihat suami saya bertambah sedih..ini ujian untuk Siti Azizah...bagaimana pula dengan saya..ya Allah... benar saya TAKUT..sungguhpun saya tahu dan percaya MATI itu PASTI.
Tiada lain saya harapkan..moga rakan saya Siti Azizah tabah menerima ujian Allah s.w.t.. Semoga beliau sentiasa dibawah lindungan rahmatNya. Semoga beliau diberi kekuatan membesarkan putera-puteri beliau yang masih kecil. Sesungguhnya dugaan Allah adalah untuk mereka yang mampu menghadapinya. Maaf Jijah (panggilan kami guna untuk beliau) Kak Na letak gambar ini...kerana jijah dan arwah suami sangat dekat di hati kami sekeluarga. Sangat terasa dengan apa terjadi.. Semoga arwah berada di kalangan yang soleh di sana. AL-FATIHAH.
Kenangan Ustazah Siti Azizah bersama arwah...Raya 2014
* Bertabah lah hati dengan ujian Allah s.w.t dan redha dengan apa yang berlaku. InsyaAllah ada bahagian kita yang telah Allah sediakan setelah kita diuji olehNya..
Monday, December 30, 2013
:: PENYERI HIDUP..HILANG SEGALA KEGUSARAN ::
Salam Isnin yang indah permai...
Cuti sekolah semakin hampir ke penghujungnya.. Terasa seperti mahu je bercuti panjang lagi. Tapi apakan daya, tugas hakiki sedang menanti.. bagaimana agaknya perjalanan 2014? Semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya. Sambil menyiapkan sebahagian Rancangan Pengajaran Tahunan 2014...sempat juga mengulor dengan facebook, blog, online bisnes dan macam-macam lagilah.
Tahun 2013 boleh saya rumuskan secara mudahnya, penuh dengan dugaan dan ujian dariNya. Namun, tidak pula saya mengeluh kecewa dengan apa yang diberi. Ujian dan dugaan membuatkan saya menjadi seorang yang semakin tabah (sebelum ni pun dah tabah orangnya..) bertambah sabar dan bermotivasi. Mengeluh memang saya tidak nafikan kerana saya juga manusia biasa.. apa saja terjadi kepadaNya saya serahkan.. mudah-mudahan 2014 yang x berapa hari lagi ini, berjalan lebih lancar..penuh dengan rahmatNya.
Tahun 2013 juga..saya memanjat kesyukuran kepada yang Esa...memberi saya sorang lagi penyeri hidup yang saya rasa sudah lengkap dan tersangat bersykur dengan pemberianNya. Walaupun ujian datang bertimpa-timpa, kehadiran cahayamata ke-3 saya tidak menjejaskan apa-apa malah saya semakin seronok dan bersemangat menempuhi kehidupan yang saya ada sekarang. Allah maha mengetahui apa yang diatur untuk diri hambaNya yang kerdil ini..
Dengan 3 askar yang saya ada sekarang...hidup semakin 'spinning around..turn upside-down' orang putih kata...kadang-kadang jadi tarzan saya dibuatnya..
Adam Zaraa Aisya
Melihat anak-anak membesar depan mata...seronoknya Tuhan saje yang tahu. Walaupun penat melayan kerenah mereka..sebenarnya mereka lah penawar hati di saat saya melalui masa-masa yang sukar.. Lihat wajah mereka yang jernih ni..senyum sorang2 saya dibuatnya...belum lagi dengan kelatah mereka yang sehari-hari buat saya ketawa. Adam, 4 tahun dah boleh harap sikit-sikit walaupun asyik kena marah dengan saya...biasa lah anak sulung... Ya Allah Ya Tuhanku.. peliharalah anak-anakku dengan akhlak terpuji dan rahmati lah mereka apa adanya...
Kebahagiaan ini saya cuba kongsikan dengan mak Ida (pengasuh anak-anak) yang begitu baik menjaga mereka dan menyayangi mereka... Mudah-mudahan..dilimpahi rezekia dan kurniaan yang tidak terhingga buat Kak Ida... Terima kasih menjaga buah hati saya ini...
* Sayang anak-anak ibu.. :)
Saturday, December 21, 2013
:: BERBAIK SANGKA..USAH BERDENDAM ::
Alhamdulillah..syukur ke hadratNya,
memberi saya kesihatan, memberi saya ketenangan, memberi saya kerahmatan dan kasih-sayang yang tidak putus-putus dari orang sekeliling...
memberi saya kesihatan, memberi saya ketenangan, memberi saya kerahmatan dan kasih-sayang yang tidak putus-putus dari orang sekeliling...
Entri pagi buta ni tetiba saja menjengah dalam kepala untuk dikongsi dengan rakan bloggers dan followers. Dah agak lama saya memerhati dan memperhalusi.. hahahaha sejak blog ini dihasilkan, saya mempunyai blog reader yang sentiasa memberi komen negatif tentang saya :) huhuhuhu Sejujurnya saya tidak pasti siapa gerangan saudara/ri tersebut kerana beliau sentiasa menggunakan Anonymous apabila memberi komen di blog saya.
Sungguh pun begitu..saya tidak terfikir dan tiada keinginan untuk mengetahui siapa gerangan beliau. (agaknya beliau sedang membaca entri ini juga...hehehehe) Saya tidak ada perasaan negatif terhadap apa yang dinyatakan beliau. Cuma, rasa saya mungkin saya ada terhutang apa-apa dengan beliau yang menyebabkan beliau berdendam dengan saya. Setulus hati dan rendah diri saya mohon maaf sekiranya ada.. :)
Apapun, terima kasih kerana sudi jengah dan membaca blog yang ntah apa-apa saya ni..hehehe. Harapan saya cuma satu saje.. Tak perlu lah nak berdendam dan melemparkan komen-komen negatif di blog saya kerana saya tidak terkesan apa-apa. Apa lagi bila beliau belum berani mungkin..menggunakan identiti sebenar.. Lumrah hidup macam ni lah..ada yang suka..ada yang tidak. Yang penting.. sifat dendam hanya akan memakan diri sendiri dan merupakan satu penyakit yang tidak berkesudahan..
"orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang menaruh dendam kesumat (bertengkar)"
H.R Muslim
Peluang diberikan Allah s.w.t. untuk terus bernafas di dunia ini, elok lah digunakan untuk berbaik sangka.. Hidup pun bahagia dan tidak mudarat. (macam bagus la pulak bila letak ayat macam ni..hehe) Semoga Anonymous reader blog saya ni sudi lah menggunakan identiti sebenar..kan best macam tu. :)
* macam-macam jenis orang ada dalam dunia ni..redha dan ikhlaskan diri dengan siapa saje
Sunday, December 15, 2013
:: DARI HATI YANG PALING JUJUR ::
Salam semua..
Moga-moga semua blogger (followers) atau reader blogger (ter'singgah') di blog saya yang x seberapa ni SIHAT-SIHAT semuanya... Alhamdulillah, bila ada je idea datang ber'dezzuppp' confirm akan ada coretan untuk entri terbaru. Kalau dibaca tajuk entri ni..macam tajuk lagu gitu...hahaahaaha!
Jam 5.44 pagi
Apa sahaja yang berlaku@menimpa diri saya..saya terima dengan seadanya. Walaupun pahit nak ditelan (orang kata) tetapi saya lebih suka memendam. Tapi sebenarnya apabila difikir semula..sikap itulah yang akan memakan diri saya sendiri. Menangis itu perkara biasa bagi wanita...saya juga tidak terkecuali.
Jam 6.00 pagi
Apa sebenarnya yang ingin saya coretkan ni???hahahaha Dalam sebuah kapal@bahtera, tak akan selamanya kita belayar di air yang tenang..kadang-kadang ada gelora juga.. Now, I am totally sure readers can guess what is the issue here :) Penulisan seperti ini sangat membantu saya menenangkan diri dan release my burden because previous discussions were never ended with good solutions. Saya percaya setiap ujian yang Allah kunjungkan kepada saya..adalah kerana saya boleh melaluinya. Sungguh pun perit..kena lah perlahan-lahan saya mengharunginya. Mungkin dan sememangnya kehidupan kita tidak sama dengan orang lain. Malahan, saya tidak pernah membandingkan kehidupan saya dengan orang lain.
Jam 6.15 pagi
Mungkinen.suami akan terguris bila membaca apa yang tersirat di hati saya ini. Apapun, saya mohon jangan kecil hati dan terima ini dengan tulus bahawa saya masih prihatin dengan apa yang kita ada. Baik buruk en.suami saya terima dengan setulusnya. (penat saya fikir ayat ni...puitis ke tidak wallahualam..tapi sakit jugak la kepala nak susun ayat indah2..huhu). Saya kadang-kadang terkilan dengan tindakan en.suami yang susah untuk berbincang sesuatu perkara. en.suami suka membuat sesuatu tanpa pengetahuan saya dan bila timbul masalah..saya yang menerima tempiasnya. Dukacita saya dibuatnya...Hopefully he will learnt something against all these. Saya juga harap en.suami tidak ambil kesempatan dengan apa yang saya ada. Saya tidak pernah meminta apa-apa dari en.suami dan juga tidak pernah menerima apa-apa dari en.suami (material) sepanjang melayari hidup bersama. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain..memang tak terbanding rasanya.. :)
Jam 6.25 pagi
Apapun,en.suami adalah pilihan hati saya dan tak akan saya menyesali tentang itu. Kehidupan yang bahagia dan indah ini akan sentiasa dipupuk demi anak-anak. Cuma saya minta belajar lah sesuatu dari apa yang berlaku dan jangan lah libatkan saya dalam masalah yang timbul..kesian saya yang tak tahu apa-apa ni.. Jangan ambil kesempatan dengan apa yang saya ada...please!!! Hidup ini macam-macam..kadang kita senang pun orang kata, bila kita susah pun orang kata.. Rasanya kita kena sedang-sedang aje..baru orang tak kata.. :) Apa saje masalah yang timbul atau keputusan yang nak dibuat perlu perbincangan. Hidup kena jujur,percaya,amanah dan toleransi..baru ada kebahagiaan..ada kasih sayang...betul tak kak ton??? Betullllll.........
Ibu sayang semua..abah/adam/yaya/aisya
Moga-moga semua blogger (followers) atau reader blogger (ter'singgah') di blog saya yang x seberapa ni SIHAT-SIHAT semuanya... Alhamdulillah, bila ada je idea datang ber'dezzuppp' confirm akan ada coretan untuk entri terbaru. Kalau dibaca tajuk entri ni..macam tajuk lagu gitu...
Jam 5.44 pagi
Apa sahaja yang berlaku@menimpa diri saya..saya terima dengan seadanya. Walaupun pahit nak ditelan (orang kata) tetapi saya lebih suka memendam. Tapi sebenarnya apabila difikir semula..sikap itulah yang akan memakan diri saya sendiri. Menangis itu perkara biasa bagi wanita...saya juga tidak terkecuali.
Jam 6.00 pagi
Apa sebenarnya yang ingin saya coretkan ni???
Jam 6.15 pagi
Mungkin
Jam 6.25 pagi
Apapun,
Ibu sayang semua..abah/adam/yaya/aisya
Monday, November 4, 2013
PHYTOSCIENCE DOUBLE STEMCELL AND TRIPLE STEMCELL
Salam Bloggers semua...
Dah lama x berbloging since delivered anak ke3...byk berehat dan meneruskan tugas hakiki di sekolah. Harap semua rakan-rakan bloggers sihat sejahtera hendaknya.
Post kali ni saya nak ceritakan tentang produk yang sedang dan masih baru saya gunakan. Masuk hari ni (semasa post ni ditaip) saya dan 13 hari menggunakannya. Alhamdulillah, x sia2 saya membuat sedikit pelaburan. Bila produk ini menampakkan hasil, baru lah saya berani untuk berkongsi di sini. Produk yang saya maksudkan ialah Double Stemcell dan Triple Stemcell. Hasil teknologi penyelidikan dari Switzerland, maka stem Epal dan Anggur diekstrak untuk menghasilkan ramuan khas untuk penjagaan KESIHATAN dan KECANTIKAN.
Apa yang saya rasakan sekarang setelah 2 minggu pengambilan DSC dan TSC ialah:
1. Badan makin ringan sebab kita maintain buang air besar/kecil.
2. Kulit muka/badan memang lembap..x perlu moisturizer atau lotion lg.
3. Badan kekal fit untuk yang selalu stay up buat kerja/jaga anak kecil/study pagi2.
4. Luka kecil atau luka-luka bekas garu cepat kering dan hilang dengan semburan TSC
Setakat ni yang saya rasa dengan penggunaan DSC dan TSC. Mungkin pengambilannya juga bergantung kepada seseorang individu...cepat atau lambat dan kepelbagaian fungsi yang lain. Seronok berDSC dan kalau anda berminat..boleh PM/MSG/CALL/WHATSAAP saya..0187784324 :) insyaallah segera saya respon.
Monday, June 10, 2013
:: pRoSeS mEMuJuK hATi yAnG LaRA ::
Salam semua....
Almost 6 months..ni baru dapat post something buat blog ni. Dengan 'pregnancy' yang menunggu hari untuk deliver..mungkin lambat lagi nak posting apa2 pada blog ni.
Kali ni,tuan empunya blog agak berduka lara...hatinya remuk sedikit dek kerana perkara agak 'peribadi' yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Masalah yang timbul, ujian yang mendatang ini adalah tempias sahaja yang Allah datangkan untuk menguji kesabaran umatnya..So, bermula lah proses memujuk hati saya yang agak lara ini... :)
Sesunggunya setiap ujian Allah itu ada penyelesaiannya... :)
Almost 6 months..ni baru dapat post something buat blog ni. Dengan 'pregnancy' yang menunggu hari untuk deliver..mungkin lambat lagi nak posting apa2 pada blog ni.
Kali ni,tuan empunya blog agak berduka lara...hatinya remuk sedikit dek kerana perkara agak 'peribadi' yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Masalah yang timbul, ujian yang mendatang ini adalah tempias sahaja yang Allah datangkan untuk menguji kesabaran umatnya..So, bermula lah proses memujuk hati saya yang agak lara ini... :)
Sesunggunya setiap ujian Allah itu ada penyelesaiannya... :)
Thursday, September 27, 2012
MYRACLES BEAUTY PRODUCT
Salam 1 Malaysia kawan-kawan blogger..
Entri kali ini saya ingin 'share' produk penjagaan kecantikan yang mudah dan selamat untuk digunakan. Saya baru juga diperkenalkan dengan produk ini dan saya percaya ia menjanjikan pulangan kepada perbelanjaan yang anda keluarkan. Produk MIRACLES BEAUTY dihasilkan untuk memenuhi impian anda.
Jom saya ceritakan sedikit tentang produk ini untuk bacaan anda..
Kesan Segera (3-5 minit):
Kulit muka akan rasa dan nampak lebih tegang,lebih runcing,
lembap,rasa segar, lebih cerah serta eye-bag akan berkurang @ hilang.
Kesan jangkamasa panjang(1-2 minggu):
Kulit akan kekal lebih cerah (Whitening),
nampak lebih muda(Anti-Aging) dan Bentuk muka akan lebih runcing( Facial Up-Lift).
Kalau anda berminat..boleh email atau ke link ini..
nana_nalia@yahoo.com
https://www.facebook.com/pages/Pretty_Splendour
https://www.facebook.com/tengkunurhana.tengkusulaiman
Terima kasih membaca entri ini... :)
Entri kali ini saya ingin 'share' produk penjagaan kecantikan yang mudah dan selamat untuk digunakan. Saya baru juga diperkenalkan dengan produk ini dan saya percaya ia menjanjikan pulangan kepada perbelanjaan yang anda keluarkan. Produk MIRACLES BEAUTY dihasilkan untuk memenuhi impian anda.
Jom saya ceritakan sedikit tentang produk ini untuk bacaan anda..
MIRACLES COLLAGEN SPRAY
(RM120 / 65ml)
Kandungan dlm MYRACLES Collagen Spray :
1) Oxygen Water
2) Aloe Vera
3) Extract Buah Delima
4) Rumpai Laut
MYRACLES COLLAGEN SOAP
Kandungan Utama dalam Myracles Collagen Soap :
1) Aloe Vera
2) Extract Buah Delima
3) Rumpai Laut
4) Sarang Burung Walit
MIRACLES COLLAGEN SPRAY/SOAP bebas dari sebarang campuran bahan kimia, pewarna mahu pun pewangi. Wajah anda akan menjadi jauh lebih hebat berbanding biasa selepas menggunkan produk ini.
Dapatkan perubahan pada wajah anda dalam tempoh 3-5 MINIT SAHAJA dengan Produk MYRACLES Collagen Spray.Kesan Segera (3-5 minit):
Kulit muka akan rasa dan nampak lebih tegang,lebih runcing,
lembap,rasa segar, lebih cerah serta eye-bag akan berkurang @ hilang.
Kesan jangkamasa panjang(1-2 minggu):
Kulit akan kekal lebih cerah (Whitening),
nampak lebih muda(Anti-Aging) dan Bentuk muka akan lebih runcing( Facial Up-Lift).
Kalau anda berminat..boleh email atau ke link ini..
nana_nalia@yahoo.com
https://www.facebook.com/pages/Pretty_Splendour
https://www.facebook.com/tengkunurhana.tengkusulaiman
Terima kasih membaca entri ini... :)
Monday, September 10, 2012
:: SaLAM SyAwAL ::
Salam semua...
Walaupun telah lama berlalu kita menyambut 1 syawal...tetapi 'mood' raya masih lagi terasa. Tahun ni 2012, saya menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah di kampung halaman. Sangat seronok dan teruja dapat beraya di kampung kerana dah lama x dapat beraya pertama di kampung. Terima kasih En.Suami kerana bercuti panjang untuk pulang ke kampung halaman saya. Lama juga la..hampir 9 hari berada di kampung telah digunakan sepenuhnya.
Raya kali ini saya agak lewat ke kubur arwah abah. Apapun, sempat juga saya pergi ditemani suami. Sayu hati kerana agak tidak terjaga sekitarnya. Kalau dulu, ada juga pakcik (arwah) yang selalu menjaga dan membersih. Setelah pakcik tiada..kurang penjagaan oleh kaum keluarga. Saya dan suami jauh di selatan. Inilah kekangan yang memang tak dapat nak dielakkan. Selepas ini, akan saya ikhtiarkan sesuatu...upah orang menjaga pun x mengapalah..asalkan terjaga. "saya SAYANG abah". Semoga abah tenang di sana dan doa saya sentiasa mengiringi abah di alam sana.
Raya kali juga meriah dengan gelagat adik-beradik, anak-anak saudara dan saudara-mara. Nanti lagi 2-3 tahun x dapat beraya di kampung.'Turn' kampung suami pula..apapaun, my 2012 syawal eve was happily celebrated.
Memory of Eid
Saturday, July 21, 2012
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA FOLLOWERS, RAKAN BLOGGERS, BLOGGER READERS DAN UNKNOWN READERS YANG SUDI MENJENGAH BLOG SAYA..
" Semoga Kita Mendapat Keberkatan di Bulan Ramadhan ini dan Berjaya Menunaikan
Ibadah Puasa Dengan Penuh Keimanan dan Keinsafan "
Ikhlas : Sweetnalia dan Keluarga
:: mANgSA tErBArU sAYa ::
Hye..
seronok rasanya dapat touch-up muka orang lagi..update lagi.Masa utk memahirkan diri dengan minat saya ni..suka..suka...suka. Terima kasih buat kak suri sbb sudi bagi saya conteng-conteng wajah akak..
seronok rasanya dapat touch-up muka orang lagi..update lagi.Masa utk memahirkan diri dengan minat saya ni..suka..suka...suka. Terima kasih buat kak suri sbb sudi bagi saya conteng-conteng wajah akak..
Saturday, June 23, 2012
:: LaGi-LAgI mAkeUp ::
My next model for transformation...still got lots of work n effort to become pro..pheWww!
* I am looking for new model...tangan dah gatal nak 'touch up' muka org ni...
* I am looking for new model...tangan dah gatal nak 'touch up' muka org ni...
Tuesday, June 19, 2012
:: uPdATe maKeUP ::
Hye bloggers.. here I would like to post some pictures of my touched. Not so perfect good..but I wish to be better than what I am now..enjoyy ;p
before make over
after make over
before make over
after make over
Friday, June 8, 2012
:: I wAs aDDictEd iNtO mAkEuP tOo ::
Salam,
Previously, I've talked on Maher Zain and how I addicted to him as the singer and how I interested in his songs..Really the best singer/composer/musician/lyricist that has played his role and responsibility very well towards Muslim people especially.
So, now in this post I again would like to share my another addiction, which is "makeup". At first, it was only for fun and I do it just to makeup myself and for no any attention. Now, it comes to more professional (is it?..hahaha). I started my interest and my passion with makeup by attending makeup classes on December 2009 at Juwein Bridal. I've spent 10 times classes there and Juwein was really nice and taught me so well. Then, I continued another class on July 2010.Hm..it is not a makeup class anyway, it is more to workshop on makeover and grooming hosted by Nurul Shukor.Very funny and friendly. Lastly, I've attended my makeup class with RashidahBeautyDesign. She was also very nice and supportive. With all these, I now begin step by step to pursue my passion about makeup and make someone beautiful.. :) I am also starting my own branding"prettysplendour"...Do support me everyone! Thank You :)
My Makeup Tools
My 1st Model Transformed
Sebelum
Selepas
Selepas
Myself after Makeup Class
Actually I am a new beginner in this, so still here and there I need to improvise. Practice make Perfect isn't?..Bye
Wednesday, April 11, 2012
:: i wAs aDdicTeD tO mAhER zAiN ::
Hye readers and bloggers!


I am so happy to be back and do some favour here (updating my blog) because i have left it without any entries for quite long...missed this blog so much! Hehe...so this time i going to rambling about my favourite artist...actually i've just ADDICTED to him after listening to his 1st single for 2nd album 'Number One for Me'..the song was so damned nice..i am so amazed with the lyrics and the melody. No complaint at all!...He is talented. My husband was laughing at me when i said i was addicted to Maher Zain...hahaha. Then he bought me the Original CD's of Maher Zain since i kept sang that song... ;p thank you husband!

Maher Zain
16 March 1981
Tripoli, Lebanon
Sweeden
Degree in Aeronautical Engineering

as i addcited much to Maher Zain...so my hp's ringtone was his single 'Number one for me'...my caller me tones also the same song. Still the same song..i put on my fb...i put in my lbtop as well as my i-pad...not fogotten, in my pendrive also..so that i can hear it any where i go..hahahaha. So, that's all for now! Gud Luck to Maher Zain in anything he works on..
Tuesday, April 10, 2012
:: sOrRy, I hAvE nO iDeA ::
hye readers...
hope all of us enjoy our life as we wish...actually i have lot of story to share with all my blogger readers but then I HAVE NO IDEA which story should i put here..hAHahA. Maybe some other time i will...daaa. Here, enjoy these candies

Monday, November 14, 2011
:: aKtiViTi Di hUjUNg mInGGu PerSeKoLaHAn ::
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Intro yang agak formal untuk semua bloggers...
Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera...
Terasa ingin 'update' sesuatu di blog saya yang tidak seberapa ni. Sejak memangku jawatan S/U SPM sekolah...terasa diri agak sibuk kerana saya tidak ada pengalaman langsung mengenai peperiksaan SPM. Terima kasih kepada Puan Norazimah dan Puan Rosmawati di atas bantuan dan tunjuk ajar. Saya harap tidak memangku terlalu lama jawatan ini, tapi nampak gayanya nama saya dalam pertimbangan untuk terus memegang jawatan ini...adesss! (Tahniah Puan Nurziana Yusof kerana berjaya untuk pertukaran ke sekolah baru...)
Pada Jumaat (11.11.2011)...
SMK Tanjung Adang telah berjaya melaksanakan simulasi Haji dan Umrah untuk semua pelajar sekolah. Pada hari tersebut, semua pelajar didedahkan dengan prosedur dan manual mengerjakan haji dan umrah. Sangat seronok melihat aktiviti sebegini dijalankan. Sekurang-kurangnya pelajar dapat menimba pengalaman dan menambah pengetahuan kaedah mengerjakan haji dan umrah. Tahniah buat Panitia Pendidikan Islam SMKTA dan guru-guru yang terlibat. Tahniah juga buat semua pelajar yang memberikan kerjasama yang baik.
Melontar di Jamrah Akabah
Solat sunat Makam Ibrahim
Tawaf
* Tahniah kepada Pn.Nora Muhamad dan Pn. Nurziana Yusof kerana berjaya diterima pertukaran mereka ditempat pilihan masing-masing.
Monday, October 31, 2011
:: aLHaMdULLiLAh sELaMAt MaJLis aQiQAh zArAa ::

Hai semua bloggers...
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi kerana Majlis Aqiqah puteri saya, Tengku Nalia Nur Zaraa telah selamat dijalankan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada en.suami yang bertungkus-lumus bersama menyempurnakan majlis anak..tidak lupa juga kepada adik-beradik saya yang datang dari Terengganu, Kuantan, Kuala Lumpur dan Kedah yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis tersebut dan anak-anak sedara saya. Buat Cik Ain dari http://ribendangunting.blogspot.com/ saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih di atas perkhidmatan buaian aqiqah untuk puteri saya. Jenuh mencari akhirnya termakbul juga hasrat untuk mendapatkan buaian Zaraa.
Seterusnya, en.Nizam dari http://www.purplenstudio.com/ yang menjadi jurugambar sepanjang majlis berlangsung. Cikgu sekolah saya juga sebenarnya..hehe. Mungkin ada yang tertinggal untuk saya ucapkan terima kasih, secara langsung atau tidak langsung saya ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga. Majlis selamat berlangsung...impian kecil saya untuk si puteri telah tercapai dan memenuhi impian untuk Adam yang tidak dapat dilaksanakan. :)
Friday, September 30, 2011
:: aNAk tERuNA dAn AnAK dARa sAYa ::
Tengku Nalia Nur Zaraa Binti Mohd Hasnul sudah pun berusia 3 bulan. Dalam diam, masa berlalu dengan pantas. Sangat seronok melihat kelatah Zaraa yang semakin comel...sudah pandai senyum dan mencari orang..Sayang anak ibu. Abg Adam dah besar...dah nak masuk 2 tahun next month. Sayang anak ibu dua-duanya..
Saturday, July 16, 2011
:: SuKA dAn SeDiH~sEmUa AdA ::
Malam ini..terasa nak post entri berikut...walaupun hanya lirik lagu tapi kesannya sungguh mendalam rasanya..
Aku masih... seperti yang dulu
Menunggunmu sampai akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hati pun rela berkorban
Demi keutuhan kau dan aku
Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apa pun kan ku berikan
Cinta dan kerinduan
Untukmu... dambaan hatiku...
( korus )
Malam ini... tak ingin aku sendiri
Ku cari damai bersama bayanganmu...
Hangat pelukan yang masih kurasa
Kau kasih... kau sayang...
* tahniah buat kamu...
Saturday, July 2, 2011
:: SYUKUR ALHAMDULILLAH ::
(Tengku Nalia Nur Zaraa)
Pada 20 Jun 2011 yang baru lalu, aku selamat melahirkan baby ke-2 ku tepat jam 11.00 malam. Rasa sungguh gembira dan aku tersangat bersyukur dengan anugerah Tuhan yang tidak terhingga ini. Akhirnya aku dan suami sudah pun mendapat sepasang cahaya mata. Dalam erti kata lain...boleh la aku rest dulu sebelum merancang untuk mendapat cahaya mata lagi. Suami sangat teruja kerana sepanjang aku hamil, kami tidak pernah cuba untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Cukup dengan telahan dan tekaan ahli keluarga dan sahabat handai yang menjangkakan bayi kami ialah bayi perempuan. Akhirnya ia menjadi kenyataan!
Apa yang ingin dikongsikan dalam entri kali ini ialah kesakitan, kelucuan dan kegembiraan sepanjang aku hamil sehingga aku bersalin. Pertama sekali, sepanjang aku hamil aku mengalami kekurangan hb (hemoglobin) dalam darah yang sangat rendah. Setiap kali pemeriksaan, mesti hb aku kurang dari 8.8g/dL. Letih rasanya menelan ubat yang sama dan ditegur doktor setiap kali pemeriksaan. Menu kerang, bayam, hati ayam, hati lembu jadi menu harian...mual nya Tuhan saje la yang tahu. Akhirnya dalam satu pemeriksaan rutin, hb aku dicatat 7.9g/dL..rendahnya! Kali ni doktor dah tak tegur lagi tapi memberi suntikan inferom (cecair hitam untuk tambah darah) sebanyak 6 kali berselang hari di'bontot'..aduyaiii terasa kesakitannya setelah suntikan kelima..lenguhnya pinggang tak dapat aku gambarkan. Seterusnya apabila kandungan sudah mencapai 38 minggu, aku menyambung pemeriksaan rutin di terengganu, di sini lah baru aku ketahui bahawa ubat yang aku telan selama ini perlu diminum dengan minuman berjus terutamanya jambu batu. Perut perlu dibiarkan kosong 4 jam sebelum menelan pil Iberet, baru memberi kesan kepda hb dalam darah...isk2 kalau awal2 aku tahu mesti tak kena inject 6x itu..huhu!
Kelucuan...19hb Jun aku admitted wad sebab air ketuban sudah keluar cuma dalam kuantiti yang sedikit. Pemeriksaan 'jalan' juga sudat mencatat 2sm. Suami menguruskan proses kemasukan aku ke wad. Dengan menggunakan GL yang dibekalkan, aku dibawa ke wad (kononnya kelas 1) tapi rupanya kelas 3..haha! Ramainya pesakit..macam tempat perlindungan bencana..huhu. Nasib baik nursenya ramah-tamah...terubat juga hati. Bagaimana pun, esoknya aku dipindahkan ke wad kelas 1 juga kerana baru ada kekosongan.. Pada hari tersebut..perut aku mula menunjukkan rasa sakit seperti senggugut tapi pada kadar yang sederhana..(tapi sakit juga). Sewaktu menjalani CGR (graf degup jantung) baby, sakitnya semakin bertambah..nak menangis pun ada..tengah berbaring sambil menahan sakit, sempat pula seorang nurse ni mempromosikan 'pad herba' kepada aku..aduyaii sekali lagi!
Kesakitan terus berlangsungan..pemeriksaan nurse baru mencatat 4sm..huh! Aku terbaring di katil menahan sakit...akhirnya dari jam 7.30 malam sehingga jam 10.00 malam menahan sakit, aku mengadu kepada nurse untuk ke labour room. Nurse on duty pada masa tu terus merenung aku dan menegur aku.."awak ni..ingat boleh minta macam tu je ke nak masuk labour room. kalau tak 5sm tak boleh masuk" " sekarang labour room full" "periksa jalan dulu..hmm" Setelah pemeriksaan dibuat..6sm dicatat. Boleh pula nurse tersebut cakap kat aku "awak ni..macam nak beranak sangat dah! Biasa la, kalau sakit-sakit tu..dah namanya mengandung" eeeiiiii...geram pulak aku mendengarnya! "Kalau awak nak masuk labour room jugak, awak tunggu la kalau full" argggghhhhh....
Memang betul kata nurse...semua bilik penuh..dengan menggigil tangan aku memegang besi katil menunggu untuk masuk ke labour room. Jam menunjukkan 10.30 malam. Suami sudah berada di luar labour room memerhati aku dengan penuh kasihan..mungkin :) 10.40 malam, aku terus dibawa masuk ke labour room dan menunggu masa untuk bersalin.. Tak sampai setengah jam pun, aku terasa seperti hendak meneran sahaja...dan terasa air ketuban sudah pun pecah..nurse di sebelah aku jeritkan dan beliau terus memanggil doktor untuk proses bersalin. Suami masuk dengan tergesa-gesa dan tepat jam 11.00 malam, Tengku Nalia Nur Zaraa selamat dilahirkan. Terasa kegembiraan yang tidak terhingga dan hilang semua kesakitan yang dilalui sekejap tadi.
Ini kali kedua aku bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Sungguh pun banyak pengalaman dilalui..aku seronok melahirkan bayiku di sini. Doktor dan nurse semuanya baik-baik belaka..kalau garang pun mungkin kerana mereka 'stress' dengan kerja..Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua nurse di wad 1CD dan wad 2AB. Tidak lupa, Doktor Norlely (menyambut kelahiran), Doktor Radiah (wad 2AB), Doktor Karimah(wad 1CD), Doktor Balqis(Admission) dan Doktor Chen/Doktor Sahara (merawat zaraa di wad 6AB).
~Pengalaman pahit manis seorang insan yang bergelar ibu~
Subscribe to:
Posts (Atom)
My FacEbOoK
ChAt
SwEet FoLLoWeRs
BLOgGeRs
-
-
Sombong!13 years ago
-
~Macaron Giveaway~14 years ago
-
Aidilfitri 2010...15 years ago
-
kehidupan baru16 years ago
-
Lagu Yang Menyentuh Hati...18 years ago
-
-
-
-


































