Monday, September 28, 2009

:: Seminggu Dengan Banyak Cerita ::

Entri kali ni tajuknya macam tak sedap bunyi nya..nasib lah! :)
Sebenarnya aku baru je terjaga dari tidur yang tak berapa lena..entah la ek, aku sekarang dah sakit sangat kat belakang..hari ni saje aku terpaksa guna crk yang entah berapa hari je lagi tinggal..nak ke klinik dapatkan mc..huh tak larat sungguh..nak bangun pun suami kena pegang..boleh kuar air mata nak bangun dari duduk atau tidur..memang dugaan ibu mengandung.Ni dah terjaga...pukul berapa plak nak lelap tak tahu lah..OoooOoo..tensen dehh. Apa yer nak dicoretkan??..hmm
  1. Sangat seronok rasanya dapat balik ke kampung walaupun raya ke-3...semua ahli keluarga aku tak putus-putus tanya bila nak sampai..Raya ke-4 rumah mak masih lagi dikunjungi tetamu yang tak putus-putus...memang seronok sebenarnya sebab dapat bakar satay ramai-ramai dan masak apa yang patut untuk tetamu.Walaupun aku kepenatan tapi seronok..tahun depan suami kata dia nak pastikan dapat cuti raya..sebab seronok beraya kat kampung...hehe (beza kan..raya kat kampung ngan bandar??)
  2. Balik raya kat kampung,sempat jugak aku pergi kenduri kawen kawan-kawan sekolah.Aku ucapkan tahniah buat sahabat-sahabat yang sudah berjaya menjejakkan kaki ke singgahsana... :) semoga berbahagia hendaknya dan dikurniakan cahaya mata yang comel2 selepas ini..aminn
  3. Raya ke-5 aku dikejutkan dengan kedatangan 'owner' umah sewa aku time aku study kat upsi dulu..mmg tak sangka diaorang masih ingat.Last diaorang datang time aku kawen bulan 5 tahun lepas..Diaorang kat Terengganu sebab beraya rumah sedara dan nak balik ke Shah Alam.Nasib baik la pagi tu mak tanya aku menu apa nak buat hari ni..so ada la makanan untuk dihidangkan..rupanya auntie dan retire tahun ni.. Bila kenangkan tuan rumah ni...teringat aku pada kenangan yang ada kat rumah tu..manis ada, pahit lagi la ada..tapi buat apa nak kenangkan yang pahit2 tu..so, aku delete je dari kamus hidup..biar tinggal yang manis-manis je..baru ceria hidup..C.E.R.I.A (saluran ceria astro!..haha) Aku pun terkenangkan juga..apa jadi dengan kawan-kawan serumah aku dulu..bagaimana kehidupan diaorang? moga-moga semuanya baik-baik belaka.
  4. Aku balik ke Johor raya ke-6...suami masuk kerja malam..so tinggal la aku kat rumah sorang-sorang.Sangat tak best keadaan camni..walaupun rumah sebelah menyebelah riuh-rendah masih ada orang beraya tapi aku raya sunyi..tambah plak aku sakit badan takde sape nak mintak tolong..(sape lagi kalau bukan anong..huhuhu) terpaksa la buat semua sendiri..aku juga memenuhi masa boring dan suram ni dengan menyiapkan SKT, Analisi Item dan Post-Mortem Percubaan SPM...dan akhirnya siap..alhamdulillah.
  5. Adik ipar aku kena 'gangguan'..aku tak tahu lah pulak gangguan seperti apa..cuma dari apa yang diberitahu suami..gangguan yang dibuat seseorang kepadanya.Kesannya, dia meracau sampai lembik tubuh badan dan time dia meracau tu..badan dia kuat giler..entah la yer..aku belum pernah melalui saat-saat begitu.Jadinya, malam suami bekerja tu..dia minta keluar dan balik ke rumah ayah dia kat Plentong..hmm aku no komen sangat pasal mende ni..bagi aku, pesan mak paling bernas untuk diguna pakai..apa2 jua dalam hidup ni..sembahyang jangan tinggal..cuba jangan lengah-lengahkan..ada masa mengaji..jadikan amalan.So, kalau nak hindar 'gangguan'..rasanya ni la ubat yang paling mujarab..
  6. Aku sekarang tengah menghitung hari..dah 37 minggu..tunggu masa kelahiran baby sulung.Semua sudah siap tersedia..cuma harap-harap sempat balik kampung.Suami pun dah tak senang kat tempat kerja..asyik tepon je tanya..ok tak? aku jawab ok je walaupun aku sakit belakang macam apa...tido memang tak cukup 5 jam..apa boleh buat kan.. Dan masa ni juga...sahabat a.k.a coursemate time kat upsi a.k.a colleague time praktikal di SMK Seri Damai..Faraidayu Anua..sama-sama menghitung hari dengan aku..beza due dia dengan aku lebih kurang seminggu je..so tengok la siapa yang kena! hahaahhaha (masing-masing dah tak larat...sms pun selalu pasal baby..dah tak ade citer lain..aku doakan semoga dia dapat transfer ke Terengganu..iskk beh nya dapat balik sanaaaaaaaaaaa)
  7. Esok sekolah..ya Allah...beri lah aku kesihatan dan kekuatan..banyak hal lagi nak setelkan ni..aminn..

Saturday, September 19, 2009

:: Menjelang Syawal ::

hari ni..19.09.09..
Aku kat rumah sambil melayari internet, marking kertas trial sejarah budak2 and kemas rumah juga (nak raya jugak..alang-alang balik raya ke-3)..mana la tau budak2 datang nanti..hahaha.Jam 5 nanti suami balik dan kami nak menuju ke rumah abah (bapa mentua aku) kat Plentong untuk berhari raya pertama di sana.Mungkin ada rasa kelainan sedikit la sebab ni lah kali pertama aku berhari raya kat sini..rindu kampung la plak.Apapun, aku sabar menunggu untuk balik kampung...duit raya, kuih raya, baju raya and semuanya dah siap packing.Aku agak kepenatan sekarang sebab mengemas sakan tadi.Seronok rasa dapat tengok rumah kemas dan bersih...nak tunggu hari kerja, memang tak mampu nak mengemas sebersih sekarang ni...hmm tambah plak ke'sarat'an aku sekarang.

Esok..aku ingat nak buat ketupat palas je sebab serunding daging dah ada..imported from Terengganu. Ahaaaa....tak boleh ketinggalan,nasi himpit and kuah kacang and kek coklat moist.. ni lah menu aku paling suka time-time raya..kuih and biskut raya aku layan jugak! Nampak macam rajin sangat aku nak buat semua tu esok..tengok lah kalau aku tak penat..hehe. Rasanya malam ni mesti anong bawa aku pergi pasar borong Pandan..katanya "jom..kita tengok suasana malam raya kat situ"..aku rasa mesti ramai orang..jangan aku ter'beranak' kat situ dah la..

So, ni je la entri yang aku boleh pikir nak taip..tgk la apa jadi malam ni untuk dijadikan bahan entri seterusnya...

Thursday, September 17, 2009

:: Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin ::


sebagai penulis blog yang tak seberapa ni..saya dengan sukacitanya nak mengucapkan kepada semua readers and followers blog saya ni dengan ucapan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" semoga perjalanan pulang ke kampung kalian selamatlah hendaknya dan beraya lah secara bersederhana...

Friday, September 11, 2009

:: journal harianku ::

semalam...aku berbuka di rumah mentua..sambil2 amik air selusuh yang ayah mentua aku buatkan..sebenarnya aku x berapa pasti kegunaan air selusuh ni.agak mcm2 versi la aku dengar dari akak2 ipar belah suami aku citer tp satu pun x masuk dalam kepala otak aku ni..hehe. so, aku tepon mak kat kampung..satu2 nya sumber paling bernas untuk bersoal-jawab. akhirnya aku paham la sikit2 kegunaan air selusuh ni. pastu plak, time bebuka and selepas solat maghrib, aku dah kepenatan tahap maksima tambah plak aku dah semakin tak larat nak bergerak. solat terawih dua minggu pertama je aku dapat pergi. skarang tak mampu atas sebab-sebab wanita hamil..ahaks. time aku relaks kat ruang tamu, masing2 tanya aku bila due..jantina..nak deliver kat mana...nak letak nama apa..iskk malas betul nak menjawab rasanya :) tp aku ni baik..aku jawab jugak la..kehkehkeh. sambil2 bersembang, kakak2 ipar aku bercerita la pasal hamil and proses melahirkan..iskk bermacam citer aku dengar..naik takut pun ada..tp bila pikir-pikir balik "mak aku lahir 5 orang anak..ok je!" xde apa la..semoga semuanya baik2 saje..aminn. selesai bab pertama.
agak lama kat umah mentua..suami bawa aku pergi kedai perabot sebab nak cari kabinet dapur buat sementara waktu. sbenarnya awal2 tahun hari tu aku ada wat loan nak besarkan dapur..tp tiba2 dapat tau aku pregnant plak..so, perancangan agak lari sikit..dapur tak jadi nak renovate and loan aku buat tu masukkan kat asb..so, biar la duit tu bersawang kat situ dulu sampai aku bersalin nanti..baru pikir pasal renovation. aihh...sampai je kedai perabot tu..agak rambang mata aku..sema nak beli je..(kalau la aku kaya yer...ahahhaha) sebelum balik, suami deal kabinet dapur dan juga kabinet baju kecil untuk bilik bawah. so far, kedai perabot mica kat permas jaya ni mmg bagus..bleh deal harga giler2 punya..siap hantar plak tu..jauh tu permas ke gelang patah..wat eva la. selesai bab kedua.
balik je umah..seronok dapat tgk lampu kelip2 terpasang kat umah..mcm meriah je. kalau ikut suami, mati idup balik aku rasa dia tak nak pasang lampu kelip2 tu..hahaha. tp sebab pikir kan aku tak dapat nak balik kampung raya pertama..kira dia consider la pasang lampu kelip2 tu untuk aku..haaa mcm tu la! (tp sebenarnya bukan dia yang pasang, kawan dia yang tolong pasang..sbb katanya kalau wife tgh pregnant, suami tak bleh buat aktiviti paku-memaku ni..yer ke? aku pun tak tau la apa asas and rasionalnya..nasib la yer) dah puas mengadap lampu kelip2, aku terus tido..mmg dah tak larat sangat la ni..hehe. tamat bab ketiga.
bab keempat? nanti la aku submit lagi..haha.adioss

Monday, September 7, 2009

:: Breaking Fast + Shopping + Ronda2 ::







semalam, aku dan suami pergi Jusco Bukit Indah..very the last minute plan..and very the nasib baik (maaf sebab me'rojak'kan bahasa..) aku belum masak apa-apa untuk berbuka. so, pergilah dua merpati sejoli..haha ke Jusco tersebut..kelihatan mmg banyak kenderaan and kebanyakannya kereta Singapore! isk..isk.. sebenarnya tujuan ke Jusco tu bukan apa sangat pun..nak beli barang aku yang mmg aku lupa giler nak sediakan..hahaha. barang baby siap lengkap tapi barang aku langsung tak ada..so semalam aku cuba melengkapkan keperluan yang perlu..x banyak membeli tapi banyak duit abis..hmmm :)

at the same time..masa pun suntuk...dah malas nak berbuka kat dalam kereta..so kami pun cari-cari tempat yang sesuai untuk berbuka. then, we decided to eat at 'Secret Recipe'...eksyen plak aku rasa berbuka tempat camtu..hahaha. disebabkan dah pukul 6.45, so order je la makanan yang agak-agak cepat sampai. tp kira ok jugak la sbb secret recipe dah sediakan kurma dan air sirap free kot-kot makanan lambat sampai. most of the places have been reserved and bila orang yang reserved sampai..semuanya Singaporean..hmm jauhnya datang berbuka yerr... well..aku pun x tau kenapa aku posting mende ni..agaknya aku terlebih rajin hari ni..tambah plak bulan puasa..aku penattttt ;)



Saturday, September 5, 2009

:: M.C + Batuk + Kurang Sihat ::

dalam beberapa hari ni..hari ke? aku rasa dah berminggu jugak la..aku batuk x ok2 jugak lagi..uihhh perit rasa tekak ni..x pernah plak aku batuk2 camnie..dalam seminggu ni dah 3 hari aku mc, kesian plak students aku..dah la tgh trial..very pity for them,nothing much i can help..aku doakan mereka berjaya la menjawab soalan2 trial tersebut. then, kesian gak kepada cikgu2 yang me'relief' kan aku time aku mc...apa bleh buat, kalau aku batuk biase2 je aku datang punya ke skolah..tp ni macam nak giler batuk..suara ella pun kalah aku rasa...time tido pun bleh tersedor sebab nak batuk..iskkk..~Ya Allah, sembuhkan lah hambaMu ni dari batuk yang berpanjangan...berikanlah kesihatan yang sempurna kepadaku..aminn~
SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute