Saturday, October 23, 2010

:: I AM STARTED BLOGGING AGAIN :: AFTER SUCH A LONG SILENT ::

hye bloggers,

My warmest smile to all...dear bloggers, i left my blog without any stories since eid...there was no reason why but perhaps i admitted that i have abundant of works to settle on. Now, i have to place some time to put something in my blog. Yet, i do not know what to write on..hehe. Maybe the first thing i would like to share with is Adam becoming 1st year birthday (28.10.2010). There were few days left, i have no idea how to celebrate it since Adam was too small to know that was his birthday. I asked mom (my mother) how to make 'pulut kuning'..hehe and i hope that i am able to do it. Just look forward whom to invite... Anong,u do the preparation okayY.
Secondly is..good news to both of us. My 2nd preggy is confirmed. Hope my baby in womb doing okay inside. Abah and Ibu really happy with this news. So, Adam is going to have lil sis or bro next year. Since it was at the early stage of pregnancy, i do not want to post babyticker widget yet. Maybe later on i will...

Friday, September 10, 2010


Salam Lebaran buat semua...
Tahniah kepada saya dan anda semua kerana akhirnya kita bersua dengan Bulan Syawal yang kita nantikan sama gembiranya dengan bulan Ramadhan yang sudah berkahir ini. Hari ini semua umat Islam akan merayakan Hari Raya Adilifitri...pastinya semua orang sedang sibuk untuk merayakannya. Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kami..terutamanya saya sekiranya ada salah silap yang mungkin saya sedar atau sebaliknya. Saya juga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat :
1. Kaum keluarga saya di Terengganu, Kedah dan Johor.
2. Guru-guru dan rakan-rakan di Sek.Ren.Tengku Mahmud..Besut Terengganu
3. Guru-guru dan rakan-rakan di Sek.Kebangsaan Seberang Marang..Marang Terengganu
4. Guru-guru dan rakan-rakan di Sek.Menengah (P) Tun Fatimah...Johor
5. Guru-guru dan rakan-rakan di Sek.Men.Kebangsaan Tengku Lela Segara..Terengganu
6. Rakan-rakan seperjuangan (B. Ed. TESL) di UPSI..Tanjung Malim Perak
7. Rakan guru dan pelajar SMK Merchang...Marang Terengganu
8. Rakan guru dan pelajar SMK Seri Damai..Kuantan Pahang
9. Rakan guru dan pelajar SMK Jengka24..Jengka Pahang
10. Rakan guru dan pelajar SMK Tanjung Adang..Johor
11. Semua bloggers
* Sekiranya saya terlupa nyatakan disini..harap maaf. :)

Monday, August 30, 2010

:: IFTAR RaMaDHaN :: RaMadHAn Al-MuBArAK ::





Lokasi : SMK Tanjung Adang
Masa : 6.30 petang - 9.00 malam
Tarikh : 27 Ogos 2010


Tahniah buat Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa (Iftar Ramadhan) buat semua guru dan pelajar SMKTA. Majlis bermula pada jam 6.30 petang. Aku punya part menguruskan Jamuan Makan VIP...seawal jam 5.30 petang aku dah terpacak di sekolah. Sungguhpun begitu, ada lagi yang paling awal tiba iaitu En.Husni Zai'em menguruskan persiapan tempat untuk majlis dan Solat Tarawikh. Crowd mula membanjiri sekolah (macam ramai je..huhu) dan tumpuan diberikan untuk aktiviti di dalam dewan mini SMKTA. Sementara aku pula sibuk di kantin sekolah menguruskan dari menyusun meja dan bangku ke turun naik tangga mengangkut pinggan mangkuk, menyusun atur kutleri VIP...sehingga ke makanan. Banyak betul makanan pada hari kejadian...tidak lupa air tebu fresh dari ladang... Tahniah buat semua pelajar yang menerima penghargaan di atas penglibatan mereka menyampai tazkirah Ramadhan, khatam al-Quran dan sumbangan untuk anak yatim..selain berjemaah solat tarawikh.. Tahniah sekali lagi buat Panitia Pendidikan Islam SMKTA. Terima kasih buat guru-guru yang membantu aku menguruskan Jamuan VIP...sangat kenyang dan bersemangat membawa balik a.k.a tapau makanan yang terlebih...


Tuesday, August 17, 2010

:: BukA pUaSA sAMa-saMa yUk ::





ACARA : MAJLIS BERBUKA PUASA anjuran KEBIRU SMKTA
TARIKH : 13.08.2010
MASA : 6.30 - 8.30 malam
LOKASI : JB CATERING, JALAN KOLAM AIR, JOHOR BAHRU
Sangat seronok...itu perkataan yang dapat digambarkan oleh diri ini bila dapat menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Kebiru SMKTA... Walaupun tidak semua guru dapat menghadirkan diri semasa majlis tersebut tetapi tetap meriah. Ini pertama kali diri ini men'join'kan diri berbuka bersama-sama. Terima kasih kepada orang-orang kuat Kebiru SMKTA. Makanan terlalu banyak untuk dinikmati. Perut di bulan Ramadhan tidak mengizinkan untuk makan lebih-lebih, cukup dengan mengalas perut sahaja. Ye ke alas perut?? hehe... tapi kalau cikgu nizam isometrik dengan cikgu mahadi kulit delima, mereka berbuka puasa 3 trip..sambung lepas sembahyang maghrib lagi..haha. Apapun, diri ini dan yang lain-lain sememangnya rasa kenyang sangat. Cuma takde lah bertahan sampai ke sahur.. ngeeee.
* harap maaf, ini sahaja gambar yang mampu di'captured' sebab masing-masing sibuk mendapatkan makanan,siap berebut-rebut lagi..ahahaha

Wednesday, August 11, 2010

:: sALaM RaMADhAn ::


Kepada semua penulis dan pembaca blog,


Salam Ramadhan buat semua. Ini kali kedua saya menyambut bulan Ramadhan semenjak bergiat dalam dunia blogging. Saya memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmatNya, saya dapat lagi merasai bulan Ramadhan yang mulia ini. Termasuk juga anda semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga anda semua dan saya juga mendapat keberkatan dariNya. Amin








Tuesday, August 3, 2010

:: PeStA BuKu DaNGa CiTy MaLL ::



Pesta Buku bersempena Bulan Membaca yang berlangsung di Danga City Mall,Johor Bahru sepatutnya menjadi event yang menarik. Tapi entah lah yer...tidak pula aku merasa seronok untuk menjelajah pesta tersebut dek kerana di pintu utama saje..dah tersusun satu bala tentera menunggu masa untuk diterjah...naik angin rasanya bila masuk..terus dikerumuni oleh mereka.. konon-kononnya nak promote produk e-learning yang hebat la. Paling aku tak tahan,anak umur 8 tahun dah boleh menyebut objek yang ditunjuk..statement yang paling kelakar aku dengar.

Mungkin juga kerana tension dengan keadaan tersebut, maka aku dan suami sama-sama naik angin..angin kus-kus la katakan..hahaha. Dari aku sampai jam 8.15 malam, nak sampai ke kiosk paling last di belakang ambil masa 25 minit...sangat rimas aku rasakan. Suami paling aku tabik spring..dia guna ayat ni je.. "kitaorang datang nak cari buku pun dah terbantut..kalau kami nak kamu x payah cari kami..kami yang pergi cari kamu!"ambik kau... hehe

Lebih kurang sejam berada di sana, boleh tahan juga lah kami berbelanja..seronok dapat beli buku yang kami dah lama cari. Aku juga mewakafkan al-Quran dengan nama arwah abah dan arwah ibu mentua aku...semoga mereka mendapat keberkatan darinya..aminn. Buku-buku yang dibeli baru nak dibaca...tebal tuuu...ambil masa juga la nak membacanya..


Saturday, June 12, 2010

:: Coming Soon ::

I WILL UPDATE THIS BLOG WITH MEMORIES OF OUR FAMILY VACATION TO LANGKAWI SOON...

Wednesday, May 19, 2010

:: SeLAmAt HaRi GuRu ::

(Hadiah dari anak didik)
Salam...
Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat diri aku sendiri..ngeee dan buat semua guru-guru di Malaysia. Tidak dilupakan buat guru-guru yang mengajar aku dari aku mula bersekolah sehingga lah aku tamat alam persekolahan. Rasanya macam nak bercerita tentang alam persekolahan la pulak...hehe. Terima kasih cikgu kerana mengajar saya sehingga saya berjaya menjadi seorang cikgu juga pada hari ini. Seronoknya bila menjadi guru hanya apabila berlaku dua perkara berikut...1. Kejayaan pelajar dan subjek yang diajar dalam peperiksaan awam 2. Bila tibanya Hari Guru..merasai penghargaan oleh pelajar

Dalam entri kali ini, aku ingin mengucapkan terima kasih buat semua anak didik yang memberi ucapan selamat hari guru buat aku. Juga, kepada anak didik yang menyumbangkan hadiah istimewa di hari guru buat aku. Sangat terharu dan tidak menyangka..ada juga hadiah buat diri aku yang baru setahun jagung dalam dunia pendidikan ini..Dedikasi 'terima kasih' berikut ditujukan kepada :

1. Amirul Afiq (hadiah afiq cikgu dah letak potpouri dalamnya..cantik bekas tu..thanks!)

2. Khaidatul Azreen (Lampu jam tu dah di'test'...cantik sekali..thanks!)

3. Nurul Atika (Cantik kain tu...dah hantar kedai,blum siap lagi..thanks!)

4. Nur Alwani (macam pakat je...tudung tu sama kaler kain Atika bagi...nnt cikgu pakai.thanks!)

5. Nur Syaimaa (Comel tu cawan kecik tu...cikgu dah hias kat meja bilik guru..thanks!)

6. Siti Azira (Frame cute tu cikgu dah letak kat meja..cuma blum letak gambar...nnt k.thanks!)

7. Nur Eliana (kreatif yer...buat bekas pensel/pen tu guna kotak...dah ada kat meja.thanks!)

8. Ili Sabrina (cikgu dah letak bekas pen tu kat meja...very nice.thanks!)

9. Siti Norfatihah (Gelas 'pooh' tu dah cikgu guna wat minum...boleh ek? thanks!)

10. Kelas 3 Bijak (sumbangan mug comel tu dah digunakan..thanks!)

Thanks juga buat Cikgu Nurziana (acara bertukar hadiah guru) bagi Cikgu Tengku Nurhana (aku la tu..hehe) blanket hijau yang kiut-miut tu..rasanya dah ucapkan terima kasih buat semua. ada yang tertinggal ke?..sori yang kalau terlupa nak mention kat sini...Apapun,hari guru dah habis...kembali ke rutin asal.

Monday, May 3, 2010

:: SuKa-SuKa LetAk jE niE ::



Entri ini hanyalah sekadar mengisi masa terluang yang tak berapa banyak...sambil-sambil membelek gambar Adam...sempat edit lagi sikit-sikit. So, saje-saje letak la kat blog ni.. Bapak Adam kontrol la plak dam...ntah apa-apa. Adam still mantain cute! :)

Sunday, May 2, 2010

:: ThE nEweSt LoOk oF AdAM ::

(Adam with hair)

(Adam with no hair)

Adam is getting bigger now...6 months with 7.5 kg's. There are so many entries that i would like to post but since i have no time for that...it's better for me to put it here one by one. Just now..my brother has settled up with Adam's hair.. he is now skinhead. Even Adam is now with no hair..he's still cute..(jangan mare hee...). Thanks bro for helping me to cut Adam's hair since his father refuse to do so..actually he is afraid to do it coz he has no experince in it. Never mind, everything is done and Adam has come out with new look.. Love you Adam!

:: ThAnKs fOr tHe aWArD ::


I would like to thanked one of my students who is 'NurSyazrina Binti Daud' or known as 'kina' for giving an award as the best blogger and the nicest blog..yer ke? hehe...what ever it is...tQ dear!


Tuesday, April 13, 2010

:: Berkongsi Cerita ::

Salam Bahagia dan Selamat Sejahtera...

Ayat intro dah mcm nak baca berita dah..hehe. Agak lama juga tidak berkongsi cerita di blog ini..biase la org sibuk yang sengaja menyibukkan diri, memang x sempat nak coret apa-apa kat sini. Setelah sehari berehat dari sengal2 tulang dan sakit tubuh badan...macam ada kerajinan pula nak mengepos sesuatu kat blog. Perkara pertama yang aku nak cerita ialah kemenangan pasukan bola baling sekolah yang berjaya mengekalkan kejuaraan kali ke-11 (mengikut catatan rekod sekolah) berturut-turut. Berbunga rasa hati dapat meraikan kejayaan mereka semalam (Ahad/11.04.2010). Tapi next post aku akan ceritakan dengan lebih terperinci lagi..lagipun cerita xde gambar x best...hehe.

(sekadar hiasan je...)

Perkara kedua pula ialah perancangan aku dengan suami mengenai masa depan kami sekeluarga..fulamakk dah macam apa..siap ada perancangan lagi..hahaha. Takdelah perancangan sangat..cuma suami tiba-tiba merancangan perubahan supaya kami sekeluarga hidup lebih mantap lagi (aku dah nak tergelak bila taip ayat ni...sebab ayat suka ati..so, nasib la.) Dalam masa terdekat ni..aku dengan suami merancang untuk mendapatkan pengangkutan yang lebih luas dan selesa...terutama apabila nak balik kampung atau ke mana-mana. Macam sekarang, kami guna myvi...so, bila dah lahir Adam...barang dia banyak sgt..memerlukan space yang lebih besar...dia punya stroller saje pun dah ngam-ngam ho..masuk bonet. Jadinya, rancang punya rancang...keputusannya, aku dan suami setuju mendapatkan Grand Livina. Sesuai dengan bajet kami yang tak berapa nak ada ni... Pada masa sama...aku dah nak menangis..terpaksa melepaskan myvi tersayang yang banyak menabur jasa kepada aku sejak aku mula kerja. Atas tuntutan keadaan aku terpaksa la..semoga mereka yang menggunakan myvi aku tu..dapat menjaga macam mana aku menjaganya...huhu. Bila nak dapat GL belum tahu lagi..kami cuma menunggu masa yang sesuai..kaler apa yg cantik ek?..merah la..hehe

(sekadar hiasan je ni...)

Perkara kedua yang nak diceritakan...kalau cerita ni, aku mesti terkenangkan peristiwa tahun 2008.. Kami merancang nak dapatkan sebuah rumah yang baru..rumah yang sedia ada kami tak akan jual...tapi sewakan..dapat la juga income nanti..Lagi pula,area tersebut environment kurang sihat. Tapi tu la...kalau la tahun 2008 tu menjadi kenyataan...dah ada rumah cantik kot aku skarang ni..hehe. Tahun 2008..masa ni aku ikut suami pergi Eco Garden..nak tengok rumah katanya.. masa survey-survey tu..kami memang totally attracted to satu rumah contoh diberi nama "Vesselia"...memang mantap sungguh-sungguh rumah ni..apa yang kami nak semua ada pada rumah ni.. so, bila deal punya deal.. representative from RHB Bank, Cik Rozy Rashid cuba bantu kami dapatkan rumah tu sebab mengikut kelayakan..aku belum layak sebab belum sah jawatan(pada waktu itu). Kami depositkan RM1000...doa x putus-putus sebab memang nak dapatkan rumah tu...aku plak tak tahu bila aku akan sah jawatan.. Sebulan menunggu macam satu penyiksaan. Akhirnya kami diberitahu..application kami x lulus..loan x lepas. Memang hampa sangat-sangat.. Suami ok je,cuma aku la yang emo skit.. Latest, kami pergi lagi Eco Garden...rumah idaman dah sold out...memang sedih..sampai sekarang masih teringat sebab time tu rumah tersebut cuma RM190,000 tapi sekarang dan RM320,000...bayangkan cepatnya naik harga. Kalau la time tu aku dah sah jawatan...hmmm.

So, sekarang..kami mula survey rumah baru area jb..of course dekat dengan tempat kerja aku dan suami..setakat ini pencarian belum menampakkan hasil..so kena tunggu la. Mudah-mudahan doa dan usaha kami dimakbulkan olehNya..aminn.


Friday, March 19, 2010

:: Minggu Cuti Tanpa Cuti ::

Salam semua...

Selamat menghabiskan cuti sekolah buat semua pembaca...cuti sekolah dah sampai ke hujungnya. Tahniah buat anda semua yang berjaya mengisi hari cuti anda dengan aktiviti yang menghiburkan!... Aku pula, menghabiskan cuti sekolah dengan Kursus Bahasa Inggeris anjuran UEM Land dan British Council...All schools from Nusajaya area were attended to the course.. 3days full with English Language..got something from UEM Land and got something from British Coucil... thank u so much to them and Jacques Desaulniers as our facilitator. Gain more knowledge from the course. Fun and interesting I can say... Hari selebihnya, berada di sekolah ter'chenta' menyiapkan kertas ujian formatif buat semua anak didik...also kelas tambahan GPMS buat students SPM...diaorang ni malas2 lagi nak datang kelas...tahu ke tak la agaknya yang diaorang ni ada exam besar tahun ni..hurmmm

Semalam...balik dari sekolah, suami ajak makan kat luar.. Best je bunyi nya sebab aku tak payah nak masak..hAhhAHAHaha! So, we decided to go Pizza Hut nearby, Bukit Indah. Kami makan piza baru...ntah apa lupa dah namanya...really nice dan tak ada lah muak sangat. Tapi both of us then order spaghetti marinara..erghhHh x bestnya..nak muntah pon ada..haha. Yang tak abis dimakan...telah ditapau untuk di bawa balik...continue makan kat rumah. Kami x sempat nak shopping apa2 semalam..just pergi makan. Tunggu gaji je lah...hehe

Pengorbanan cuti bulan ini..akan dituntut pada bulan Jun nanti...semua dah booked. Cannot wait to be in Langkawi this coming June...cepat la skit masa berlalu... :) Thanks to En.Suami for his concerned in giving us time for holiday..I Love You and Adam too. Daa...



* tahniah buat adik ipar..ana dan roni coz dapat baby boy

* tahniah buat kak yan...kerani SMK Tanjung Adang coz dapat baby girl

Thursday, March 11, 2010

:: Terima Kasih Cikgu ::

Melihat kepada tajuk entri aku kali ni mcm ada yang tak kena je..dah tentu-tentu aku cikgu..nak ucap terima kasih apanya..kan?? Hari ini pelajar-pelajar sekolah datang ambil result spm diaorang. Aku tidak berpeluang untuk berjumpa dengan semua bekas anak didik aku...maybe pada hari ni aku kelas agak penuh. So, no space to meet them. Aku abis je kelas terakhir, semua pelajar dah datang ambil keputusan. Cuma, ada la dua tiga orang yang belum lagi ambil. Namun, sedikit rasa terkilan di hati sebab tiada seorang pun yang datang mengucapkan terima kasih. Di sini la aku rasakan bagaimana kesabaran dan ketegaran perlu ada dalam diri seorang guru. Hati terkilan tapi masih mampu tersenyum. Apapun, aku tidak la pula memikirkan bukan-bukan. Kemungkinan mereka mencari aku tapi tak jumpa..sebab aku ada kelas. Namun, aku berbangga dengan mereka yang mendapat keputusan yang baik untuk subjek SEJARAH. Alhamdulillah ada la sedikit peningkatan dalam peratusan kelulusan penuh bagi subjek sejarah. Bagi mereka yang tidak lulus atau dalam maksud lain gagal dalam subjek sejarah...memang sudah dalam senarai aku. Semoga itu semua menjadi teladan kepada mereka. Buat Ajjrina, tahniah di atas kecemerlangan anda mendapat 8A 2B..masa depan yang cerah menanti anda. Buat Faznur Fairus..tahniah dan terima kasih dengan hadiah B+ yang diberi untuk subjek SEJARAH...keputusan anda membuatkan saya nak mengalirkan air mata kegembiraan :) Buat semua anak didik...semoga perjalanan hidup anda semua berjalan dengan baik. Wassalam

:: To All My Lovely Students ::

TO SPM 2009 CANDIDATES, I WISH THEM ALL...

VERY BEST OF LUCK IN YOUR SPM RESULT!



*5 BIJAK
*5 BESTARI 2
*5 BUDIMAN

Saturday, March 6, 2010

:: Hari Keluarga Di Damai Resort, Desaru ::

Salam semua,
Agak lama tidak mengepos sebarang entri...nasib blog ni belum bersawang lagi yer.. so, aku update kan dengan pengisian aktiviti bulan lepas. Semua warga SMKTA (ada gak yang tak pergi..tapi kira semua je lah) menghabiskan 2 hari 1 malam di Damai Resort,Desaru. Kesimpulan yang boleh diberikan ialah..."menyeronokkan" walaupun dalam masa yang singkat. Terima kasih diucapkan kepada orang kuat KEBIRU dan ahli2 jenteranya yang menjayakan aktiviti kali ini.

Walaupun perjalanan ke sana sangat menyakitkan tubuh badan, tapi akhirnya sampai juga aku ke sana. Tempat yang cantik menarik kau memang debom..hahaha. Suasana yang sangat damai. Bilik pon ok...sangat selesa dan berbaloi dengan bayaran. Satu lagi yang perlu dipuji..makanan pon best jugak..kira mantap la untuk mengisi perut aku,suami dan asmidar. Suami dan asmidar ni kuat makan...kira berbaloi juga lah aku bayar...haha.

Satu perkara yang kira melepas la aku x dapat nak buat...mandi kolam. Walaupun aku ni spesis x reti berenang...nak la juga mandi kolam. Best tengok kak su, kak wan, kak jue dan yang lain2 mandi kolam...iskk. Xpela, tunggu Adam beso skit la.. Aku respect sungguh dengan kak jue..tabik spring ganda 24x....pandai betul berenang...sampaikan anak-anak dia pon sama naik..bagus2x.
Aktiviti sukaneka pon x kurang hebat dan melucukan...bila aku tengok video balik...nak ketawa pon ada..memang best la walaupun serba kekurangan. Bagi kredit kepada kak ima dan kak hasnah...xde diaorang x jadi gak sukaneka ni...semuanya sporting abis.. Kumpulan aku..no4.. mantap x?..haha nampak sangat malas bersukan...(aku ar tu).. so, kenangan manis hari keluarga smkta di Desaru aku abadikan di blog ini...-bye-









Thursday, February 18, 2010

:: I'm Going To BTN ::

i'm so happy at last..BTN is calling me! I'm going there tomorrow at Ayer Keroh D'Village Resort,Malacca..i mean today,hehe... sayonara to husband and my lovely son, Adam. Ibu will miss you a lot! Hoping that your abah will take care of you nicely. I have no idea what is going to happen in BTN...just go and do what ever they ask. Before i'm going to rambling nonsense...better to sleep now and wait for tomorrow. Stop blogging for a week! Daa...

Wednesday, January 27, 2010

:: JUALAN PENGHABISAN STOK BATIK SUTERA...MURAH-MURAH ::

Seperti yang telah saya maklumkan dalam entri yang lepas, berikut ialah kain sutera yang saya nak jual untuk habiskan stok jualan tahun 2009. Kain sutera ini menjadi mangsa keadaan apabila orang ketiga yang nak tolong jual...lupa nak jualkan. Bila dah masuk tahun 2010, baru maklumkan kepada saya. So, dengan berbesar hati saya buat jualan murah batik sutera ini kepada anda semua. Jenis kain dinyatakan dan harga adalah mengikut jenis kain.Kepada yang berminat:
  1. Sila emailkan nama, no. telefon dan no. kod kain untuk tempahan di nana_nalia@yahoo.com. Email anda akan saya balas secepat mungkin bersama-sama dengan no. telefon untuk dihubungi dan no. akaun bank untuk bayaran.
  2. Pembayaran yang telah dibuat akan disahkan.Barang anda akan dipos mengikut alamat yang diberi.
  3. Bayaran pos adalah percuma dan saya akan pamerkan no.kod penghantaran tersebut
  4. Diharap dapat memaklumkan kepada saya setelah menerima barangan anda.

BATIK SUTERA JACQUARD BRUSH

KOD: JB01

WARNA: BIRU TUA, BIRU MUDA, HIJAU, PUTIH

HARGA: RM200


BATIK SUTERA JACQUARD BRUSH

KOD: JB02

WARNA: HITAM, KUNING, PUTIH

HARGA: RM200

SUTERA JACQUARD PELANGI

KOD: JP01

WARNA: KUNING, COKLAT, PUTIH, BIRU, UNGU

HARGA: RM200


SUTERA JACQUARD PELANGI

KOD: JP02

WARNA: BIRU, COKLAT, MERAH, UNGU, PUTIH

HARGA: RM200

BATIK SUTERA LUKIS

KOD: BSL01

WARNA: UNGU, MERAH, PUTIH

HARGA: RM150

BAJU

KAIN


BATIK SUTERA ABSTRAK PETAK

KOD: SAP01

WARNA: BIRU, HITAM, PUTIH

HARGA: RM150


BAJU

KAIN

BATIK SUTERA ABSTRAK PETAK

KOD: SAP02

WARNA: OREN, HIJAU, KUNING, PUTIH

HARGA: RM150

BAJU

KAIN

BATIK SUTERA ABSTRAK PETAK

KOD: SAP03

WARNA: MERAH, COKLAT, PINK, PUTIH

HARGA: RM150


BAJU

KAIN

BATIK SUTERA LUKIS

KOD: BSL02

WARNA: KELABU, HITAM, UNGU, COKLAT

HARGA: RM150


BATIK SUTERA CHIFFON JALUR

KOD: SCJ01

WARNA: HIJAU, PUTIH

HARGA: RM150


Terima kasih daun keladi buat semua yang melayari, menempah dan membeli sutera lelong ini. Semoga anda berpuas hati.

Sunday, January 24, 2010

:: TAKZIAH ::


Sangat dukacita di atas kemangkatan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Sungguh pun aku bukan la anak jati Johor, sebagai pemastautin tetap (rasanya la..) di Johor ini, kemangkatan baginda memberi impak yang besar kepada seluruh warga Johor. Semoga baginda ditempatkan dikalangan muslimin yang soleh dan roh baginda dicucuri rahmat olehNya..aminn.

Friday, January 22, 2010

:: Jualan Murah dan Penghabisan Stok Sutera ::

Buat semua kengkawan...followers, readers and sesiapa je lah yang menggodek blog saya yang cantik lagi menawan ni, saya nak membuat jualan penghabisan stok untuk semua kain sutera yang saya pernah jual sebelum ni. Tak kira apa jenis kain sekali pun, saya menghadkan pada dua harga iaitu RM200 dan RM150. Nanti saya masukkan pada blog ini gambar-gambar kain sutera yang saya maksudkan. Untuk memudahkan urusan perniagaan yang mana book dulu, saya serve dulu la yer... Ini memang jualan bajet murah. Susah nak jumpa tau...Ok..tQ.
* Ini la jadinya kalau dah ramai yang nak tolong jual..bila x terjual,pulang balik dah aku kena jual balik..

Tuesday, January 19, 2010

:: Ayoo...Rosak-rosak ::

Bila idea mencurah-curah..tengok la dalam sehari bleh post 2 entries sekali! Ini ringkas saje la kot..tadi sementara menunggu kelas berikutnya..aku menggodek la gambar kat henpon untuk di'transfer' ke laptop. Dalam banyak-banyak gambar, gambar yang satu ni sangat menarik perhatian aku...sambil gelak sorang-sorang timbul idea untuk post sometin kat blog...BTW pasal gambar ni la.

Dah cantik dah..ubat batuk cap ibu dan anak pose, tetiba mata aku tertumpu kat manusia di belakang...masyaAllah..tak patut...tak patut! Teringat aku...sewaktu gambar ini di'captured', aku,suami,adam and anak sedara sedang soping and menikmati makan petang di food court jusco tebrau. Then, datang la mereka2 ini mencari seat yang sesuai untuk menjamu selera. Yang penting nya mereka2 ini dari Singapore...x kisah la yer. Yang girl kat belakang ni sungguh besar saiz nya..tp kenapa berpakaian begini? (pada pemerhatian aku la...) kalau aku lah di tempat dia...rasanya mati idup balik aku tak pakai macam ni. Bila pikir-pikir balik, nasib baik aku diasuh oleh mak dan arwah abah dengan baik dan didikan yang baik itu menghasilkan aku menjadi manusia sebegini pada hari ini... macam x senonoh je pakaian macam gini..oversize sampai terjojol nampak sana-sini...sangat memalukan kan? hmm...manusia2.
* jaga diri...hiasi peribadi!

:: Al-Kisah Semalam, Malam Tadi dan Hari Ini ::

Tajuk entri kali ni sembarang je aku letak...ikut suka hati dan mood pada masa nak menaip entri ini..hehe. Semalam aku dan beberapa rakan sekerja yang lain menghadiri Mesyuarat PIBG kali pertama...jam 3 petang dan berakhir jam 5 lebih...dekat2 kul 6 juga la.. 6.10 petang, aku bergegas mengambil anak kesayanga, Adam. Ternyata anak aku sorang ni kuat tido..macam bapaknya. Jam berapa pun aku pergi ambil...mesti dia tido...iskk iskk. So, ambil saje Adam aku terus balik rumah, mandi dan solat asar..nanti terbabas pulak. Badan begitu kepenatan. Begitu juga otak terasa berat untuk memikirkan sesuatu. Jam 7 petang...suami call dah abis kerja and OTW nak balik rumah. Alang-alang suami call, aku mintak la dia belikan makan untuk aku, anak sedaraku dan dia sekali la..tak larat nak memasak. Sementara tunggu suami balik, aku mandikan Adam.. Lepas susukan Adam..terus si kecik ni tido. Aku plak melepak kat atas sofa sambil mata yang lemah ni menunggu masa yang sesuai untuk dilelapkan.
Sampai je suami kat rumah...tengok aku terbaring kat atas sofa..dia kejutkan untuk maghrib. Ya Tuhan, lemahnya badan aku...macam orang kerja kontrak je sakitnya badan ni. Aku gagahkan juga la tubuh ni selesaikan yang wajib. Sudah aje, aku terus menyambung aktiviti yang terganggu sebentar tadi. Kemudian...aku dah tak tau apa yang terjadi, cuma seingat aku...ada masa nya aku agak mamai memerhatikan suami mengajar anak sedara aku mewarna kerja pendidikan seni nya...(agaknya itu la yang aku nampak dalam keadaan sebegitu). Suami kejutkan aku sebab aku ada bagitahu suami yang aku nak siapkan kerja dari sekolah. Tapi malang sekali aku malas nak bangun...terus melelapkan mata yang memang dah lemah ni. Sebelum tido dengan lebih nyenyak lagi..aku perasan suami cium dahi aku and said "gud nite sayang"...fuhhhlamakkkk romantik giler suami aku...jauh langit ngan bumi aku dan dia..hahahaha!
Jam 2.30 pagi, aku terjaga...hmmm laparnya perut ni.. aku panaskan air..membancuh air peberet 'milo'. Aku solat isyak dulu dan terus memanaskan nasi goreng yang suami belikan. Dengan sopan a.k.a tertib aku makan sambil tengok cerita Hang Tuah lakonan P.Ramlee di astro. Suami dan Adam nyenyak tido. Sudah aje makan minum,aku siapkan rancangan mengajar untuk hari ini. Jam 4.30, aku sambung aktiviti tido...zZzzzZzz.
dan Hari ini... rutin berjalan seperti biasa... bye2!
* perkataan yang bertanda merah hanya untuk 18sx saje okay!..hehe

Monday, January 11, 2010

:: Masa Begitu Cemburu ::

Jam 1.00 pagi (masa aku menaip entri ini...) terasa begitu pantas masa berlalu...pejam celik pejam celik, 7 pagi nanti bermula episod persekolah yang baru bagi minggu kedua. Entah kenapa badan terasa penat yang amat sangat...rasanya seakan mahu bercuti lagi. Pada hal hampir tiga bulan aku cuti bersalin tempoh waktu yang lalu.. Mungkin keadaannya tidak sama. Menjaga Adam sungguh memenatkan..tapi keseronokan menjaganya mengatasi rasa kepenatan tersebut. Aku sebenarnya tengah menyiapkan rancangan pengajaran tahunan sejarah...tapi tiba-tiba timbul idea nak mencoretkan sesuatu pada blog yang tidak seberapa ini...
Tahun 2010...tiada azam yang aku sematkan untuk dicapai pada tahun ini. Cuma, aku mahu mempertingkatkan kredibiliti aku sebagai guru di sekolah. Aku tidak sehebat guru-guru yang sudah begitu banyak pengalaman di sekolah itu...tetapi kehebatan mereka itu akan menjadi inspirasi setiap kerja yang akan aku laksanakan... Macam bagus je ayat aku pagi ni...hahaha. Tapi itu la kenyataannya...keinginan untuk berubah dari kebiasaan. Semoga usaha aku ini tercapai dengan jaya nya.
Adam tidur dengan lenanya dalam buaian dia... boleh la aku buat kerja setakat yang berjaya disiapkan. Tadi tengok Anugerah Juara Lagu 2009...Aizat won the title..lagu pun best jugak.. dengar alunan lagu Aizat mengingatkan aku kepada kampung! aduhh...rasa nak balik kampung la pula... time aku kat kampung, rasa nak balik Johor pula...x tetap pendirian betul la aku ni.. Masa bergerak pantas..kerja aku belum pun siap lagi. Baik aku siapkan kerja dulu la..
-out-

Saturday, January 9, 2010

:: Aku...En.Suami dan Adam ::

Aktiviti menaip dalam blog kali ini aku mulakan dengan "SALAM TAHUN BARU 2010". Walaupun tahun 2010 sudah melewati 9 hari...ada aku kisah?haha.... Aktiviti di sekolah pada minggu pertama begitu memenatkan...aku pun tak berapa pasti apa yang aku buat di sekolah selain mengajar yang menjadi rutin wajib itu. Mungkin dengan urusan pendaftaran, yuran, kehadiran pelajar dan urusan pengajaran aku sendiri...lagi pulak, aku belum pun siapkan rancangan mengajar tahunan (dalam proses...asik tergendala je time nak siapkan). Tiba cuti hujung minggu memang aku nanti-nanti kan...rumah nak dikemas...rasa rimas tengok rumah yang tidak terurus.
Hari ini...aku basuh semua pakaian yang seminggu melonggokkan dirinya dibakul baju kotor. Mesin basuh pula tak berhenti-henti memutarkan dirinya bagi mencuci semua pakaian tersebut...ringan je kerja rasa. Baju si kecil Adam...aku basuh dengan tangan secara manual sebab takdelah kotor mana pun...sambil tangan dan jemari aku menyental pakaian Adam..muncul di benak aku...betapa bersyukurnya aku dengan kehidupan yang aku ada sekarang. Sebelum ini tidak pernah aku membayangkan memiliki kehidupan sebegini... Apapun, kehidupan masih panjang...apa yang berlaku di masa depan belum tahu lagi. Lamunan aku disentak dengan bunyi hon En.Posmen...yang memanggil2 aku untuk mengambil surat aku agaknya...oOo..pos ekspress! kandungannya aku dah tau..mesti baju yang aku beli dengan Dina...bergaya sakan la aku pasni..huhu.
En.Suami bekerja malam minggu ni...siang hari adalah aktiviti dia menidurkan dirinya. Tak nak la aku kacau...nanti dia tak cukup tidur. Ingatnya aku nak ke sekolah print kerja aku tapi kesian plak.. En.Suami sebelum tidur tadi mengingatkan aku tentang annual dinner ptp kat persada 31 Januari nanti...aku pun x sure nak pergi ke tak...tambah dengan Adam lagi. Beriya suami nak aku pergi...iskk.. Beberapa hari lepas, suami belikan aku glasses hitam Bonia..memang aku terharu sesangat! time dia bangun tidur tetiba je tanya aku nape aku tak suka sangat pakai barang kemas...agak malas pula aku nak menjawab. Bila fikir-fikir balik...agaknya suami nak belikan aku barang kemas ke? kan dia nak dapat bonus...huhuhu... beli bang jangan x beli...nggeeeee!
Ni pulak citer Adam...alhamdulillah, Adam dah serasi dengan pengasuh barunya Kak Ida. Kak Ida pun baik sangat...sangat cermat jaga budak...senang hati aku. Kak Ida dan suami seronok dapat jaga Adam...katanya geram tengok Adam. Aku doakan mudah-mudahan Allah memberi rezeki kepada kak ida dan suami... Pada awalnya memang aku rancang tak nak guna buaian untuk Adam...tapi akhirnya aku ngan suami terpaksa mengalah...kami beli juga la buaian untuk Adam. Nanti kesian kak ida nak jaga Adam. Rupanya anak aku ni nak buai juga...selepas dibeli dan dicuba...memang sepantas kilat dia tidur... tidur lena plak tu. Satu kenikmatan je untuk adam..siap kentut bersepah lagi!hahaha.. Macam-macam la si Adam ni... Kata suami cuti bulan tiga nak outing ke Langkawi...ntah aku bleh pergi ke x la...skolah dah busy dengan kelas tambahan...hmm..akan diusahakan dengan jitu nanti.. k lah..rpt aku tak siap lagi..
-out-

Thursday, January 7, 2010

:: Horrraayyyy...benefit from husband's bonus ::


Nothing much i want to say...just VERY MUCH THANK YOU to husband for giving me glasses that i admire most...BONIA! I'm now waiting for another gift that he promises me to give for this new year 2010...TERIMA KASIH EN.SUAMI once again!


~I LOVE YOU~
SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute