Monday, December 28, 2009

:: Poor Adam ::


Teacher's meeting today finished a bit late...I reached home about 2.45 pm. I took Adam for his bath because his father too scared to bath him...what a reason anyway. When completed everything, my husband and I brought Adam for his 2nd checkup at Klinik Desa Paya Mengkuang. Adam is now 2 months with 5.3kg. No wonder he is so heavy now..haha. As I mentioned before, today is Adam's second injection for Hepatitis B. Poor Adam...he cried and cried after the injection. Said the nurse, Kak Latifah...Adam will get fever within a week after this injection and I need to give him Fepril Syrup so that he can get well faster...hehe. I still can hear Adam's voice when he cried to release his pain. Now...Adam is in sleeping mood. I think this is because of the fepril syrup that he's taken. Love Adam so much...thank you Adam for giving your mum some time to do some work for tomorrow's meeting...kihkihkih...
-adios...amigos-

Sunday, December 27, 2009

:: Alhamdulillah..syukur ::



Lama jugak tak coret-coret kat blog ni..cuma sempat update lagu je. Aku sekarang agak sibuk dengan Adam dan kerja-kerja rumah yang tak akan habis-habis...thats normal. Aku tak boleh tengok rumah berselerak...walau letih camane pun aku mesti kemas. Esok...mesyuarat guru di sekolah..sampai lah 01hb...Adam aku tinggalkan dengan Encik Suami...aku harap apa aku ajar dipraktikkan..maklum la sama-sama baru jadi ibu dan ayah. Tapi kira aku terer lagi la dari suami dalam hal menjaga budak-budak ni..hehe. Hari ni..suami bagitahu orang yang nak jaga Adam dah memberi persetujuan kesanggupan menjaga dan mengasuh Adam...alhamdulillah. Aku kalau boleh tak nak hantar nursery...x tau la kenapa,jauh sekali nak pakai bibik...Ooo tidak!..haha. Setelah ditimbang-timbang,difikir-fikir dan dibincang-bincang...aku pun setuju lah nak tinggalkan Adam dengan bakal pengasuhnya nanti kerana menurut suami..isteri kawan dia tu tak ada anak.dia pun hanya akan jaga Adam je nanti.orangnya cukup baik dan warak la jugak..so,aku dengan sebulat hati..ok saje! asalkan Adam terjaga..selalunya orang tak ada anak,dia akan jaga dengan penuh kasih dan sayang (pada pendapat aku la ni..)

Adam sudah 2 bulan pada hari ini..esok 28hb Adam kena checkup. For sure jugak, kena inject for his Hepatitis B. kalau aku x silap la..ishhh kesian Adam. Lepas meeting aku bawa la Adam..harap meeting nanti tidak memakan masa yang agak lama sebab suami plak nak jumpa kontraktor yang nak bikin dapur rumah aku nanti...agak penat juga jadual esok...wat ever la.

Sedikit cerita yang agak kurang nasib baik berlaku time mak dan akak datang ke jb hari tu..seminggu mak dan akak kat sini..aku pun seronok giler! jadinya..aktiviti shopping berlangsung dengan agak baik di jusco-jusco johor bahru...dan shopping complex sewaktu dengannya.duit pun mengalir macam air paip...hahaha. Then, kami outing ke starhill kempas...aku bawa anak-anak buah dan Adam mandi-manda kat situ..Adam x mandi la..kecik ketuek lagi. Seterusnya kami plan ke Melaka pada hari Maal-Hijarah..dan ini la satu hari yang agak kurang nasib baik kepada kami...plan ke Melaka pada hari itu went very well...sempat la jugak membeli..berjalan-jalan dan berseronok.. Satu hal yang tidak ada dalam perancangan ialah menempah hotel atau apa saja lah untuk stay pada malam itu.. jadinya..selepas solat asar,kami mula mencari hotel untuk menginap semalaman..hujan pula semakin lebat. Pusing punya pusing..telefon punya telefon,semua hotel..resort..apartment..penuh! sehinggakan hotel yang cikai2 pun penuh..bayangkan dari jam 4.50 sehinggalah jam 8.15 malam satu pun xde kosong..isk..isk..isk. Maka nya, balik la kami ke johor dengan hampa dan kepenatan yang teramat sangat.. (moral of the story:buat la perancangan yang sewajarnya..supaya x jadi macam kami) dan kesan daripada kejadian itu..dalam telefon aku semua no fon hotel sudah di'save' kan dengan selamatnya..dari hotel yang mewah ke hotel yang cikai yang aku sebutkan tadi..hahaha.
Hari terakhir...akak dan mak aku bawa ke Danga Bay..shopping lagi...banyak tul pitis ni! dan makan-makan di "singgah selalu". Esoknya, mak dan akak berangkat pulang ke terengganu...rindu la plak kat mereka2 ni..harap datang lagi jenguk-jenguk aku kat johor.. SAYANG KAMU SEMUAAAAAAAA.....

-selesai-

Wednesday, December 16, 2009

:: tugas + kerja + tanggungjawab ::

hari ini...16.12.2009 aku bertugas di tempat kerjaku SMK Tanjung Adang...Rasa seronok plak dapat tengok tempat kerja (meja aku) yang berlonggok dengan kertas-kertas dan buku-buku itu..rasa kelakar pun ada jugak sebab setibanya aku jam 8.05 pagi tadi, macam dungu je x tau nak buat apa. So, aku mulakan dengan bismillah..sebab aku sorang je kat dalam bilik guru...sambil menunggu teman setugas (Masturina). Agaknya Mas masih lagi dalam perjalanan dari Kelate...letihnya. Aku balik semalam pun ari ni belum hilang letih ditambah plak dengan kerenah Adam yang berubah angin dari Terengganu ke Johor...jawabnya tak tidur la aku malam tadi melayan si Adam...bapaknya? bapaknya reti tidur je...lagi plak dia je drive tadi,mmg patut pon tidur!

Melihat kerja-kerja yang ditinggalkan di atas meja...aku kena bereskan satu persatu. Perasaan terharu pula timbul apabila membaca nota yang ditinggalkan Ros (rakan sekerja) di atas meja kerjaku yang memang dah bersepah tu. Ros dah siapkan beberapa kerja yang ditugaskan kepada dia...aku berterima kasih la banyak2 kepada Ros...sian dia kena siapkan kerja aku.. Nanti turn aku la plak siapkan kerja orang lain yang bercuti...normal la tu. Apapun, aku tabik spring la kepada Ros...

Dalam pada menyiapkan kerja-kerja yang ada ni...aku mula terpikir,ada bagusnya jugak aku kena bertugas time-time cuti camni..at least bleh la aku siapkan satu dua kerja yang ada. Rasa macam dedikasi je aku...bertanggungjawab gitu..tapi aku mengaku aku takdela se'rajin' macam sesetengah rakan sekerja yang aku rasa aku memang tabik spring dua kali gak la dengan diaorang ni. Contohnya...kak nora, memang rajin tul ni..awal2 pagi dah sampai sekolah...buat kerja jangan cakap la..semuanya gerenti beres. Kak dija pun sama gak..kalau dengar dia mengajar..haaa sama lah macam dia wat keje...very da workaholic person..(bagi aku la). Ustaz Zain plak..nampak selamba je tapi kerja bagus sangat...lastly Kak Zimah..ini memang rajin sangat...aku ingat tahun ni je..dia sibuk sangat sebab macam-macam kerja dia kena wat termasuk kerja aku untuk subjek sejarah...sekarang mungkin kak zimah tengah bersenang-senang di kampung..."selamat bersenang-senang"!
Apa lagi aku nak citer...dalam aku tengah bertugas ni sempat lagi masukkan entri baru kat blog..hebat x aku? hahaha
nota kaki: tengah2 bertugas, pengatin baru datang ke sekolah.."selamat pengantin baru husni and hajar" sian diaorang xleh nak honeymoon lagi...hehe

Friday, December 11, 2009

:: HaPpY bEsDAy ::

Ucapan "selamat hari lahir" buat diri aku sendiri.. maka dengan ini, tanpa was2 lagi genaplah aku berusia 26 tahun. Kira ok la pada usia ini, aku sudah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata..ada pekerjaan dan harta sendiri (ada lah harta sikit-sikit daripada x ada langsung..hahaha) so, kesimpulannya aku rasa sangat bersyukur dengan anugerahNya. Untuk sekian kali ni...aku cuma mohon, mudah-mudahan impian untuk pursue study may come true. Maybe aku tunggu Adam besar sikit la..kecik2 ni x sanggup lagi rasa nak berenggang.
Memandang aku dan suami sambut besday dalam bulan yang sama..so,aku plan nak celebrate bersama + Adam...kalau dulu berdua,sekarang dah x boleh nak berdua...mesti bertiga.Tak sabar nak balik jb ni..lama dah rasanya meninggalkan rumah..ntah camane keadaannya aku pun x tau. Tapi aku tau anong xkan sepah2kan rumah sebab nanti dia akan dengar bebelan aku..sakit telinga nanti..hahaha. Blog Panita Bahasa Inggeris dah lama aku tak update...sekarang ni aku tengah kumpul2 bahan lagi..nanti lah aku update.
Kawan-kawan ramai yang kawen bulan 12 ni...tapi satu pun aku tak dapat nak pergi..huhu. Apapun aku doakan semoga semuanya berbahagia...Yang nak dapat baby pun ramai jugak..aku doakan semoga selamat semuanya. Apa lagi ek?... haaa...aku baru je update blog aku ni dengan slideshow..lama sungguh nak menyiapkan benda alah ni..akhirnya jadi jugak.. Lastly, terima kasih kepada 5bijak 09' kerana menjadi follower kepada blog ini...siapa foundernya yer? tQ.
nota kaki: kak dija nak join kami celebrate besday x?hehehe

Wednesday, December 9, 2009

:: Secebis Nota Kehidupan Seharian ::

Tempoh berpantang selama 40 hari sudah berjaya aku tamatkan. Cuma yang menjadi kerisauan ialah, peranakan aku masih lagi belum kembali ke tempat asal. Maka nya, aku kena berurut hari sabtu ni untuk 'pelepas'...apa benda tu aku pun x tau.tapi yang pasti untuk meletakkan peranakan aku ke tempatnya...hmm, ibu-ibu yang melahirkan anak sudah pasti arif tentang hal sebegini. Adalah amat penting perkara ni dan tidak boleh dipandang remeh...kerana menurut mak, kalau dibiarkan...akan tiba masanya kesihatan kita akan terjejas. Aku kalau boleh memang la nak elak benda-benda sebegini...aku nak sihat :)
Adam sekarang dah semakin kuat menyusu..anak lelaki memang begitu (ni pun mak aku gak yang cakap...iya lah tu). Semakin kuat menyusu, semakin kuat menangis especially time lambat susukan dia...hoOOo boleh dengar suara dia yang serak2 tu.. paling comel bila time orang agah...dia dah pandai senyum..dah mula pandai perhatikan orang...aku x tau la anak aku ni ikut muka sape...asik bertukar je. Aku pun dah ikut time tidur Adam...bila dia tidur, aku hentam la tidur sekali..nanti kalau dia dah bangun..aku plak x bleh tidur..huhu.. Tapi kadang2, time dia nyenyak, aku online juga...hehehe
Sekarang ni jugak...aku tengah dalam proses nak bina blog untuk bisnes... dah kena upgrade bisnes aku ni kalau nak maju. Nak tambah kepada jualan tudung juga...baru la pelbagai.. Ni belum lagi bagitau suami..aku memandai je (memang patut pon..sbb modal aku lagi banyak..hahahhaha) Mak ngan akak nak datang jb...aku kena plan program la skit. Sebelum tu, 16hb dan 17hb aku bertugas kat sekolah..Lama rasa aku tinggalkan sekolah..rindu dah rasanya. Terima kasih gak kat kak nora sebab dapat tukar tarikh ngan aku 17hb tu..kalau x susah juga. Sebelum balik kena bawa Adam untuk appointment kedua kat hospital...rasanya ni checkup kedua untuk pengesahan saje...ntah la.
OooOoo...ngantuknya..time to bed! Nite all...

Saturday, December 5, 2009

:: Sakit Mata + Demam ::

Uhuu...sakit mata la plak..dua2 belah plak tu. Ini menjadikan aku orang yang ke-4 dalam keluarga yang menerima jangkitan sakit mata ini...hampeh kepada orang yang membawa virus tersebut. Maka dengan ini, mak and akak mengambil alih tugas menjaga Adam..aku jaga jugak tp berwaspada la..takut Adam jadi mangsa ke-5..hehe. Mudah2an dijauhkan olehNya. Dah sakit mata...ditambah plak dengan demam...badan sejuk2 rasa..ini betul2 menguji aku. Seperti kata kak dija..ini ujian kecil Allah kepada hamba yang disayangi...aku setuju benar dengan kata-kata tersebut.. :) Sungguhpun sakit mata dan demam..online tetap online..tp xdela aku online lama2. Sangat teruja melihat perkembangan blog dengan imej baru..sikit2 la aku renovate..x larat nak online lama2.

Thursday, December 3, 2009

:: nOtHinG ::

Entri kali ni boleh kata entri yang paling ringkas dan takde kepentingan langsung...aku saje nak taip kat sini so xdela nampak bersawang lama sangat blog aku tanpa coretan-coretan dari aku. Hmm...dapat tukar layout ke warna yang agak 'garang' nampak cool je...hahaha. Layout ni aku dapat ilham bila tengok performance akim dalam final af time nyanyi lagu 'bencinta'. Merah + hitam mmg lawa la plak aku tgk..so aku buang masa la skit sementara adam tido, surf layout yang memenuhi ciri-ciri yang aku nak...maka jumpa la aku layout yang digunapakai sekarang. Ni plak tengah cari idea dan item untuk mengisi kekosongan ruang-ruang blog aku..sebelum lupa, terima kasih kak zura kerana menjadi follower kepada blog ini...! :)
-end-

Tuesday, December 1, 2009

:: hEpi BesDay tO hUsBanD ::

hari ni..01 Disember, genap la suami berumur 29 tahun...Selamat Hari Lahir! aku doakan semoga dimurahkan rezeki suami (mudah-mudahan murah gak la rezeki aku..hehehe) semoga apa yang dilakukan suami akan diberkati olehNya. Aku takde idea nak hadiahkan apa kat suami..tambah plak sibuk ngan adam skarang...so, aku ingat nanti lah aku celebrate ngan suami lepas balik jb..x sabar dah nak balik jb ni...berkobar2 rasa! berbunga hati rasanya sbb mak and akak ikut serta nak gi jb..

Adam dah sebulan..kelmarin pergi checkup Adam, satu lagi pengalaman baru buat aku. Adam dah 4.5kg..berat tuuu. Patut la lenguh tangan aku meriba time dodoikan si Adam..tp small matter la semua tu. Kata nurse, perkambangan Adam normal..cuma aku ada la tipu nurse bab menyusukan Adam..haha. Dia x benarkan bagi baby susu formula..kena bagi susu ibu je. Tapi sbb aku wanita berkerjaya..aku kena la bagi si Adam susu formula awal2..nanti bimbang menyusahkan orang yang jaga Adam..

Next entry..sekitar majlis aqiqah Adam...

Daa..

Thursday, November 26, 2009

:: Selamat Hari Raya Aidiladha ::


Buat semua followers dan bloggers...saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha walau di mana anda semua berada..raya2 jugak...jaga keselamatan diri anda..mudah-mudahan diberkati oleh-Nya.


Tuesday, November 24, 2009

:: Aqiqah for Adam is Coming Soon ::

29th November 2009 will be 'aqiqah' for Adam

very the rock adam's voice

:: uNeXpEcTeD ::

yesterday..husband went to ppd,asking on maternity leave.
i've no idea about this matter and been informed by him last nite.
i'm sure this is due to my complaining about having so much work even i'm on my maternity leave.
one of the officers in ppd said that, there is no 'pekeliling' on that matter..and it was depend to the school itself..but for sure, the school shouldn't do that to any teachers on maternity leave bcoz maternity leave is one of their right. only during school holiday teachers can be asked to work 2/4 from the holidays.
now...i don't know what else to say. my conclusion is that, there is no one willing to do my work and the reason is 'workload'.
never mind...i've been asked to complete the item analysis and post-mortem..i'll do it. i've no mood to think about it even i'm a bit disappointed...
thanks to husband for making this thing clear...continue on item analysis...daaaa

Tuesday, November 17, 2009

:: Bengang Sungguh! ::

Sepanjang aku bergelar cikgu...dah nak masuk tahun ke-3, x pernah lagi aku naik angin, bengang dan nak marah...even nak komplen pasal skolah pun takde..tp skarang semua tu ada dalam diri aku..mana x nya, aku ni tgh berpantang...tiba2 nak kena tanda kertas budak exam akhir tahun??? dah la aku kat kampung...pastu last minute plak info..ni mmg aku x paham sungguh2. Dah la time nak tunggu masa branak aku kena wat soalan exam..itu pun time aku dah bercuti...tapi tu aku bleh trima lagi la sbb aku blum nak branak.. skang ni aku tgh belum sembuh sepenuhnya..nak jaga anak lagi.. aku betul2 x paham..


Dulu aku kat jengka..walaupun skolah dalam ceruk ladang sawit...tp sistematik la jugak.. Time cikgu cuti bersalin..mana ada kacau cikgu tu dah... Jadi, tugas ketua panitia la uruskan camane nak cover tugas cikgu tu.. aku pun kena tanda kertas matematik walaupun aku takde kaitan langsung dengan subjek matematik..tapi takde la diaorang bagi aku tanda kertas2..tanda kertas objektif..mudah aje.. ni aku tgh bercuti pun disuruh tanda...mau tak mengamuk aku.. xpela, ni hari aku kena...

Memang aku tahap nak marah pon ade sbb sampai takde sorang leh cover nak tanda paper yang cuma 2 kelas saje..tu pun kelas aku 1 kelas aje okay..tapi semua serah kat aku.. kalau aku cuti rehat ke cuti sakit je ke...xdela aku nak marah sangat.ni tgh cuti bersalin! Hangin tul aku.. Ya Allah, tambah la kesabaran dalam diri hambaMu ni...

Sunday, November 15, 2009

:: Memories Took My Heart Away ::

There is nothing much i can do during my recovery from delivered Adam... the routine as 'bertungku' 'bersalai' 'berbarut' and the most important is 'berpantang' makes me..ergghhh "lambatnya nak abis proses berpantang ni...." tapi yang paling aku suka time berpantang ialah time 'mandi serum'...uihhh sangat menyegarkan!
Now, i was thinking about Jengka 24... don't know why, straight away everything about Jengka 24 come cross my mind. Hm...all the memories really took my heart away.. the school, the colleagues, the students and the villagers..even i was in jb right now..but the memories there cannot be deleted..(i put them special place in my heart) wink..wink..
Hm...i would like to congrats these person for having cute lil baby:
Fara Idayu Anua and Mohd Yunus - 20 Oct 2009
Mastura Abd.Hamid and Husband - 31 Oct 2009
Nur Sabrina Abdullah and Zulkifli - 2 Nov 2009
Roslinda Othman and Mohd Khusairi - 8 Nov 2009
Thats all for now...tired. I will continue later.

Tuesday, November 10, 2009

:: Pengalaman Yang Tidak Dapat Digambarkan ::

Tengku Adam Harith

Adam dipantau di wad bayi

Adam ; Hari ke-7

Adam ; Hari ke-14


Menjadi seorang 'ibu' adalah impian setiap wanita yang berkahwin...cuma kadangkala rezeki kurniaan Allah itu tidak dapat diduga datangnya cepat atau lambat. Sebagai manusia yang kerdil disisiNya...kita hanya mampu berdoa dan berharap..mudah2an impian menjadi ibu itu dapat ditunaikan...ni baru intro k... :)

Aku berkahwin 26 Mei 2008...kemudian 24 Febuari 2009 aku disahkan mengandung dah nak masuk 4 minggu tanpa aku sedar..sebab aku tak pernah test2 pregnant ni...balik dari hari sukan kat sekolah..aku plan nak gi Giant ngan suami..beli barang dapur tapi tiba-tiba kepala pening dan rasa nak muntah yang agak terlampau la..suami x senang hati, terus patah balik. Secara x sengaja juga, suami ajak pergi klinik tapi aku tak nak..tapi last-last aku pergi jugak sebab aku dah termuntah pun..Suami, orang yang paling gembira bila dapat tahu aku hamil.

Pengalaman melalui mengandung memang menyeronokkan walaupun at the early stage memang aku loya abis...vomit x yah cakap la..badan rasa mcm nak demam je. Pergi sekolah pun dengan energy yang x seberapa..cepat penat. Tapi bila kandungan dah masuk 5 bulan, aku dah semakin ok..cuma penyakit lain plak datang. Badan jadi penat, sakit belakang and tabiat 'malas' mula menonjol..hahaha. Tapi yang menyeronokkan bila time pregnant ialah bila suami dah mula ambil berat pasal aku...makan, minum, tidur, sakit-pening dan semua kerja rumah suami dah ambil alih...aku cuma memberi arahan aje...

Cukup 9 bulan...due aku 19hb oktober 2009...tp belum rasa apa-apa yang menunjukkan aku nak bersalin. So, aku ke klinik macam biasa. Doktor bagi 10 hari preparation sebelum deliver..tp of course la kena induce. 25hb oktober..aku terasa kelainan pada kandungan sebab ada air yang keluar dan aku pun x sure air apa...nak kata banyak xdela sangat..tp nak kata sikit pun tak jugak..tambah plak pengalaman pertama, satu apa aku tak tau..mak akak pun aku takde bagitau. Next day, 26hb oktober..aku ada routine checkup...dengan niat nak tanya nurse air apa agaknya yang keluar tapi aku disarankan masuk wad pada hari tu jugak..klinik nak hantar tapi aku tolak..aku kata belum prepare barang lg...so, doktor suruh register tengahari.. Memandangkan aku memang tak suka masuk-masuk wad ni..tengah malam baru aku gi register..haha.. Suka-suka jugak...baru je nak tidur, doktor panggil aku nak check jalan...mmg agak menakutkan proses ni..tambah pula agak menyakitkan (bagi newbie)mcm aku..bukaan cuma 1cm.. Esoknya, 27hb oktober, doktor masukkan ubat (induce) untuk membuka jalan... sekali lagi melalui proses menyakitkan... 28hb oktober, pagi-pagi lagi doktor dah datang untuk periksa jalan...bukaan cuma 3cm.. selepas itu, aku memang xde selera langsung nak makan pagi..tambah plak perut sakit mcm senggugut..aku baring je..golek kiri dan kanan.

Jam 8.00 pagi 28hb oktober, nurse datang bagi ubat suruh makan dan prepare baju anak..katanya "dik, awak makan ubat ni..pastu bawa baju anak sekali nanti..pergi depan ehs..awak dah nak masuk labour room". Tersentak gak aku...tanpa notis awal...aku cepat2 tepon suami..nasib dia dah bangun..dah bersiap. Aku masuk labour room jam 8.30 pagi..jantung berdegup lebih kencang dari biase...muka aku pun rasanya pucat time tu..dah salin baju apa semua...aku baring atas bed menanti suami..tangan aku dimasukkan cecair apa aku pun tak tau..kiri kanan nampak nurse,doktor pakar, doktor senior dan doktor praktikal ulang-alik menjalankan tugas.. Jam dah 9.00 pagi, suami belum lagi tiba..aku dah sikit-sikit rasa sakit...hanya Tuhan saje yang tahu apa yang aku rasai saat tu..

Jam 9.30, suami datang...tangan dia aku genggam erat-erat sebab nak menahan kesakitan yang semakin dirasai...doktor praktikal datang untuk periksa laluan...bukaan cuma 3cm..riak muka suami nampak tak sampai hati tengok keadaan aku.. tapi dia bertahan dan aku pun bertahan.. jam 10.25, doktor senior datang dan periksa laluan sekali lagi..masih sama dengan bukaan 3cm..dia minta izin suami dan aku untuk pecahkan air ketuban..aku dalam kesakitan tak dapat nak kata apa...akhirnya air ketuban dipecahkan dan aku dipantau setiap 30 minit oleh nurse. Dalam pada menahan kesakitan..aku hampir2 tertidur..tangan suami tak aku lepaskan..rasanya mcm takde darah dah tangan aku... Entah bila masanya aku terlena..aku sedar2 suami takde pun sebelah aku...kesakitan dah tahap kritikal aku dah merasai sesuatu yang aku pun tak dapat nak nyatakan disini...aku panggil nurse, tanpa berlengah terus nurse sambut baby aku dan pada masa itu juga, suami masuk..maka sempat lah suami menyaksikan proses kelahiran anak dan mengazankan putera sulung kami...alhamdulillah.

Jam 5.00 petang..aku discaj dari labour room...tapi anak terpaksa ditahan wad terlebih dahulu. Hm..agak menyedihkan dapat tgk anak sekejap aje.. Hampir seminggu anak ditahan diwad dan setiap hari suami bawa aku untuk menyusukan anak...x sampai ati tengok ada wayar2 pada tangan dan mulut anak sebab dimasukkan antibiotik..apapun, semua itu satu pengalaman. Hari ini aku dah boleh tesenyum sebab dah dapat jaga anak dan marasai pengalaman menjadi ibu. Pengalaman yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Saturday, October 24, 2009

:: Budget 2010 ::


All government servants will get their bonus RM500...

that sounds okay..rather than you get nothing..but im expecting more than that actually!..hahaha

we don't get any bonus for 'hari raya' so they give us RM500 at least to avoid all the government servants (except those who already got that bonus before) making noise of not getting anything..what a genius of our government..but then, Thank You again! 1 Malaysia!

Wednesday, October 21, 2009

:: Solat Hajat dan Bacaan Yasin ::

(gambar sekadar hiasan)

Petang tadi (21.10.09) selesai solat hajat dan bacaan yasin kat umah aku setelah lamanya tertangguh..sebab? aku stay jaybee..nak buat kat kampung (terengganu)so, kena tunggu masa yang sesuai...dan agak2 aku blum pun lagi deliver, akhirnya tertunai juga untuk buat majlis tersebut...ramai yang datang. Buat majlis ni...aku sekadar sedekahkan surat yasin buat setiap tetamu yang datang...bab2 makan..mak yang setelkan..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Aku juga berharap agar...bacaan yasin buat mereka2 yang telah pergi mengadap illahi (termasuk arwah abah...arwah ibu mentua dan atuk nenek) diterima olehNya..aminn. Dan aku plak..semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti dengan selamat..aminn.

Dalam majlis tadi juga..aku tertarik dengan tazkirah yang diberi oleh ustazah (lupa la plak nama apa..hehe maaf!) tentang doa dan keikhlasan..dua tajuk yang berbeza tapi saling berkaitan.

~DOA~

setiap orang yang beragama Islam pasti akan berdoa memohon sesuatu daripada Allah dan berharap ianya dapat ditunaikan...tetapi dalam pada setiap daripada kita berdoa..kita tidak sedar akan keikhlasan kita berdoa.. Ada orang berdoa dan doanya segera dimakbulkan olehNya. Ada orang doanya tidak pernah tertunai..tetapi diberi dengan dugaan yang tidak pernah terlintas olehnya..dan ada orang di mana doanya dimakbulkan di akhirat kelak...wallahualam. Bagi orang yang doanya dimakbulkan sudah tentulah gembira. Bagaimana pula dengan doanya yang tidak dimakbulkan???...pasti akan terkeluar perkataan yang tidak elok dan mengaitkannya dengan nasib tidak baik atau malang...itu satu perbuatan yang tidak baik. Malah, dugaan yang diberikan oleh Allah seharusnya difikirkan positif...iaitu ada hikmahnya..(aku memang setuju sangat bab ini....)


~KEIKHLASAN~

keikhlasan adalah musuh syaitan...(kata ustazah tu la..) Syaitan sangat tidak menyukai orang yang ikhlas dalam segala perbuatannya..(mestilah..perkara baik dan terpuji,mana syaitan suka..yer x?) Sebab itu dalam doa setiap umat manusia perlu diikuti dengan keihklasan.. Ini menjadi syarat samada doa kita diterima atau tidak...doa kita makbul atau tidak.. Keikhlasan boleh dipupuk kerana ianya adalah sifat yang mulia..

Aku sangat suka dengar tazkirah tadi..dan tiba2 aku sejenak dua terpikir juga.. selama aku berdoa, makbul ke tidak doa aku?.. kadang bila aku ingat2 balik...aku tak terpikir langsung sama ada doa aku makbul ke tidak... :P itu maknanya belum ada keikhlasan yang jitu dalam doa aku..cuma alhamdulillah Allah masih memberi aku peluang dan ruang untuk berjaya dalam hidup..doa2 yang lepas (permintaan dan hajat) yang aku pohon..aku pun dah tak pikir lagi. Yang penting kehidupan sekarang..aku perlu ikhlas dalam segala perbuatan aku...

Tapi kan...bila aku betul2 ikhlas..dugaan lain pula yang datang. Zaman aku bersekolah...kawan aku tikam dari belakang..(bukan tikam ngan pisau, kalau x aku dah lenyap dah dari muka bumi ni..itu perumpamaan aje) tapi aku tak pernah balas balik apa dia buat pada aku...dendam kecik2 ada ar..hahaha! Sekarang, kalau jumpa mesti dia selalu nak ngelak ngan aku...aku pun heran jugak..aku masih ingat apa dia buat..mesti dia ingat jugak ek...kehkehkeh...tu la sape suruh ko jahat sangat kat aku...

Then, zaman aku di universiti...lain plak citer dia... pernah aku terbaca, kawan aku tulis yang aku ni sakit mental a.k.a gila la.. aku pun tak tahu apa kes..tp bila aku memorize balik..alasan dia kata aku mental memang x logik langsung...hahaha! Apa la, aku cuma nak balik umah sewa jalan kaki je...taknak la nyusah kawan2 nak kena hantar time kitaorang sampai lewat dari Ipoh..dia plak beriya2 tak nak balik...padahal aku x ajak pun..aku cakap aku balik sorang takpe..takde hal.. Agaknya dia nak marahkan aku kot...hehe. tp takpe aku tak amik ati pon..bende remeh. Kemudian, niat nak membantu kawan...kena halau dari umah sewa dia ke apa aku tak tau la..sbb satu rumah dah tidak serasi..(kata dia la masa nak masuk umah sewa aku..aku betul bendul mana nak tanya banyak sangat) bila dah lama stay bersama...baru la timbul perangai masing2..ntah la ek, agaknya aku terlebih ikhlas ke apa tak tahu la...orang lain yang bergaduh..dengan aku2 sama kena...dan yang paling menyakitkan bila dituduh "makan duit orang" memang ni aku tak bleh nak maafkan la..sbb mak aku memang x pernah ajar buat keje ni..dan aku pun x hadap sangat nak ambil duit mereka2 yang memfitnah aku tu..INGAT YER...MEMFITNAH LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH... sampai sekarang aku masih ingat tentang hal ini...tapi aku tak pernah berdendam..dan aku tak pernah nak citer pada sesiapa..cuma aku stori ringkas je la kat sini... owner umah sewa aku pun tercengang bila aku kata..guna je deposit umah aku bagi mula2 masuk umah dulu buat cover kerosakan yang diaorang dah buat...barang aku yang dirosakkan pun aku x tuntut ganti rugi...ada hati plak nak fitnah aku..manusia2!!

Zaman bekerja...posting pertama kali di Jengka 24...dengan 3 orang rakan yang aku x pernah jumpa masa kat upsi dulu..dan di sini la kami bertemu dan tinggal serumah. Time posting ni aku dah pakai myvi..aku bayar deposit je sbb kerja sambilan..then monthly,abang aku setelkan dulu sementara aku dapat nagajar. So, bila kena hantar ke Jengka..alamat nasib baik la aku dah pakai kereta..mudah la aku nak bergerak...(yang pernah stay felda..tau la keadaan felda camne). 1st time sampai memang aku nangis sebab tak pernah stay tempat cenggitu...tp lama2 beh jugak apa... Dengan 2 orang rakan baru...mula2 ok lagi...tp tiba2 salah sorang buat hal.. mengutuk aku macam2 kepada kawan sorang lagi...dan menakut2kan kawan aku yang memang penakut tu.. nak dijadikan cerita..dia buat cerita yang mengaitkan aku dengan guru2 lama sekolah tersebut..so, bila tau je cerita tu..aku pegi la mintak maaf...tetiba cikgu tersebut tercengang dengar alasan aku minta maaf...hahaha (ni la jadinya kalau main mintak maaf terus..x usul periksa). Dalam cerita yang direka oleh housemate aku tu...dua orang guru yang dinyatakan x pernah bertegur sapa dah 2 tahun...so bagaimana plak dua orang tu leh ngumpat pasal aku? jeng..jeng...jeng...maka terbongkar la rahsia... rupanya dia dengki ngan aku.. masa posting ke jengka...kami dibawah PPD Jerantut...dan aku satu2nya budak tesl yang kena hantar kat situ..so, mmg la aku dipuji melambung masa kat ppd tu...tp aku takde pk pon...susah2 je dia pk kan aku... pastu aku tumpangkan diaorang ke mana aje dengan myvi aku tu la.. ni je la sebabnya...dan sebelum2 ni msg ugutan yang aku terima (masih aku simpan dalam hp aku sampai saat ni..hahaha)..semuanya dari dia tp dihantar oleh maybe adik atau pakwe dia kot..malas aku nak trace nombor..banyak keje lain lagi...pelikkan bila keikhlasan dibalas seperti itu...

So, dengan entri yang panjang lebar kali ni...aku sangat bersyukur kerana Allah s.w.t tidak pernah membuatkan aku terlintas a.k.a terfikir untuk mendoakan keburukan seseorang dan aku tidak pernah langsung nak ambil tahu hal orang lain...kerana kebanyakan masa aku, aku pikir hal sendiri je...pentingkan diri x aku?..hahaha...aku pikir juga hal suami...dah bersuami kan..:P So,aku cuba nak menanam keikhlasan yang lebih lagi dalam diri yang hina ni...mudah2an berjaya... :) (sakit giler belakang aku time taip entri ni..erghhhh) wassalam

Friday, October 9, 2009

:: Hometown + Waiting + Relaxing + Delivery ::


Now, I was in my hometown...where? Terengganu la... I’m so happy to be here right now. Husband also here to accompany me for delivery...the due still far which is on 19th October...but all my siblings said that they guess my baby will come out early...I don’t know what else to say. Just pray to Allah that everything will be fine. Actually, I’m a bit disappointed because I am not be able to be with my students especially form 5 students before they go for SPM...however, I wish them best of luck. Do the best for my paper...History! hahaha...


I was applying 14 days earlier holiday from my due because...I’m soooo tired. Same goes to my colleague, Faraidayu... Preparing for delivery makes me so scare actually...why? Because I do not know how was the situation will be...at the same time, I am still thinking of my students. How they are going to study my paper without me...the good class...no problem with them...but the so so class and worst one, huhhh...hopefully they are able to do the best they can...at least they put some effort on what they have learnt previously. To teachers that relief me...I would like to apologize if there are any trouble arise during my holiday. I wish to stay until my delivery but I’m not being able to do that. Hopefully, all the relief materials will help them a bit.


Waiting is something that really hit you much. I am waiting the day for my delivery and my mind keep thinking on what will happen when the time is come...fuhh! my sis said that “ignore negative rumours that you heard...once you go through the process then you know” ok lah... on 14th October my mother already planned to do ‘solat hajat’ for me... so I need to prepare something about it. Thanks to sis, sis in law, bro and nieces for their help. I just prepare the money only...husband, I’m not sure whether he will be with me during that ceremony or not. Never mind lah. I need some rest now... peace!

Monday, September 28, 2009

:: Seminggu Dengan Banyak Cerita ::

Entri kali ni tajuknya macam tak sedap bunyi nya..nasib lah! :)
Sebenarnya aku baru je terjaga dari tidur yang tak berapa lena..entah la ek, aku sekarang dah sakit sangat kat belakang..hari ni saje aku terpaksa guna crk yang entah berapa hari je lagi tinggal..nak ke klinik dapatkan mc..huh tak larat sungguh..nak bangun pun suami kena pegang..boleh kuar air mata nak bangun dari duduk atau tidur..memang dugaan ibu mengandung.Ni dah terjaga...pukul berapa plak nak lelap tak tahu lah..OoooOoo..tensen dehh. Apa yer nak dicoretkan??..hmm
  1. Sangat seronok rasanya dapat balik ke kampung walaupun raya ke-3...semua ahli keluarga aku tak putus-putus tanya bila nak sampai..Raya ke-4 rumah mak masih lagi dikunjungi tetamu yang tak putus-putus...memang seronok sebenarnya sebab dapat bakar satay ramai-ramai dan masak apa yang patut untuk tetamu.Walaupun aku kepenatan tapi seronok..tahun depan suami kata dia nak pastikan dapat cuti raya..sebab seronok beraya kat kampung...hehe (beza kan..raya kat kampung ngan bandar??)
  2. Balik raya kat kampung,sempat jugak aku pergi kenduri kawen kawan-kawan sekolah.Aku ucapkan tahniah buat sahabat-sahabat yang sudah berjaya menjejakkan kaki ke singgahsana... :) semoga berbahagia hendaknya dan dikurniakan cahaya mata yang comel2 selepas ini..aminn
  3. Raya ke-5 aku dikejutkan dengan kedatangan 'owner' umah sewa aku time aku study kat upsi dulu..mmg tak sangka diaorang masih ingat.Last diaorang datang time aku kawen bulan 5 tahun lepas..Diaorang kat Terengganu sebab beraya rumah sedara dan nak balik ke Shah Alam.Nasib baik la pagi tu mak tanya aku menu apa nak buat hari ni..so ada la makanan untuk dihidangkan..rupanya auntie dan retire tahun ni.. Bila kenangkan tuan rumah ni...teringat aku pada kenangan yang ada kat rumah tu..manis ada, pahit lagi la ada..tapi buat apa nak kenangkan yang pahit2 tu..so, aku delete je dari kamus hidup..biar tinggal yang manis-manis je..baru ceria hidup..C.E.R.I.A (saluran ceria astro!..haha) Aku pun terkenangkan juga..apa jadi dengan kawan-kawan serumah aku dulu..bagaimana kehidupan diaorang? moga-moga semuanya baik-baik belaka.
  4. Aku balik ke Johor raya ke-6...suami masuk kerja malam..so tinggal la aku kat rumah sorang-sorang.Sangat tak best keadaan camni..walaupun rumah sebelah menyebelah riuh-rendah masih ada orang beraya tapi aku raya sunyi..tambah plak aku sakit badan takde sape nak mintak tolong..(sape lagi kalau bukan anong..huhuhu) terpaksa la buat semua sendiri..aku juga memenuhi masa boring dan suram ni dengan menyiapkan SKT, Analisi Item dan Post-Mortem Percubaan SPM...dan akhirnya siap..alhamdulillah.
  5. Adik ipar aku kena 'gangguan'..aku tak tahu lah pulak gangguan seperti apa..cuma dari apa yang diberitahu suami..gangguan yang dibuat seseorang kepadanya.Kesannya, dia meracau sampai lembik tubuh badan dan time dia meracau tu..badan dia kuat giler..entah la yer..aku belum pernah melalui saat-saat begitu.Jadinya, malam suami bekerja tu..dia minta keluar dan balik ke rumah ayah dia kat Plentong..hmm aku no komen sangat pasal mende ni..bagi aku, pesan mak paling bernas untuk diguna pakai..apa2 jua dalam hidup ni..sembahyang jangan tinggal..cuba jangan lengah-lengahkan..ada masa mengaji..jadikan amalan.So, kalau nak hindar 'gangguan'..rasanya ni la ubat yang paling mujarab..
  6. Aku sekarang tengah menghitung hari..dah 37 minggu..tunggu masa kelahiran baby sulung.Semua sudah siap tersedia..cuma harap-harap sempat balik kampung.Suami pun dah tak senang kat tempat kerja..asyik tepon je tanya..ok tak? aku jawab ok je walaupun aku sakit belakang macam apa...tido memang tak cukup 5 jam..apa boleh buat kan.. Dan masa ni juga...sahabat a.k.a coursemate time kat upsi a.k.a colleague time praktikal di SMK Seri Damai..Faraidayu Anua..sama-sama menghitung hari dengan aku..beza due dia dengan aku lebih kurang seminggu je..so tengok la siapa yang kena! hahaahhaha (masing-masing dah tak larat...sms pun selalu pasal baby..dah tak ade citer lain..aku doakan semoga dia dapat transfer ke Terengganu..iskk beh nya dapat balik sanaaaaaaaaaaa)
  7. Esok sekolah..ya Allah...beri lah aku kesihatan dan kekuatan..banyak hal lagi nak setelkan ni..aminn..

Saturday, September 19, 2009

:: Menjelang Syawal ::

hari ni..19.09.09..
Aku kat rumah sambil melayari internet, marking kertas trial sejarah budak2 and kemas rumah juga (nak raya jugak..alang-alang balik raya ke-3)..mana la tau budak2 datang nanti..hahaha.Jam 5 nanti suami balik dan kami nak menuju ke rumah abah (bapa mentua aku) kat Plentong untuk berhari raya pertama di sana.Mungkin ada rasa kelainan sedikit la sebab ni lah kali pertama aku berhari raya kat sini..rindu kampung la plak.Apapun, aku sabar menunggu untuk balik kampung...duit raya, kuih raya, baju raya and semuanya dah siap packing.Aku agak kepenatan sekarang sebab mengemas sakan tadi.Seronok rasa dapat tengok rumah kemas dan bersih...nak tunggu hari kerja, memang tak mampu nak mengemas sebersih sekarang ni...hmm tambah plak ke'sarat'an aku sekarang.

Esok..aku ingat nak buat ketupat palas je sebab serunding daging dah ada..imported from Terengganu. Ahaaaa....tak boleh ketinggalan,nasi himpit and kuah kacang and kek coklat moist.. ni lah menu aku paling suka time-time raya..kuih and biskut raya aku layan jugak! Nampak macam rajin sangat aku nak buat semua tu esok..tengok lah kalau aku tak penat..hehe. Rasanya malam ni mesti anong bawa aku pergi pasar borong Pandan..katanya "jom..kita tengok suasana malam raya kat situ"..aku rasa mesti ramai orang..jangan aku ter'beranak' kat situ dah la..

So, ni je la entri yang aku boleh pikir nak taip..tgk la apa jadi malam ni untuk dijadikan bahan entri seterusnya...

Thursday, September 17, 2009

:: Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin ::


sebagai penulis blog yang tak seberapa ni..saya dengan sukacitanya nak mengucapkan kepada semua readers and followers blog saya ni dengan ucapan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" semoga perjalanan pulang ke kampung kalian selamatlah hendaknya dan beraya lah secara bersederhana...

Friday, September 11, 2009

:: journal harianku ::

semalam...aku berbuka di rumah mentua..sambil2 amik air selusuh yang ayah mentua aku buatkan..sebenarnya aku x berapa pasti kegunaan air selusuh ni.agak mcm2 versi la aku dengar dari akak2 ipar belah suami aku citer tp satu pun x masuk dalam kepala otak aku ni..hehe. so, aku tepon mak kat kampung..satu2 nya sumber paling bernas untuk bersoal-jawab. akhirnya aku paham la sikit2 kegunaan air selusuh ni. pastu plak, time bebuka and selepas solat maghrib, aku dah kepenatan tahap maksima tambah plak aku dah semakin tak larat nak bergerak. solat terawih dua minggu pertama je aku dapat pergi. skarang tak mampu atas sebab-sebab wanita hamil..ahaks. time aku relaks kat ruang tamu, masing2 tanya aku bila due..jantina..nak deliver kat mana...nak letak nama apa..iskk malas betul nak menjawab rasanya :) tp aku ni baik..aku jawab jugak la..kehkehkeh. sambil2 bersembang, kakak2 ipar aku bercerita la pasal hamil and proses melahirkan..iskk bermacam citer aku dengar..naik takut pun ada..tp bila pikir-pikir balik "mak aku lahir 5 orang anak..ok je!" xde apa la..semoga semuanya baik2 saje..aminn. selesai bab pertama.
agak lama kat umah mentua..suami bawa aku pergi kedai perabot sebab nak cari kabinet dapur buat sementara waktu. sbenarnya awal2 tahun hari tu aku ada wat loan nak besarkan dapur..tp tiba2 dapat tau aku pregnant plak..so, perancangan agak lari sikit..dapur tak jadi nak renovate and loan aku buat tu masukkan kat asb..so, biar la duit tu bersawang kat situ dulu sampai aku bersalin nanti..baru pikir pasal renovation. aihh...sampai je kedai perabot tu..agak rambang mata aku..sema nak beli je..(kalau la aku kaya yer...ahahhaha) sebelum balik, suami deal kabinet dapur dan juga kabinet baju kecil untuk bilik bawah. so far, kedai perabot mica kat permas jaya ni mmg bagus..bleh deal harga giler2 punya..siap hantar plak tu..jauh tu permas ke gelang patah..wat eva la. selesai bab kedua.
balik je umah..seronok dapat tgk lampu kelip2 terpasang kat umah..mcm meriah je. kalau ikut suami, mati idup balik aku rasa dia tak nak pasang lampu kelip2 tu..hahaha. tp sebab pikir kan aku tak dapat nak balik kampung raya pertama..kira dia consider la pasang lampu kelip2 tu untuk aku..haaa mcm tu la! (tp sebenarnya bukan dia yang pasang, kawan dia yang tolong pasang..sbb katanya kalau wife tgh pregnant, suami tak bleh buat aktiviti paku-memaku ni..yer ke? aku pun tak tau la apa asas and rasionalnya..nasib la yer) dah puas mengadap lampu kelip2, aku terus tido..mmg dah tak larat sangat la ni..hehe. tamat bab ketiga.
bab keempat? nanti la aku submit lagi..haha.adioss

Monday, September 7, 2009

:: Breaking Fast + Shopping + Ronda2 ::







semalam, aku dan suami pergi Jusco Bukit Indah..very the last minute plan..and very the nasib baik (maaf sebab me'rojak'kan bahasa..) aku belum masak apa-apa untuk berbuka. so, pergilah dua merpati sejoli..haha ke Jusco tersebut..kelihatan mmg banyak kenderaan and kebanyakannya kereta Singapore! isk..isk.. sebenarnya tujuan ke Jusco tu bukan apa sangat pun..nak beli barang aku yang mmg aku lupa giler nak sediakan..hahaha. barang baby siap lengkap tapi barang aku langsung tak ada..so semalam aku cuba melengkapkan keperluan yang perlu..x banyak membeli tapi banyak duit abis..hmmm :)

at the same time..masa pun suntuk...dah malas nak berbuka kat dalam kereta..so kami pun cari-cari tempat yang sesuai untuk berbuka. then, we decided to eat at 'Secret Recipe'...eksyen plak aku rasa berbuka tempat camtu..hahaha. disebabkan dah pukul 6.45, so order je la makanan yang agak-agak cepat sampai. tp kira ok jugak la sbb secret recipe dah sediakan kurma dan air sirap free kot-kot makanan lambat sampai. most of the places have been reserved and bila orang yang reserved sampai..semuanya Singaporean..hmm jauhnya datang berbuka yerr... well..aku pun x tau kenapa aku posting mende ni..agaknya aku terlebih rajin hari ni..tambah plak bulan puasa..aku penattttt ;)



Saturday, September 5, 2009

:: M.C + Batuk + Kurang Sihat ::

dalam beberapa hari ni..hari ke? aku rasa dah berminggu jugak la..aku batuk x ok2 jugak lagi..uihhh perit rasa tekak ni..x pernah plak aku batuk2 camnie..dalam seminggu ni dah 3 hari aku mc, kesian plak students aku..dah la tgh trial..very pity for them,nothing much i can help..aku doakan mereka berjaya la menjawab soalan2 trial tersebut. then, kesian gak kepada cikgu2 yang me'relief' kan aku time aku mc...apa bleh buat, kalau aku batuk biase2 je aku datang punya ke skolah..tp ni macam nak giler batuk..suara ella pun kalah aku rasa...time tido pun bleh tersedor sebab nak batuk..iskkk..~Ya Allah, sembuhkan lah hambaMu ni dari batuk yang berpanjangan...berikanlah kesihatan yang sempurna kepadaku..aminn~

Saturday, August 29, 2009

:: Salam Kemerdekaan ke-52 Malaysia ::

Bumi bertuah ini
tanah air kita
di sini kita dilahirkan
di sini kita dibesarkan
di sini taat setia dicurahkan

Bumi bertuah ini
warisan nenek moyang kita
tanah sekepal dijadikan gunung
air setitik dijadikan tasik
rakyat dididik hidup muafakat
bijak dijadikan ketua
gagah dijadikan panglima
alim dijadikan imam
ada raja berdaulat
berpayung dibawah duli
TuankuYang DiPertuan Agong

Bumi bertuah ini pernah terjajah dan dijajah
penakluk datang mengadu domba
rakyat pecah bersengketa
pemimpin hilang kuasa
akhirnya mereka menjajah kita

Bumi bertuah ini
pernah mengalir darah dan air mata
rakyat bangun merebut kuasa
Tok Janggut mengamuk di Kelantan
Tok Bahaman dan Mat Kilau berkubu di Pahang
Dol Said berperang di Naning
Leftenan Adnan berputih tulang di bukit belacan
Dato’ On Jaafar meniup semangat
Tuanku Abdul Rahman menjulang kemerdekaan

Bumi bertuah ini
sudah merdeka
rakyat tidak lagi menghunus senjata
penjajah tidak lagi bermaharajalela
kita berganding bahu berjuang
membasmi kemiskinan

Bumi bertuah ini
Rakyat hidup muafakat
hutan diteroka menjadi ladang
desa dibangunkan
bandar di modenkan
rakyat mengecap nikmat pembangunan


Bumi bertuah ini
pemimpin datang dan pergi
Tuanku Abdul Rahman bapa kemerdekaan
Tun Abdul Razak bapa pembangunan
Tun Husein On bapa perpaduan
Tun Dr Mahathir bapa wawasan
Dato' Seri Abdullah Badawi di tampuk kuasa
Dato' Seri Najib dengan Satu Malaysia
dan kita anak-anak wawasan
ingat pesan nenek moyang
di mana bumi dipijak
di situ jejak bertapak
di mana langit bernaung
di situ taat dijunjung
di mana darah tertumpah
di situ kasih dicurah
di mana rezeki didapat
di situ setia terpahat

Bumi bertuah ini
tanah air kita
mari kita bangunkan
mari kita pertahankan
Merdeka... Merdeka... Merdeka....


~ Berbangga menjadi rakyat Malaysia..kehidupan yang harmoni dan bersatu-padu teras kepada pembangunan yang dikecapi pada hari ini..Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-52 ~

Tuesday, August 25, 2009

:: Puisi Buat Suami ::

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok,
Berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

di saat ini..aku x dapat nak melelapkan mata kerana suami jauh nun di johor sana..dan aku di terengganu menghabiskan masa cuti di kampung. lama tidak berada di kampung menyebabkan aku betul-betul merindui suasana di kampung..suami baru saja bertolak balik petang tadi..sekarang terasa betul-betul sunyi. selalunya dia menjadi tempat aku melepaskan leteran torpedo yang tidak berhenti meletup..hahaha. tp sekarang hanya aku dengan bonda saja di rumah..hmm. aku nak menghadap internet pun dah semakin tidak larat kerana kandungan sudah masuk 30 minggu...terasa kepenatan yang teramat sangat tetapi bukan alasan untuk aku 'memalaskan' diri aku ini..baru saja berbual dengan suami...terubat sedikit kerinduan dan dengan masa yang terluang ini..aku titipkan sebuah puisi buat suami tersayang..

Thursday, August 20, 2009

:: Shopping by Parents to Be ::

as what have been stated before, so here is the post of moment where my husband and i went for a rough shopping before my delivery..very funny because both of us very 'dungu' about this matter.. before went for a shopping, i already prepared the lists of baby's need so that we will not miss anything of it. how so ever, there is a time where i thought of...difficulties faced by parents to be especially in preparing the needs for their children..like us..of course! haha... what ever it is..everything is settled now..and i just waiting for my delivery on october..seems like still long to wait but time move very fast..hope for His blessing for me and the baby inside :)

baby's stroller

baby's comforter

baby's clothes

baby's necessity

baby's bag

Wednesday, August 19, 2009

:: Ramadhan Al-Mubarak ::


sweetnalia.blogpsot ingin mengucapkan 'Salam Ramadhan Al-Mubarak' kepada semua followers dan yang singgah di blog tidak seberapa ini..semoga Ramadhan yang bakal kunjung tiba ini memberikan seribu keberkatan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi. Dan sempena Ramadhan ini juga, sama-sama lah kita memenuhinya dengan perkara yang diredhaiNya...sesungguhnya amatlah bertuah kita dapat melalui bulan yang mulia ini sekali lagi..aminn.

Saturday, August 15, 2009

:: mY dREaM NiKoN D90 ::

actually.. i don't know where to start but it was something that i would like to share with. everytime i had time to online..i never forget to surf one of my favourite website ever which is digitaldome. All the pictures captured by the photographer was so nice..and i was amazed by his creativity, skill and attitude showed through the pictures. Hm..from that, i started building up my interest to capture anything around me..especially the moments that i went through in my life. at first, i've bought Olympus Shock+Waterproof Digital Camera for that purpose. but now...i've my own dream camera which is Nikon dslr D90...but somehow..i do not know whether i can buy it now..maybe it will take some time to make the dream come true.. :) the price was sooooo crazy...haha. thanks to abe nasey for his advices about this camera and he is the one that i can trust before i buy it. to my lovely husband..hopefully when you read this, ehem..ehem please..nggegeeeeeee :)







:: Koir Kemerdekaan SMKTA ::

Pada hari Khamis (13.08.09) telah diadakan pertandingan koir kemerdekaan peringkat sekolah. Pertandingan melibatkan semua pelajar dari tingkatan 1-5..cuma sedikit kekecewaan sebab tingkatan 4 tiada penyertaan langsung...kalau dalam kelas bukan main lagi ramai vokalis2 tiada permintaan yang muncul..apapun, semuanya berjalan dengan lancar walaupun sedikit lewat. Tahniah buat pemenang-pemenang!

TINGKATAN 1BIJAK

TINGKATAN 1 BESTARI

TINGKATAN 2 BIJAK

TINGKATAN 3 BIJAK

TINGKATAN 5 BIJAK

TINGKATAN 5 BESTARI

GURU-GURU SMKTA

JURI A.K.A PENGKRITIK

Friday, August 14, 2009

:: 28th Weeks of Pregnancy ::

Sekarang nie..baby aku mmg kuat giler menendang...x ikut time. kadang aku x bleh nak buat keje pun ada sebab rasa geli..hahaha.tp anong mmg suka giler bila 1st time dia rasa anak dia menendang..dah x sabar nak tunggu lahir.. :)

Minggu ke - 28

Kini masuk minggu ke-28, bermakna hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. si ibu mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu ibu juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan.

Wednesday, August 12, 2009

:: Updates Comin Soon ::

Dalam masa beberapa ari akan datang..aku akan updates ngan latest activities yang telah aku buat sepanjang minggu ni..okaY!
  • shopping keperluan baby yang bakal lahir within 3 months..
  • shopping barang aku..bakal ibu yang bakal deliver baby within 3 months..hehe
  • aktiviti di sekolah yang tak pernah abis..haha
  • sambutan bulan kemerdekaan di SMKTA
  • konvokesyen di UPSI..betul2 menggamit memori aku

- daaa.... -

Saturday, August 8, 2009

:: Doa Menghindari H1N1 ::

Doa ni aku dapat msg dari abang aku...mudah-mudahan kita dijauhkan dari penyakit dan virus merbahaya ni..Kita berikhtiar dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Baca lah doa ini pada waktu pagi sebanyak 3 kali dan waktu petang 3 kali.wallahualam.
" Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul alim "
Dengan nama Allah yang tidak lah memudaratkan bersama namaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit, Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

:: Something to Write about ::

2.22 pm - aku baru balik dari skolah.tadi pagi aku ada kelas ngan budak form 3..then aku stay kat skolah uruskan apa yang patut..modul sejarah form 5..marking buku budak2 sebelum diserahkan kepada pengetua and online free..kehkehkeh

2.24 pm - skarang ni aku start nak membasuh semua baju2 yang dah berlonggok menunggu dicuci..agak penat tapi tak bleh tangguh-tangguh nanti lagi bertambah beban aku minggu depan..so, aku kena setel kan semua before anong balik...nanti nak keluar plak.

Hari ahad..aku ngan anong nak ke upsi...iskk x sabar siott.. my bro konvo for his master and a big congrats for him! harap aku la plak menyusul lepas ni...hehe.lama x pergi tanjung malim.. cikgu2 kat skolah aku siap order suruh beli pau yik mun lagi..hahaha apadaaaa.. orang kata sambil menyelam minum air...sambil aku nak ke upsi bleh la aku jalan-jalan kat kl..sopping barang baby...

Hm...next post lepas pergi tanjung malim...daaa

Thursday, August 6, 2009

:: 27th weeks of pregnancy ::

Pertama-tama sekali..macam x percaya je dah masuk 27 minggu. Cepat pula la rasanya...sedar2 semalam aku pegi checkup dah ke berapa kali pun tak tau la. Seronok ada takut pun ada sebab nanti dah nak puasa..after puasa aku pun kena prepare la kot2 dah nak deliver nanti..iskk


Minggu ke-27

Bayi sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini, amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.


Thursday, June 25, 2009

:: Lil sis-in-law marriage ::

Rona-Roni 'Santap'
Rona-Roni di'tepung-tawar'


Ex-Married Couple ambil 'shot'

Part of Rona's Family



'Pengantin 2009'




Recently on 19th and 20th of June..si Rona and si Roni got married after their 1 year of engagement. Si lelaki nama nya Saroni so aku panggil 'Roni' and adik ipar aku Azierianna aku panggil 'Rona'..macam citer Rona-Roni Makaroni ek..haha.

Diaorang punya wedding celebration telah diadakan di dewan sri Plentong, aku x sure la nak letak Masai ke Pasir Gudang sebab dua-dua arah yang sama. So..since hari rabu aku dah kepenatan berulang alik dari Gelang Patah ke Masai...tol x yah cakap la..memang kaya la plus.. asik2 JKM 9776 je yang lalu kat tol Perling tu..Hari Jumaat (19.06.2009) aku bercuti sebab majlis pernikahan berlangsung..aku yang siapkan hantaran si Rona so, aku agak sibuk sebab sireh junjung pagi tu baru aku buat..Then, the next day Sabtu (20.06.2009) majlis persandingan. Hari yang sangat memenatkan bagi aku..apapun, aku puas hati semuanya sudah selesai.
Ucapan tahniah kepada kedua mempelai di atas hubungan yang telah diikat dengan restu..ijab dan kabul. Semoga kedua pengantin berbahagia dan hubungan kekal sehingga ke akhir hayat.

Tuesday, June 9, 2009

:: Business is Part of My Life ::

Semalam..aku ngan suami pergi ambil sutera and batik yang baru untuk bisnes kami..agak hebat juga la bisnes kami setakat ni..ada income masuk..alhamdulillah.Tokey kedai pon dah percaya 100% dengan kemampuan aku berbisnes..sebenarnya aku pon x berapa nak percaya yang aku ni ada talent doing bisnes..haha!. Apapun, banyak perkara gak aku belajar time2 berniaga ni.. kadang-kadang ada je kain yang cantik..aku amik dulu..hahaha then yang lain2 baru promote nak jual. setakat ni aku belum berkesempatan nak create new blog for our business...insyaAllah lepas aku bersalin je la..
aku rasa kerjaya aku ni banyak membuka ruang untuk aku berniaga..ke mana je aku pergi aku mesti standby koleksi sutera and batik dalam kete..mudah berurusan.Aku nak ucap terima kasih gak kat akak aku..abang aku..akak ipar and ada la kawan sorang dua yang jadi co-bisnes ngan aku untuk tempat2 tertentu...janji komisen korang on je.
Buat suami..terima kasih jugak sebab x jemu-jemu promote kain tu semua. Memandangkan aku agak slow motion sekarang ni..so aku serahkan semua tanggungjawab menjual kain tu kat dia..Tahniah sebab berjaya menjual 20 pasang kaftan dalam masa seminggu..(hebat dari aku lagi ni..hahah x sangka!) Mudah-mudahan bisnes yang dah masuk 3 bulan dijalankan ni dapat memberi hasil yang baik kepada aku suami dan anak yang bakal lahir..aminnn..

Thursday, May 28, 2009

:: 1st Anniversary ::




26 Mei - ulangtahun perkahwinan pertama aku dengan suami tercinta. Tambah bermakna sebab aku menunggu kelahiran anugerah Allah hasil perkongsian hidup kami berdua. Tambah bermakna juga, walaupun aku tak dapat celebrate ngan suami...aku betul-betul terharu bila suami datang dari JB ke Rompin semata-mata nak bagi hadiah anniversary kat aku...sungguh aku tak sangka. Apapun, Thank You anong sebab susah payah datang and bagi something yang aku appreciate very much! I Love You Anong! "semoga Allah memelihara hubungan aku dengan suami, memelihara sifat-sifat terpuji dalam diri aku dan suami, merahmati hidup kami dan menjauhkan kami dari segala sifat terkeji yang ada pada segelintir manusia..amin ya rabbi al-amin"






Sunday, May 10, 2009

::to my beloved mother::

sELaMAt HaRi iBu
buat mak yang tersayang..."selamat hari ibu". sayang mak sangat-sangat dan anakmu ini bakal melalui saat-saat yang telah dikau lalui..sangat teruja menghitung hari tersebut! semoga mak dirahmati olehNya selalu dan berbahagia dengan kehidupan yang dilalui..miss u n love u mum.



Thursday, April 2, 2009

:: cerita masa cuti~cuti la sangat ::

Cuti sekolah yang lepas, aku+suami+mak+akak+mak sedara+adik aku+anak-anak buah dah pergi kota bharu semata-mata nak menghadiri kenduri kenalan keluarga kat ketereh. So, nak memenuhkan masa cuti yang x berapa banyak tu..kitaorang pergi sehari awal dan stayed kat PCB..kalau x silap tempatnya Perdana Resort...nampak ok dari luar tp sebenarnya sangat 'horror'..hahaha!

Kitaorang dah booked awal2 resort kat situ sbb memulakan journey lewat sbb lagi akak aku amik PTK..so sampai sana betul2 time maghrib. Biase la..sampai maghrib..anak-anak buah bising-bising memanjang. Sampai je masing-masing amik peluang rehat..mandi and semayang terus sbb kawan kepada akak aku dah jemput makan kat umah dia..
selesai menikmati juadah malam itu..kitaorang shopping nite-market kat 'wakaf che yeh' kalau aku x silap ar..macam2 beli sbb market tu tutup lewat pagi..dah beli-beli terus balik resort. Akibat kepenatan, masing2 berebut bed dan melenakan diri masing-masing. Dan ceritanya bermula di sini...

1.jam 3.30 lebih kurang...bunyi petir dan guruh..apa lagi tanda nak ujan la. so sejuk la malam tu dengan angin yang agak luar biasa. aku sedar and sambung tidur balik.
2.mulanya jam 3.40 lebih kurang jugak..suis lampu and air-cond terpadam..so aku agak mesti bunyi kilat pasni..tp takde.. tiba2 lampunya on sendiri tp air-cond senyap terus. sebab panas,suami bangun and on balik air-cond.
3.kali keduanya..berlaku kejadian yang sama tp lampu yang on tu berkelip-kelip macam nak tak nak je menyala..suami bangun lagi off lampu and turn on air-cond.
4.sambung tidur dalam 10 minit camtu...kali ketiganya suis terpadam and air-cond senyap terus..suami hangin..aku pon hangin.. dalam kepala otak aku pikir satu je..(mesti kena usik ni) suami bangun nak capai telefon nak call receiptionist tp aku cakap x payah..kemudian aku pon sound la something " x payah la nak usik-usik...kitaorang nak tidur..kitaorang masuk sini bayar..bukan free" suami aku ketawa sambil pegang telefon. aku pon cakap ngan suami x yah on apa2 dah.biar je...tp disebabkan kepanasan..on jugak la..
5.Last sekali...kali keempat..terpadam lagi! suami aku buat tak tau je....tp anak sedara aku plak bangun kibas2 badan sebab panas...hahahah! terus suami aku bangun on semua lampu..also air-cond. sambung tidur,sedar-sedar dah subuh...
6.selepas semayang subuh..aku pergi bilik mak..akak n mak sedara (sebelah menyebelah je). aku baru nak buka cerita pasal pagi tu..rupanya bilik sebelah dah kena dulu..hahaha tp 2 kali je.
7.ikut kata akak aku...anak sedara aku yang kecik sekali tgh2 tidur bleh bangun sambil mata pejam berjalan nak menuju ke bilik aku..akak aku panggil tp dia (aiman) bercakap dengan 'benda' tu.. lepas tu suruh balik...lebih kurang camtu la...seriau aku rasa..iskk.

Lepas ni..aku tak nak la stay situ lagi....hahaha. konon2 nak amik angin pantai..amik ko..kena usik plak..pengalaman..pengalaman.

dedicated to anak sedara aku yang dirindui..ahaks!


SwEet nALia © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute